Skip to main content

memborong drypers

semalam, masa lunch bersama officemate dan ex-officemate, diorg tunjuk kat paper, giant tgh jual drypers murah. from RM42.89 (harga kat giant) jadi RM30.89. sangat murah! terus text wan balik keje terus ke giant. sebelum tu amik nia dgn adel dulu.

nia kalau dapat masuk giant mmg tak mintak dukung. giant spacious. org pun tak ramai. so dia boleh lari sana sini. tau mana nak tuju. funland dia lah. alang- alang tu, dinner sekali kat foodcourt dia. first time makan situ. not bad nasi claypot dia. teringat- ingat la jugak. kalau datang lagi, bole order lagi.

masa kat food court tu jumpa blogger zue. sebenarnye tau nama dia dzazue. tp fikir blog dia nama tu, tgh fikir camne nak sebut. so sebut je la nama anak dia arissa. putih gebu mcm cina anak zue ni. so  it was nice meeting you. tak dapat sembang lama sebab busy kejar anak. hahaa.. next time terserempak, bole tegur- teguran kan? malam ni gi pasar tak? ehhehe....

misi pencarian drypers? sukses! sorg limit tu 3pack only. tp kitorg bayar asing- asing. unfortunately sixe XL dah habis. dapat 1 pack je. and sorry korang its a 1day offer only. ni setau aku la. kot la selagi stok tak habis, harini bole beli lagi. tp smlm ramai gak yg pulang dgn troli kosong. takpe, mesti ada promotion ni lagi. so kena alert eh!

 masuk giant terus pegi tempat pampers. banyak yg dah habis. yg tinggal pun size M je banyak. mujur adel still fit in M size.

model drypers size M! masa ni tgk size L dah takde. alamak!

malu bertanya sesat jalan ye. mujur la ada lagi stok. tapi masa nak pusing balik tukar to XL size, habis sudah.

masa kat kaunter, aku bayar 1 pampers, wan bayar 3 pampers

dinner kat foodcourt. sambil makna, sambil nia main. claypot dia best lah. adel pun layan!

oh, giant foodcourt takde babyseat eh? tak menarek! 

adel sama menanti untuk disuap.

nia tiada dalam gambar cause she was busy play around. bila dia nak, dia datang. sabojela...

note : gambar diambil menggunakan hp.

Comments

Mummy ZaraZarif said…
sy pun pegy smlm, kebetulan g giant, tgk org dok angkut skali 3..rupenye murah..trus rembat..

kejap je dhhbis...
sempattt tuee.. nasib sebab umah dekat kan.. jue tak sempat nak terjah... promotion murah sebelum nie sempat gak singga beli.. kali ni niee, xsempat daa...
Rizziela said…
Haziq dah tak pakai pampers..so x alert sangat dah pasal pampers murah..kalau dulu memang sentiasa dok cari kat mana ada pampers yg murah :D
~chekuna~ said…
playland..& foodcourt dekat sgt2..luqman pun sama cam nia..tgk playland..dah tak ingat mkn..
wah...memborong pampers ye? semalam kami pun baru memborong pampers auni. beli kat Mydin, tapi jenama Hey Baby sbb Fitti dah habis stok....
Ztee_Azwanis said…
alya.. oh tk smpt pegi borong, likha tk pnah pkai drypers pun huhu.. best tak drypers...?

tkpe ke nia main tkde org tgk2..? zte ni cpt risau, tkut terhilang ker.. adoyaiiii
Elyn Sani said…
lenkali tlg jeritkan dlm twitter beb... leh aku pi terus hehe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber