Skip to main content

kami laki bini sakit

selalu kat blog aku ni cerita pasal anak- anak tak sihat kan. tapi kali ni, turn mama dgn papa diorg lak sakit. aku kalau dah sakit mmg la rasa tak selesa. ye la, sakit- sakit kita pun anak tetap kena diuruskan. diorg bukan faham pun kita sakit ke tak kan. kalau besar nia dgn adel tu la kan. 

dari semalam aku dah rasa seram sejuk. tetiba wan lak sms cakap dia nak singgah klinik sebab demam. sama dengan la bini dia ni. aku bertahan kat ofis dengan 2 biji actifast (as usual). balik kerja terus wan bawak aku gi klinik nak amik ubat sebab aku dah rasa lembik sangat dah.

i thought i was having fever. seperti selalunya. bila doktor cek tekak, tonsil aku membengkak. so it's not fever. virus yang tonsil aku bagi ni buat badan aku sakit. simptom macam demam tapi suhu badan normal. aku cite kat doktor yang setiap bulan mesti rasa gini. ingatkan demam biasa. doktor cakap tonsil ni kalau dia dah ada, dia tak duduk saja. mesti nak kacau antibodi badan kita. hai, sabajela kan. so doktor advise soh amik vitamin C yang high dose utk elakkan aku selalu sangat sakit. belum masa nak remove lagi. 

yang wan mmg confirm la demam. pakej sekali batuk dgn selsema. maka kitorg diarahkan memakai mask bila dekat dengan anak- anak. aku lagi extreme sikit. terus suruh wan tido luar. sebab dia nya virus tu lagi bahaya kot. kitorg berdua dapat MC hari ni. tapi aku kan pekerja cemerlang. hahaha.. masuk gak ofis dengan ber sweater dan berstokin. 

masa ni aku tgh jumpa doktor. tu kat screen tv tuh, tak panggil2 dah skang. tgk nama appear terus la masuk. masuk je, confident je cakap yang demam. tgk suhu badan normal je. sekali tonsil lagi. dulu penah dapat refer letter kat hospital masa pregnantkan adel utk remove tonsil ni. gi hospital lak. doktor pakar lak cakap belum bole remove lagi. tah ape- apa je. aku gak yg suffer.

dapat MC sehari harini. baik hati lak doktor bagi MC. tak mintak pun. sebab tgk aku lemau je kot semalam. harini rasa seram sejuk lagi tapi takde la sampai tak leh bangun.

note : beza nya lelaki dengan perempuan kalau sakit ni, perempuan masih kuat lagi nak uruskan rumah dengan anak- anak macam biasa, tapi kalau lelaki yang sakit, mak oi, lemau dia, macam org dalam pantang pun ye gak. tak dapat MC pun mintak gak MC. hahahah... tu pasal la Allah bagi kaum hawa untuk beranak. kalau la lelaki kena beranak, ape jadi eh? 

note 2 : nia dengan adel dalam keadaan sihat seperti biasa. takpelah, bia la kitorg yang sakit, jangan anak- anak yang sakit kan.

Comments

nome said…
alya: semoga cepat sembuh yer...ko rasa lemah sgt nih sbb tonsil membengkak..cian sgt...byk minum air masak ek...mkn vitamin c tu byk2...kalau tak, ko sebat je mkn buah oren atau buah kiwi byk2...

to wan gak, semoga cepat sembuh...cian awak tdo kat luar...pengorbanan tu...
r|nA @ ja|j|na said…
bahye tonsil ni kan, boleh bawak demam..

minggu lepas si abah yg demam, sampai mengigil-gigil..malam tadi lak anaknye pulak deman..mintaklah jgn mak pulak demam..kalau demam susah nak urus rumahtangga nnti..
mamashasha said…
sian korang alya, semoga cepat sembuh...makan ubat, pas setel kat opis balik tido & rest puas2 sebelum jalan jauhh ye....sesape ade tonsil mmg la kena bertahan alya...apasal dgn wan? mau nye tak lemau batuk+selsema+demam package tu alya....mana nk tahan kan....tapi laki aku kalau sakit tak tunjuk sgt...ermmm ego la tu....

aku tgk screen tu ingatkan nama doktor tu alyyani anuar jugak..hehe

ko kan pekerja cemerlang...harusla masuk ofis even dpt cuti...kalau org lain doktor tak bg mc pun mintak mc kan...aku doktor siap tny nak mc ke? aku ckp tak payah saya nk masuk ofis...hehe
Ezzah said…
get well soon my dear! :)
~aSHa~ said…
betul tu..kalo perempuan sakit...masih mampu lagi lakukan itu ini..

kalo sha pg klinik agaknye dpt mc tak? sbb lemau, lemah, lesu dan sebagainye ni..ehehhe...alahai arini sakit kepala lak...tahan kan selagi leh tahan..
LYaFRINA said…
rajin2 la mkn ubt..
tkut bjangkit kt nia n adel...
budak2 senang dpt effectionkan..

lya ni pon, dh mula selsema n batuk2.. dh la baru nk sihat.. sabor j la
OneSimpleMother said…
betul tu alya. hasben akak kalau demam melepek abes.. :)
Mag said…
tc..get well soon..huhuhu..orang lelaki memang macam tu kan. hehe
wanie md zain said…
semoga cepat sembuh..
alya lelaki memang mcmtu agaknya kan..demam skit jer tp keadaan tu Ya Allah hanya tuhan je tau...kita ni sakit2 leh lg bgn urus anak2..
aJA said…
get well soon alya
MUMMYAR said…
moga cepat sembuh ye alya....kalau dh hubby pn selsema batuk harus kena tido luar tu...hehhe..coz kalau dh jangkit ngan anak2 nnt lagi susah rasanya....
fieza said…
100% setuju dengan kenyataan Allya tue. Mmg kita ni kalu sakit boleh lagi bangun buat kejer2 lain n uruskan anak tapi kalu lelaki sakit hmm dah tak boleh nak buat aper dah.. Manja kot diaorg ni. Tu la kalu diaorg yang pregnant macam ner la agaknya ek..
Chik Na said…
wah wah.. rajin sungguh Alya..untung company dpt staff macam alya..

semoga Alya suami isteri cepat sembuh dan banyakkan minum air.. and take care of yourself.. seorg ibu x boleh sakit lama-lama nanti lintang pukang rumah

ps: K.mas pun selalu p klinik fadzliyana tu..
Unknown said…
note 1 tu memang sokong...pompuan kalau sakit ke demam ke buat tak tahu jer..anak2 tetap terurus...masak tetap masak..kadang2 tu keje tetap keje...tapi kalau org lelaki demam, duduk dalam selimut atas katil jer la jawabnya....siap request nak makan tu ni...heheh
amal_fc1303 said…
canggih ek klinik skrng nie... trus kuar nama ko. kat perak still lagi nurse kena panggil nama. xpon panggil no jer.
MUMMYAR said…
alya,nnt amik award ye kalau free...
eiNa said…
get well soon alya..

eh, klinik fadzliyana adalah klinik tetap Aira dlu masa tinggal di taska,2 minggu sekali...skang alhamdulillah dah kurang sakit.
Elyn Sani said…
note ko yg pertama tu mmg betui. aku kalau sakit buat gak keje sikit. tp kalau dia yg sakit.... suh bgn pun takmau!! haih lom kene beranak kan??

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber