Skip to main content

bila aku kat rumah...

kitorg balik keje dah malam. so masa dgn anak- anak tu ada la 4 ke 5 jam sahaja sebelum masuk tido. tu pun kalau tido lewat, kalau tido awal, jumpa esok hari je la. apa je yang bole dibuat. banyak benda nak diuruskan. nak mengajar anak tak terajar. maka layan aje apa yg diorg nak buat.

disuatu malam jumaat, sewaktu aku nak baca yassin, cam biasa, nia mesti nak duduk kat aku. bila aku baca bismillah, nia pun ikut sama. dan nak jadi terkejut bila nia baca doa makan. oh, besar dah anak aku. tp yg nak sebak tu, bukan mama yang ajar. mungkin dia dgr kat taska bila time makan, ramai2 baca doa makan. alahai, sibuk sgt mama ye, sampai nak ajar anak pun takde masa. ish, tak patut. harus la meningkat usaha mendidik anak- anak ni. harap dipermudahkan semua..

motif entry : gambar kejadian dah ada, maka nak kasi panas enjin kat blog ni, keluarla entry ni. nak upload video, tuan punya blog tak cukup sabar nak tunggu video loading.

lepas bagi salam kedua, terus sarjan- sarjan datang menyerbu. yang kecik pun sama naik ye..

lately nia dgn adel asyik nak kat mama je. eh dari dulu pun gitu. kadang tak menang tangan nak handle. especially bila dah penat sgt. tapi, anak sendiri kan. layan diorg seadanya.mari baca yasin sama mama ye anak- anak...

hadap mama ye. apa mama buat semua nak mengadap.

see our (me and nia) lips. tak sangka sebenarnye. sebab selalu apa yang kita ajar, itu yang dia buat. nia kita tak ajar dia buat. so terkejut di situ. tapi tidak la clear. doa makan versi dia la. bunyi nye dan tonasi nye betul dah.

Comments

Rizziela said…
pandainya dia..

Mungkin dia belajar kat taska tu..bagus betul kank?
Mrs. Simplicity said…
rizziela : ye la tu kan. sebab tak penah dgr dia ikut baca kat rumah. huhuh...
@e_da said…
bagusnya... anak yg mudah dilentur nanti tu..
alhamdulillah...bagus anak2 ni :)
OneSimpleMother said…
nia ajar adel doa makan..? gud kakak.. ada tokoh kakak mithali ni.. :)
Gieyana said…
bagusnya ko Alya..ko dh didik anak2 ko awl2...Admire its..:D
Mrs. Simplicity said…
@e_da : budak mudah dilentur, kita kena tunjuk good behavior kan? :)

abah yoe & ummi na : moga mudah dilentur sampai ke besar kan :)

ummu luqman : alahai kak, diorg be2 skang ni bikin mama pening kak. macam2 dah skang ni. huuhu...
Mrs. Simplicity said…
gie : aku harap dpt kekalkan momentum itu. ewah. thanks gie!
Unknown said…
gud2.. nnt nia n adel leh ikut contoh mcm mama, drjh 1 dh hafal doa qunut! heheh..
Mrs. Simplicity said…
ainal : hahahah ingat ko ye. nak tegelak aku bila ingat balik masa tu.
Ayu Zarina said…
bagus2..budak2 kan cepat captured apa yg didengar dan dilihat...
Unknown said…
tym jiwa n raga dorg tgh clean ni la, kene aja n msukkn bnda2 yg elok n baik2 kat dorg, klau tunggu besa sok, tym 2 dh bnyak pengaruh luanye, klau yg ok xpela, takut yg x ok 2 yg ssh nnt.. huhu..
(pngalaman sndiri! hahah..)
mamashasha said…
bagus nia...budak2 cepat tangkap alya...dari percakapan org keliling dan apa yang mak & ayah diorang selalu buat....cepat ikut....gambo adel mengadap mama & kakak tu cute sgt...hehe credit kat wan sebab ambik gambo2 ni..
Fieza said…
Bila Alyya buat entry ni fiza pun rasa yang sama..Bila kita bekerja masa untuk anak mmg terhad. Macam Syakil sendiri balik umah jer dia dah boleh count 123 sampai 10 tapi bukan fiza yang ajar dia blajar kat umah pengasuh sama gak dengan doa makan. Kadang2 fikir sian anak kita kan mama sendiri tak sempat nak ajar diaorg..hu..hu..
Elyn Sani said…
aku pun kekadang pikir.... masa terhad betui dgn anak. baru sorang anak belum lai berorang2....

mcm wafiq tu tetibe je aku tau die dah reti amik air semayang. sayu je hati sebab die belajar ngan nenek die. tp mak pak asik bz keje!!
nome said…
alolololo tomeinya dua2 anak ko alya....berebut2 nak join mama dia baca yassin....yg si kecik tu pun sama gak yer...alhamdulillah nia sudah mula baca doa makan...walaupun x bape jelas, but still dia cepat belajar...soon adel plak ikut kakaknya...sejuk perot kamoo mengandungkan mereka...semoga menjadi anak dan insan yg solehah...amin
Mrs. Simplicity said…
ibuayahdamia : serap semua benda. kena tunjuk yg baik2 saja kan :)

ainal : cakap pasal diri sendiri ke ko ni? hhahaha...

bed : tu la dia bed. maka jgn la nak cakap bukan2 depan anak. nak tunjuk perangai bukan2 lagi la tak leh. kalau la aku bole dan ada masa nak ajar nia semua benda kan best kan bed.

fieza : syakil pun gitu eh? huhuhu...tu lah, dah separuh ari kat taska then ramai budak. lagi la banyak benda dia tgk :)

elyn : betul la beb. anak baru sorg 2 dah tak sempat. alahai wafiq pandai amik air smyg eh, takpe beb. mana yg sempat kita aja la kan.

nome : sama gak adel ni me. sama naik. amin me... :)
r|nA @ ja|j|na said…
same macam echa..kadang² tak sedo yg dia ikut sikit² ape yg kita buat..iyelah, budak nak membesar..time camnilah dia cepat tangkap..

harap² anak² kite dapat yang terbaik kan, amin..
r|nA @ ja|j|na said…
eh, adil dah bape bulan? dah boleh berdiri tu?
Mrs. Simplicity said…
rina : aminnnn....

rina : adel dah 9 bulan.. tu la, dah diri2... besar dah dia..
Sricahaya said…
sama la kita..kalau solat or nak ngaji..sorang duk kat panggu sorang lagi duk kat sejadah..
kalau ayahnya solat or ngaji tak de plak dia nak kacau..hehe
Yu'xan Lee said…
Pandai tul budak2 sekarang nie kan, cepat jek belajar....Adel pun dah besar, suka sgt tgk dia, heheheh
salam alyyani,

heheh...sama spesis anak-anak akak!
MamaYatie said…
alhamdulillah..bagus mcm tu kan..itu lah pentingnya cr taska yg bagus..kurang2 kalo mak ayah terlalai ada yg bantu beri pengisian..tak bermaksud la kita boleh lepas tangan..hari tu,anak saya nadira pandai baju al-fatihah pun saya tak perasan (selalu ikut along dia baca masa nak tido)..cikgu yg bgtau..huhu..
Mrs. Simplicity said…
sricahaya : betul la kan? kalau papa nye rilek je. tapi kalau mama, semua nak ikut. huhu..

yu'xan lee : zura, tunggu yu'xan besar lak nanti eh. mesti syok layan telatah dia :)

so shy lady : ye ke kak? hehhe..

pierre_balmain : :)

mama yatie : yeke? in a way, taska ni bagus jugak kita expose untuk anak2 kita kan. banyak benda diorg bole tgk dan belajar.
amal_fc1303 said…
weyh gelak2 la ina tgk gmbr nier.
aduhai...
seb baik la ko abeh smyg bru diorang serbu.
wat nye time rakaat kedua dah dikaco nyer.
langsung tak jadi nk semyg.
hehehehehhe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber