cerita mencari tiket transformers

- entry mengandungi 9 keping gambar -

sebagai, peminat wayang tegar dan peminat cerita transformers, mmg tertunggu- tunggu cerita ni keluar. so since last week dah gigih cari tiket secara online. malangnya, sampai cerita dah keluar, masih tak dapat book tiket. semua hari penuh. kat semua tempat. kat penang ke ipoh ke idakla awok klik.

so, semalam wan singgah midvalley jap nak beli tiket. sampai- sampai je, line yg tengah beratur dlm 8km katanya. yo lah 8km. tp cukup panjang la nak menunggu. so, smlm sebelum nak gi pasar malam, elok je dah parking, nak turun gi pasar malam wan ajak pegi alamanda jap tgk ada tiket tak. beli terus. ish, laki aku ni, mmg tegedik- gedik betul ni nak tgk ni.aku ckp baik terus pegi je makan kat luar.

so, kitorg balik umah jap, amik bag niadel, tukar baju jap terus amik niadel kat nursery. terus kitorg ke GSC alamanda. beratur tak panjang. sampai kat kaunter semua dah fully booked. yg ada pun hari selasa depan. ingat nak book dah tp baru tau kat GSC alamanda takde couple seat. oh, tak syok pulak. takpelah tak jadi beli.

kitorg terus keluar gi jusco cheras selatan lak. line nak beratur panjang gak kat TGV sini. takpe, nak tiket punya pasal. haritu punya tiket almost fully booked. yg ada pukul 12malam je. tu pun seat depan. so, kitorg tgk esok nye time. luckily kitorg dapat kaunter yg staff TGV dia berhemah gila. baik je cek kan time 1-1.. akhirnya dapat tiket! so we will be watching Transformers : Dark of the moon tonite yo!

lama gak nak beratur tp kaunter banyak, so cepatlah bergerak. sampai bole snap gambar lah

aku tak bagi wan melilau sana sini nak sama2 decide pukul bape nak tgk movie ni.so semua pakat beratur sama- sama

penonton paling kecik yg beratur.

cite2 yg blockbuster ni mmg banyak time dia. hall pun bukak lebih dari 1. tapi semua sold out.

dah dapat tiket, terus pegi makan. muka aku yg kebuluran sebab tgh hari tak makan nasi.

dinner kat pizza hut. nia makan spaghetti

ha, dah nampak ice cream nak ice cream la pulak kan

nia kalau makanan dia, jgn harap lah dia nak share dgn org lain. kalau amik, 1 restoran la bergegar 'nia punyaaaaaaaa!!'

setelah survey 2 tempat, dapat gak tiket. couple seat, belakang sekali. seat ini amat penting kalau niadel buat hal sila lah keluar kat pintu belakang tuh. nanti tak focus lak eh? takpe, bole tgk lagi sekali nanti. biasa cite2 mcm ni, kitorg tgk 2-3 kali sama macam the last 2 transformers. tgk 3 kali. eh adel dah sihat. kalau tak, takde lah nak pegi tgk.

can't wait!

13 comments:

Fiza Nazri said...

tiket da rm14? serius aku da lama x g tengok wayang nih.. hohohoh

Iryani Noor said...

hohoho finally dpt gak tiket nyer...mmg besttttt sgt citer tuh...

ehh couple seat dah 14hengget ekk? xpe la janji dpt gk dgt tenang =p....

mrs.spicy said...

wahaha..hover tau tengok sampai 3 kali=p

suhida said...

seyes alya..muka ko lain.nape?

Iela Fazielah said...

bestnyer.. en momok tu payah giler nak ajak tgk sesama... dia tgk sorang2 xpe... mencik!..

Ibu Mifzal Arsyad a.k.a Wan Ainey said...

bestnya tgk wayang..ainey pun rs cam lama je x tgk wayang ni..dlm 2 bulan lebih dah kot..huhu..harus terjah jugak minggu ni..

Gieyana said...

weh..sgt best citer nie..mmg x rugi ko pegi nnt..

tp kan..kt KL mmg every 1 hr da tayangan kan..kt Penang nie cuma kul 8.30, 9.00, 9.30. n midnite..tue pon lain2nyer cinema..:)

Anonymous said...

pastikan niadel tdo semasa menonton, tngok cita transformer 3 kene focus dr mula smpi abeh, nnt kate x best plak sbb xleh concentrate dok handle niadel.. huhu.. cita dh la lame mcm hindustan..

Anis said...

wei... susah benar dgr ko cerite carik tiket. aku beli online hari isnin pagi, utk tgk kat cheras selatan pd hari rabu, dpt je. knape ko susah2 sgt smpi ke mid valley la, alamanda la... haha. anyway, by noon hari isnin mmg sold out la tiket utk hari rabu. kitorg tgk smlm pun full house. knape ko x beli online je? xyah susah2 pegi beli.

Lee-Yan-Naa said...

oooo bestnyeee...saya usha dapat Rabu depan tengok..ingat nak tengok yang biasa je sekali kat Alamanda takde yang biasa..3D je ada..ke memang takde yang biasa..enjoy ur movie kak!

amal_fc1303 said...

weyh mana aci korang nk g tgk transfomer. nak gak tgk..

~aSHa~ said...

rajin nya wan..sangguh ke sana ke mari...

kalo cik abe sy...takde nye nak buat gitu..kalo kat situ takde..tak usaha nye cari tmpt lain...ehehehheehe...

seronok kan 'bersosial' bersama family...

Anonymous said...

awak Queen Control eh...

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in