Skip to main content

giant grand opening day

penduduk seri kembangan semalam begitu teruja dengan pembukaan giant. ye la, selama ni dok shopping kat jusco je. bila ada shopping mall lain yg bukak, wajib la excited. dah tu nanti banyak pulak pilihan. dari kawasan tu tanah rata, sampai la pembukaan dia semalam, aku menyaksikan pembinaan dia. sebab hari- hari mmg akan lalu sebelah giant tu.

maka, untuk mejana ekonomi malaysia seperti yang disarankan, semalam lepas keje, terus saja ke Giant. sebab parking dalam tu da penuh, kena parking kat luar yg bole tahan jauh nya. tak amik nia dgn adel dulu. sebab kena jalan jauh + dah maghrib + susah nak angkat barang nanti. dah bagitau kat nursery diorg.

ada selected item mmg harga sangat murah. maka, terus la amik penuh setroli. kedai kat luat giant pun banyak. tempat baru, semua pun sedap je mata memandang. adakah lepas ni jusco akan dilupakan? we will see. :)

keterujaan penduduk seri kembangan. macam ada giant member card day je. semua tempat penuh kereta.

troli pun habis masa ni. semua pakat borong.

troli kitorg penuh dengan drypers. sebab murah RM10.

kedai makan yg glamour ada dalam ni, secret recipe. lebih luas dari kat jusco. then ada la kedai makan lain.

keluar giant pun dah gelap..

hasil belian...

dinner aku malam tadi. currently I'm so addicted to shushi. wah tak saba nak ber-shogun 2hb ni! ;)

Comments

Rizziela said…
Wah! bestnya..senang nak shoping nanti kan..>Giant lebih murah dari Jusco kan
r|nA @ ja|j|na said…
rina pon suke sushi..tp husband tak suke mane..
wahhhh.....murah ye drypers....sllnya cm tu la..kalu grand opening ramai giler org kan..
nome said…
2hb ko bershogun? wahhhhhh...best2...shogun mana nih...sile menjamu selera yer...

dinner ko mmg mantop la mlm td alya...

byk brg ko borong...drypers 10 hengget? best giler...berbaloi2 kalau beli byk...padat mampat dgn org smlm ek...ramai giler....haruslah ko sopping ke situ je pasni...sbb dekat sgt dgn umah...
Iela Fazielah said…
ayoyoyo... jauh tu menapak.. tp bab pempers spuloh hinggit tu mmg patu t gi beli n terjah.. siap ada SR dlm tu yek...
OneSimpleMother said…
giant memang tempat shopingan kami.. tapi diapers dan susu cari kedai lain. giant mahal sikitla..
Chik Na said…
Akak pun mulanya plan nak memeriahkan suasana kat opening Giant tu tapi bila tgk kereta beratur sampai ke main road..malas pulak dibuatnya.. Kalu rajin weekend ni baru nak menjelajah Giant baru tuh
Ayu Zarina said…
masa ayu tgh baca entry alyya ni...ayah damia pun tumpang baca sekaki...dia kata memang power lah alyya ngan wan sebab sanggup bersusah payah ngan anak, tapi gi tempat sesak2 cam ni...hehe..dia kata lagi...yg kita ada bibik pun takkan gi grand opening cam ni..unless gi berdua ngan ayu...ekeke

ni ayu lak yg kata...drypers tu RM10 je ke??? utk berapa pieces tu??/ murah giler tu..
MamaYatie said…
wah...murah giler drypers...
drypers RM10..?? biar betik..?? murah gilossss....
ICAZIESYIRA said…
pergh! ramai gila pegi giant baru. kalau ayesha ikut tu, confirm takleh beli ape. balik je la..
amal_fc1303 said…
oit sakan ko shopping yer..
suhida said…
alya, smpi bila drypers rm10 tu..gilak la...
alya, shopping sakan ko eyh...sabtu aku g area sri kembangan gak...terkezut biler nampak deretan keta kt luar giant tu, tp kitorg membelok ke jusco sbb ader feveret thing kt situ..ingat lpas tu nk masuk giant, kuar dr jusco pon dh mlm tgk keta lagi sesak barat beratur nk masuk giant, so cancel...grand opening ghupenyer...
Anonymous said…
bukan RM10 la drypers, murah RM10 dari harga biase..
Mag said…
masa pergi pasar borong selangor lalu kat giant ingat kat alya.huhu
HaWaAdAm said…
ooo..dah bukak ye..aku dok lalu situ lepas pegi pasar borong tu, tertanya2 gak bila la nak bukak...besar je aku tgk giant tu..hehe..bole la pegi nanti...tapi, br2g2 yg dijual di giant byk yg mahal dpd yg murah, ye tak..huhu...

wajib makan kat shogun beb..byk giler makanan+affordable+reasonable+mentekadarah ikut suka hati ko..hahaha...sedap2 juga...hehe..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber