Skip to main content

tak rasa macam raya pun

sebabnya.. tak jumpa ketupat, rendang, org melapah daging, tak pegi sembahyang raya. 1 je yang terasa raya bila dengar takbir raya kat tv. mujur lah raya haji pada kami tak semeriah raya puasa. kalau tak, bole bergenang kot masa dgr takbir.

harini keluar rumah berjumpa doktor sahaja. klinik area seri kembangan semua tutup nampaknye. terus je ke bangi. takkan hospital tutup kan. ke az-zaharah bangi. wan dgn aku demam + selsema. boleh tahan gak la sebab mmg flat then hidung berair- air je. harusla ke klinik segera. ni dapat virus dari adel la ni.

hasil dari perjumpaan dgn doktor, wan mengalami selsema belum nak demam. aku lak cam biasa, tonsil. doktor tanya bila mau buang? ish, nanti- nanti la doktor. sekian cuti raya kami. esok kerja ye!

aktiviti siang hari. santai- santai saja dirumah. mama sedang transfer barang ke handbag baru. tima kasih maklong nia dgn adel. wan senang hati tgk handbag ni sebab keluasan nye kurang sikit berbanding dgn handbag sebelum ni. senang mau cari barang.

kat channel 615 ada cite upin & ipin the movie. tak penah tgk lagi. so tgk la. tgk anak- anak aku. tepacak depan tv ye!

along, ko nampak tak? ni ondway to the hospital...

papa tgh register. lengang betul. takde orang pun..along, aku close up ni..

adel is clapping. along, ko nampak kan?

sebab takde orang, nia pun syok lari sana sini. walaupun takde orang bole tahan lama gak tunggu turn. doktor on duty sorang je. 

aku yang tak sihat. tak sangka masa tgh tunggu turn jumpa dgn kawan sekolah jugak coursemate masa kat ukm. aku tekejut jumpa dia. dia lagi tekejut tgk aku dah ber-anak dua. dia cakap, 'aku tak dapat bayangkan ko dulu yang ganas skang dah ada dua anak' hehehee... lawak la ko ajie. aku luar je ganas, bila ada anak aku ceroi terus! kadang- kadang je mengganas. :D

Comments

Nur said…
raya haji je. heheh . memang tak terasa pon. haha

eh ! nape anak akk comel sangat ha? hahah
Mrs. Simplicity said…
bihah : ko bukan balik perak ke? tak rasa gak ke? ish ko ni, perlu ke akak jawab soalan ko itu? kahhhhhhhhhh...
amal_fc1303 said…
oit sume pakai baju frankfurt nie..
Nur said…
dah cuti sem dah. memang kat perak. tu pasal xrasa. kalau balik kmpung kat johor terasa la jugak. haha

eh ! tak perlu ae? tapi comel.haha. adel tu geram tgk nye !
ada. said…
ganas ? eh nampak macam lemah lembut je :)
mamashasha said…
wei....nila gaya org merantau raya...aku dah rasa last year...wei ko nye costume ecehhhh sumer dr frankfurt eh??cantek...beg tu pun cantek....cute nye muka nia pegang lipstick tu....adel clapping tu pun cute sgt!.mujurla ko segera mencari penawar wei kalau tak flat la jawabnye.esok keje eh? selamat berkerja ye...ko pun calon pekerja cemerlang gak....hehe
BIONIC WOMEN said…
me kalo datang sini x puas tgk muka adel n nia..dowang memang sangat comelllll...suka gambar adel clapping hand tuh..
rambut nia cantik...lebat sangat
kesimpulan, anak2 u memang kiut miut..hehe
Mrs. Simplicity said…
ina : weh, baju raya la tuh! hahah...

bihah : oh al-kisahnya...

ada : eh lemah lembut pun ye gak. macam- macam ada aku ni. hehehe..

bed : aku la calon apc ye. bersiaran dari ofis ni. tu la, akak aku bising soh tunjuk gmbr. maka aku kerah semua berbaju itu. ni la baju raya aku bed. org lain aku tgk pakai baju melayu bagai, kitorg je sempoi.tu la weh, aku ni mana bole sakit. tak selesa nak buat apa. tu yg terus gi jumpa doktor.

bionis : oh, tq dear. harap perangai secantik rupa. :)
Sricahaya said…
comel adel bertepuk tangan..
khusyuk tgk upin ipin yerk...

raya haji thn ni mmg tak rasa sgt..lagi pun ari ni dah keje semula..huhuhu
nome said…
cantek beg....wajib kaler ijau ye alya...ekke...

cian korang melepek kat umah...lg2 ko la dgn x sehatnya...tonsil la tu yer...dugaan alya...jgn loper mkn ubat...

comel adel pakai cekak pink tuh...dah pandai clap yer...duduk pun dah...diri pun dah..tinggal menapak jer...soon la tuh...

sonok nia lari2 kat kinik tuh...makin lebat rambut dia...
chekna said…
my ziyad pun sama.. terpacak tengok tv camtu...
Mrs. Simplicity said…
sricahaya : tu la sebab middle week tu yg tak rasa mcm raya pun. hehe..

nome : yeah me, mmg akak aku tau color fav aku. tonsil me, again! aku dah lali dah. sampai masa, buang la. aku rasa aku makin jd ganas kot bila budak2 ni besar. hehehe..

chekna : ye ke? tu la, tak leh la bagi derang tgk yg bukan2 kan. takut terpengaruh nanti :)
Elyn Sani said…
ko pulak demam beb!!! tgh musim la. aku ni pun x baik2 lai....
Unknown said…
cpt la rabun nia n adel mcm papa n mama nye klau dok tngok tv tepacak cam2!
Mrs. Simplicity said…
elyn : ye la beb. takpe la, asal anak sihat aku kena jadi sihat jugak.

ainal : ye betul! lepas ni aku soh diorg makan lobak merah banyak2!
amal_fc1303 said…
haah kan baju raya drpd frankfurt..
Mrs. Simplicity said…
ina : baju raya gak la kan. dah 1st time pakai..
ISHAA said…
aly...ko jumpa ajie yg kawen ngan mirul tu yek..lama xdgr citer si mirul tu even ms kat ukm dulu kwn baik ngan laki aku...diorang dah anak bape?? nape ko xde bergambar ngan diorang...
Mrs. Simplicity said…
ishaa : weh aku jumpa diorg weh. laki ko pun lost contact dgn besfren dia eh. hampeh tul diorg ni. busy keje kot. diorg stay kat bangi skang ni. ajie keje kat putrajaya. mirul lak tutor kat ukm. skang further study. mmg ukm dihati betul. anak sorg. muda 2 bulan dari adel. alya nama nye. muka sebijik mcm daddy ye. wah, terus aku bagi current update pasal diorg.

nape eh aku tak amik gmbr dgn diorg. photoG dah simpan camera la weh. hehehe..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber