Skip to main content

satu lagi episod kehilangan...Al-Fatihah...

sakit datang macam ribut, pergi macam semut

kanser adalah pembunuh senyap

dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang

setiap yang berlaku, pasti ada hikmah nya. membuatkan kita lebih menginsafi. membuatkan kita lebih menghargai

redha menghadapi ujian Allah

pada Khamis, tanggal 2 december 2010, ibu mertua aku kembali mengadap Ilahi pada jam 5.45 pagi. selasa lepas, wan mendapat panggilan dari ayah nya yang mengatakan kedaan mak mertua aku agak lemah dan doktor telah mengesahkan kesihatan nya semakin merosot dan meminta anak- anak yang berada diluar kawasan balik.

kami bercuti sejak selasa lepas, dan anak- anak arwah mak termasuk wan berada disisi arwah sehingga nafasnya yang terakhir. itu yang kami takutkan kalau tak dapat berada disisi mak di akhir hayatnya. alhamdulillah, tercapai hasrat dan arwah mak pergi dengan mudah. aku juga sempat membaca yasin malam tersebut sampai jam 12 malam sebelum pulang ke rumah.

hari khamis arwah keluar dari rumah dimasukkan ke hospital, dan hari khamis juga arwah dibawa pulang kerumah untuk dikebumikan. genap 43 hari. sejujurnya aku merasakan semua berlaku terlalu pantas dan aku sendiri tidak diberitahu keadan sebenar mak mertua aku. bila mak dah tenat, baru wan bagi tau, yang dia dah diberitahu oleh doktor keadaan mak makin merosot. keluarga wan nampak bersedia dan redha menghadapi ketentuan Allah. cuma aku tak sangka dan sukar untuk percaya dah tiba masa nya aku perlu membaca yasin untuk memudahkan mak mengehmbuskan nafasnya yang terakhir. bederai air mata aku masa tu.

Allah lebih sayangkan mak, mak pergi meninggalkan kami. banyak perkara yang perlu di'adjust'. perlu dilihat, perlu diinsafi. apa yang pasti, kita yang masih ada mak, jangan tunggu mak sakit baru kita nak meratap. tak salah walau mereka dalam keadaan sihat kita nak tunjuk kan kasih sayang. sekadar menelefon bertanya khabar, mak dah seronok. mak tak mintak duit pun. dapat dengar suara je mak dah suka.  tak dapat nak teruskan menaip. sebak....sama- sama kita ingat mengingati ye.

JIKA ANDA SINGGAH BACA ENTRY INI, SAMA- SAMA KITA SEDEKAHKAN SURAH AL-FATIHAH KEPADA IBU MERTUA SAYA. SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG- ORANG YANG BERIMAN. AL-FATIHAH...

Comments

Ayu Zarina said…
AYU pun hampir nak menitiskan air mata...sebab baru jer haritu kita chatting dah suruh alyya lebih tabah...tapi tak sangka..akhirnya dia pergi jua..memang rasa sekejap sangat2...
al-fatihah utk MIL alyya...

peringatan utk ayu juga..supaya lebih menghargai mak yg masih ader..aminn
Mama Damia said…
al-fatihah utk mil alya..semoga roh arwah tenang kt sana..
Farah Ikin said…
alFatihah..Ameen

Salam dari saya...sonok baca ur blog..sempoi ajer and ada info too...
i buat blogwalking mlm ni..coz tgh keje mlm..hihi..i add u in my blog list..boleh yer ngeeee***
AiSHieY said…
Al-fatihah buat arwah...shida pn bru jer kehilangan tok wan 1 dis...
Elyn Sani said…
takziah utk family korang...

al fatihah.....
Sricahaya said…
Takziah utk family arwah...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman dan beramal soleh...amin..

Al-Fatihah.....
OneSimpleMother said…
ya Allah.. akak turut sebak membacanya. mudah2an allahyarhamah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.

dan semoga alya sekeluarga terus tabah.. :(
~chekuna~ said…
speechless..Al-FATIHAH...
r|nA @ ja|j|na said…
semoga arwah di cucuri rahmat Allah swt..semoga wan tabah dgn dugaan ini..
elani makrai said…
takziah tok alya sefamily...
moga korang tabah menghadapi hari mendatang tanpa arwah MIL.

cm kecian kat adik2 ipar alya yg kecik2 lagi tue...
shah-ila-ain said…
ye kerrrr alya..tabah erkk terutama sekali kene cool kan suami awk erkk... yg hidup pasti akan merasai mati...aku pun dah rase ape yg ko rase tu....huhu...

al-fatihah- semoga ronya dicucuri rahmat...amin...
sEMOGA Rohnya dicucuri rahmat.. al-fatihah...
Anonymous said…
Takziah to Ally & Wan
Semoga roh mak mentua ko dicucuri rahmat, banyakkanlah sedekah doa untuk arwah..
alfatihah buat mak mertuamu
semoha ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
Unknown said…
Marilah sesame kite doa utk org yg telah meninggal...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah dia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam surga-Mu dan lindungilah dia dari siksa kubur atau siksa api neraka"

Aminnn.....
Shida said…
al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...
takziah utk alyya sekeluarga yer...:(
mamashasha said…
al fatihah...sebak & terkejut....syukur anak/menantu & cucu berada disisi arwah disaat2 akhir.aku pasti wan & family sudah bersedia....semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman...aku setuju dgn segala point ko...hargaila ibu/mak selagi mereka ada....main point tu! sekali lagi takziah dari aku utk korang sekeluarga..
wanie md zain said…
alya...takziah utk alya dan wan..baru bc entry...
al-fatihah utk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat...
eiman's mummy said…
Takziah untuk wan & family..
al-Fatihah untuk arwah..
ingat2 lupa..rasanya masa adik kawin dulu,wan ada jumpa ngan dia..
she's very friendly..
nome said…
Al-Fatihah utk arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat...

itu yg aku takutkan...takut x sempat disisi mak atau abah sekiranya mereka sakit...aku sebak...aku takut kalau x dpt jalankan tggjwb sbg seorg anak dgn baik...sementara mak dan abah masih hidup, senangkanlah hati mereka, doakan mereka semoga dipanjangkan usia dan kesehatan yg berkekalan...amin
amal_fc1303 said…
al-fatihah.
moga roh nye dicucuri rahmat.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber