sakit datang macam ribut, pergi macam semut
kanser adalah pembunuh senyap
dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang
setiap yang berlaku, pasti ada hikmah nya. membuatkan kita lebih menginsafi. membuatkan kita lebih menghargai
redha menghadapi ujian Allah
pada Khamis, tanggal 2 december 2010, ibu mertua aku kembali mengadap Ilahi pada jam 5.45 pagi. selasa lepas, wan mendapat panggilan dari ayah nya yang mengatakan kedaan mak mertua aku agak lemah dan doktor telah mengesahkan kesihatan nya semakin merosot dan meminta anak- anak yang berada diluar kawasan balik.
kami bercuti sejak selasa lepas, dan anak- anak arwah mak termasuk wan berada disisi arwah sehingga nafasnya yang terakhir. itu yang kami takutkan kalau tak dapat berada disisi mak di akhir hayatnya. alhamdulillah, tercapai hasrat dan arwah mak pergi dengan mudah. aku juga sempat membaca yasin malam tersebut sampai jam 12 malam sebelum pulang ke rumah.
hari khamis arwah keluar dari rumah dimasukkan ke hospital, dan hari khamis juga arwah dibawa pulang kerumah untuk dikebumikan. genap 43 hari. sejujurnya aku merasakan semua berlaku terlalu pantas dan aku sendiri tidak diberitahu keadan sebenar mak mertua aku. bila mak dah tenat, baru wan bagi tau, yang dia dah diberitahu oleh doktor keadaan mak makin merosot. keluarga wan nampak bersedia dan redha menghadapi ketentuan Allah. cuma aku tak sangka dan sukar untuk percaya dah tiba masa nya aku perlu membaca yasin untuk memudahkan mak mengehmbuskan nafasnya yang terakhir. bederai air mata aku masa tu.
Allah lebih sayangkan mak, mak pergi meninggalkan kami. banyak perkara yang perlu di'adjust'. perlu dilihat, perlu diinsafi. apa yang pasti, kita yang masih ada mak, jangan tunggu mak sakit baru kita nak meratap. tak salah walau mereka dalam keadaan sihat kita nak tunjuk kan kasih sayang. sekadar menelefon bertanya khabar, mak dah seronok. mak tak mintak duit pun. dapat dengar suara je mak dah suka. tak dapat nak teruskan menaip. sebak....sama- sama kita ingat mengingati ye.
JIKA ANDA SINGGAH BACA ENTRY INI, SAMA- SAMA KITA SEDEKAHKAN SURAH AL-FATIHAH KEPADA IBU MERTUA SAYA. SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG- ORANG YANG BERIMAN. AL-FATIHAH...
Comments
al-fatihah utk MIL alyya...
peringatan utk ayu juga..supaya lebih menghargai mak yg masih ader..aminn
Salam dari saya...sonok baca ur blog..sempoi ajer and ada info too...
i buat blogwalking mlm ni..coz tgh keje mlm..hihi..i add u in my blog list..boleh yer ngeeee***
al fatihah.....
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman dan beramal soleh...amin..
Al-Fatihah.....
dan semoga alya sekeluarga terus tabah.. :(
moga korang tabah menghadapi hari mendatang tanpa arwah MIL.
cm kecian kat adik2 ipar alya yg kecik2 lagi tue...
al-fatihah- semoga ronya dicucuri rahmat...amin...
Semoga roh mak mentua ko dicucuri rahmat, banyakkanlah sedekah doa untuk arwah..
semoha ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah dia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam surga-Mu dan lindungilah dia dari siksa kubur atau siksa api neraka"
Aminnn.....
takziah utk alyya sekeluarga yer...:(
al-fatihah utk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat...
al-Fatihah untuk arwah..
ingat2 lupa..rasanya masa adik kawin dulu,wan ada jumpa ngan dia..
she's very friendly..
itu yg aku takutkan...takut x sempat disisi mak atau abah sekiranya mereka sakit...aku sebak...aku takut kalau x dpt jalankan tggjwb sbg seorg anak dgn baik...sementara mak dan abah masih hidup, senangkanlah hati mereka, doakan mereka semoga dipanjangkan usia dan kesehatan yg berkekalan...amin
moga roh nye dicucuri rahmat.