6 Syawal 1431H : birthday celebration & beraya ke Kajang

6 Syawal, pagi- pagi dah hiruk pikuk rumah sebab nak bersiap nak beraya ke Kajang pulak. ayah aku asal usul nya orang Kajang. tu yang kitorg membesar kat Kajang. lepas aku habis sekolah baru pindah perak. atuk dgn nenek aku kat kajang dah meninggal. so rumah arwah atuk, makcik aku yang duduk. semua adik beradik ayah aku masih di area kajang. so beraya ke rumah adik beradik ayah aku la. dan menziarah kubur arwah atuk, nenek dan maklong aku.

kalau dah ramai- ramai, plan nak keluar pukul 10 drag jadi pukul 12. biasala tuh.  tambah pulak hujan lebat pagi tu. sebelum tu, kitorg buat bacaan doa sempena meraikan birthday akak aku pada 10/9, birthday aku 7/9 dan birthday nia pada 5 Syawal. ikut date Islam la pulak. sebab da beli kek so buat la bacaan doa sikit. dah pakai cantik2 kan. lepas tu kek simpan balik dalam fridge terus kami bergerak. kali ni kami ikut jalan dalam sebab nak ke kuala selangor.

maka, 6 Syawal tu kami sempat beraya ke :
  1. 12pm - ke seri iskandar dulu beraya rumah opah sedara (abang opah) kitorg. biasa pegi 1st raya tapi tak sempat.
  2. 5pm - baru sampai kuala selangor rumah ayahyang (abang mak aku). melawat sekali cousin aku yang baru deliver tp baby meninggal dalam perut tu. secara fizikal nya dia cepat recover dengan condition dia yg kena jahit banyak dan uri lekat tu. sebab aku ada bagi sebotol pil ikan haruan. berkesan kot. masa aku dulu pun sama. tapi mentally masih belum pulih lagi sampai sekarang. masih terkesan lagi. kat sini aku mandikan nia dgn adel dan tukar baju diorg. makan sate. yum2!
  3. 7 pm - ke meru pulak rumah paktam (adik mak aku). maghrib dan ada yg mandi kat sini. sebab bagitau adhoc je, maktam masak mihun goreng. kalau bagitau awal, mesti dia masak best2.
  4. 9 pm - ke batu3 shah alam lak umah uda (adik mak aku). aunty masak mihun goreng gak. mihun goreng back to back. time ni memasing dah lemau sgt. tp belum berkahir ye.
  5. 11pm - ke puchong rumah terakhir utk haritu, rumah maksu (adik ayah aku). tiap- tiap tahun mmg kitorg sampai rumah maksu around this time. dan diorg pun dah biasa. walaupun dah lewat dijamu jugak dgn bihun tomyam. back to back bihun. tp kitorg makan macam tak pegi rumah org lain. hehe.. makan selagi boleh. time ni, nia dgn adel dah selamat lena.
kitorg selamat sampai kat rumah aku pukul 12 lebih. terus pengsan masing2 lepas bersihkan diri. esoknya banyak lagi rumah nak beraya....

nape la semua org suka buli saya ni.... adel yang baru bangun tido sebelum dimandikan

the birthday cake. saya adalah kak ngah ye

its our birthday. ye, aku yg nampak macam kak long ye. banyak faktor ye, faktor utama dah beranak 2. :D

sekeluarga. nia time ni dah lena..

oh, opah dengan maklong tak bagi duit raya lagi. adel salam opah bagi duit raya

nak amik gmbr punya pasal, yang tido pun kena dera. tapi tak tahan aku tgk nia maintain tido je time opah dgn atuk dia bagi duit raya. hahahahah...

tetiba mak dgn ayah aku tahun ni bagi hadiah. selalu dah tua- tua ni celebrate gitu je. dapat telekung. thanks mak and ayah!

opah we namanya. rumah pertama yang kami pergi. dulu tak sihat sekarang dah ok..

kemudian kami meneruskan perjalanan ke kl. ikut jalan dalam. toll free. tapi jalan selorong je. maka, atas dasar ketidaksabaran manusia, terjadi nya accident teruk ni. dan jalan pun jem. kete nissan berlanggar dgn lori besar.

singgah solat di teluk intan.then singgah late lunch kat tanjung karang. sebelum pergi ke rumah ayah yang. ada playground, bawak budak2 main sini.

musim raya nak cari kedai makan pun susah. makan kat gerai ni yang hanya boleh order nasi putih lauk paprik sahaja. maka, 10 orang makan menu yang sama. tpai sebab dah lapar, redha aje.

selamat sampai di kuala selangor. nak kenal ayah kepada arwah baby tu, yang sebelah wan yang dukung adel tu. 3 minggu dia amik cuti nak menjaga isterinya..

time ni baru lepas mandikan nia. aku lak tgh mandikan adel. nia yang tgh khusyuk tgk upin dan ipin. cousin aku tu dibalik langsir tu tengah mengurut. 

menu kat sini, sate! sate dia sangat sedap. sama level dgn sate samuri. kitorg makan tanpa henti.

papa yang sedang merehatkan badan. kalau nak ajak laki aku berjalan dia on je, dengan syarat, perut tak lapar, then tau jalan nak tuju ke tempat tu. insyaAllah kemana je dia ikut.

opah yang bersama cucu nya. ni la makyang kitorg. adel cam biasa, org dukung mesti merengek.

lepas tu ke meru la pulak. ni kat rumah paktam kitorg. makan lagi!

time ni budak be-2 ni buat perangai. dua2 nak mama dukung. org tgk pun runsing.

bergambar bersama paktam sebelum bergerak ke rumah seterusnya

dari meru ke batu3 shah alam ke rumah uda kitorg lak. adel time ni segar bugar lagi.

nia pulak da selamat tido..sian dia kepenatan..

dari shah alam ke rumah terakhir rumah maksu. time ni 2-2 dah selamat tido. 

walau pun dah lewat malam, makanan masih panas2 lagi. kitorg ni badan je penat. tp time makan laju je. mihun tomyam dan dish raya

dulu masa aku bujang, kalau kitorg beraya kat kl, kitorg tido umah maksu ni. tpai since aku kawen, transit kat rumah aku pulak lah. tu yg selalu jadi rumah last beraya.

paksu dan maksu kitorg. tgh main- main dengan cucunya adel. nia angkat dia pun maintain tido. pukul 12 lebih, kitorg mintak diri. sekian raya ke-6. bed, baju yg adel pakai siang tu, baju yang ko bagi dia. :D

6 Syawal - 5 rumah dikunjungi, entry 7 Syawal - 8 rumah kami ziarah!

12 comments:

nome said...

yeeehuuu pengomen pertama!

byk tol umah ko beraya yer...camtu la! baru best..jgn jadi cam aku...dok terperok kat umah...huhuhu...

bersilih ganti umah korang gi...bagus tol! aku pun terasa kemeriahannya...

nur.. said...

salam aidilfitri...heheheh baru sempat mengomen alya punya n3 raya...amboi syoknya raya sakan noo...heheheh..tiap2 ari dok tunggu n3 raya alia..best jer layan gambr dgn citer...

bila nak open house..jgn lupa jemput wanie yek..heheheh...

Rizziela said...

Saya yg baca ni pun terasa penatnya..mcm mana tuan rumah boleh beraya dengan jayanya bersama dua orang puteri comel?

Letih kan? tapi memang seronok & best tengok hasilnya :D

Elyn_Sani said...

uiks tak letih ke ko beraya?? hihihi aku letih baca tp seronok!!

Fieza said...

Beraya sakan tul alyya n family yer. Fiza baca pun terasa keletihan nya. Tapi bestkan bila ramai sedara n boleh melawat macam ni. Meraih jer rasa. Msti duit raya adel n nia pun masyuk ni

ummu luqman said...

huii.. raya sakan alya. akak baca pun dah rasa kepenatannya. tapi sronokkan walau penat pun. get together dgn sumer ahli keluarga. btw. alya nmpk lg muda laaa.. walaupun dah beranak dua.. hehehe

alyyani said...

nomw : kalau kami beraya kat kajang gitu la rutin tahunan mie. mmg meriah. tp letih nye Tuhan je la tau. setahun sekali kan. ko pun berst pe, siap bole bowling dgn tgk wayang lagi.

wanie : selamat hari raya utk wanie and family. layankan je la ye cite raya ni. harap dpt habis sebelum habis syawal. heheeh.. open house? sentiasa open wanie, nak dtg calling2 je ek! :)

rizziela : sgt2 letih, tp puas hati dapat melawat semua. budak2 kecik tu lagi la penat nye. usung sana sini..

elyn : letih gile babe! tp best!

fieza : adik beradik mak ayah ramai tu yg kena ugak cover mana yg boleh. tu pun ada yg tak habis beraya lagi. kena pegi beraya lagi la :)

ummu luqman : ye kak, dpt gather reramai cmni mmg meriah! heheh mekaseh kak, nanti nak bagi duit raya ke luqman ye! :D

mamashasha said...

Alya : sakan kau beraya weh..ada lagi persamaan kite
6 beradik, 3 pasang! Ko pusing semua dr seri iskandar
Ke puchong! Back to back bihun lahi tu.
Satay tu tgk pun dh tau sedap!

Alya, aku pasan nia cam tido ms mak ko dukung tu.tapi takkan
Lah sekali mmg betul ye..bergambo punya
Pasal. Alang2 celebrate harusla di kumpul sekali bukan senang
Nk get together..

Baju adel tu patut cam pernah nampak! Kahhh

Wan steady je eh selagi 2 condition tu dipenuhi.
Cayalah..

suhida said...

alya..bukan nia n adel je penat.aku tgk ko pun dah penat...alahai..mmg penat na berjalan..dgn anak2 lagi.takpe,sekali sekala kan. seronok beraya dgn mak ayah dan sefamili.makan..makan..dan makannnn lagi.klu aku la tu kompem naik 5kg.huhuhu...

ayuZack said...

sukanyer tgk alya hari2 penuh beraya..
jeles sgt..

harap sok anak2 daku dah beso pon leh buat centu jugak...

walaupon tak merasai, tapi dapat tau mcm mane kegembiraan kat hati korang bila dapat bersama sekeluarga pegi beraya kan!

best lah!

Iela Fazielah said...

betul2 beraya sakan kan>> bestnyer.. akak dpt rasa mcm ni kalau raya dgn family akak.. dgn family momok aka kureng sikit... mkn byk2 xpecah perut ke?? sib baik badan kamu tu slim kan... hehe

alyyani said...

bed : mmg back to back. then braya ikut route yg betul. dari perak ke seri kembangan. mmg mihun day. semua mantap. sate pun ado! ko pun 3 pasang? mmg la sama!

iye bed, mmg nia tido sunggh. telentok2. kitorg gelak sakan dia maintain tido. bergamabr punya pasal, sanggup aku dukung!

iye, baju adel tu harusla ko penah nmpk ye. kahhhh

wan ok je kalau 2 benda tu cukup ye. hehehe..

suhida : iye su, mmg aku lembik raya ni. tp demi raya aku redah jugak. hehehe... ko tmbh 5kg ke? aku tmbh 6kg kot. takut nak naik atas penimbang. huhu..

k.iela : beraya habis2an. heheh.. family momok tak ramai kot kak. makan smpi senak perut kak. hehehe..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in