Skip to main content

home alone with the kids on saturday

menjelang sabtu lepas aku agak suspen memandangkan aku sorang diri je kat rumah dgn nia & adel. kalau sejam 2 bole kugagah jugak, tapi hampir kepetang baru la papa diorg balik. ofis wan ade karnival sukan kat UNITEN, bangi. mujur jugak dekat je. kalau jadi apa- apa senang nak balik.

sejak ade adel ni, aku rasa nak handle sorang diri agak susah, bukan agak, memang susah pada aku. kalau setakat papa diorg nak gi basuh kete ke, gi kedai beli susu ke, ok lagi. dan biasanya wan mesti bawak nia. tak kan biakan aku sorang- sorang dengan anak- anak. 

kul 7 pagi wan dah keluar rumah sebab sebagai AJK, kena ada kat situ awal. event start pukul 7.30 pagi. seawal tu jugak la aku dgn anak- anak bangun. nak jadi cerita, dengan aku sorang diri yang handle, sampai papa diorg balik la budak- budak ni tak tido- tido. except for nia yang tido kejap pukul 3.00. tu pun wan balik kul 4 lebih.

sudahnya, satu kerja pun tak dapat nak buat. angkat punggung sikit, yang ni nak ini, yg itu nak itu. yang ni berak, yang tu pulak berak. yang ni nak makan, yg tu jugak nak makan. yang ni nak susu, yang tu nak susu. mmg huru hara dan kepenatan la aku ni. asyik tgk jam je bila la wan nak balik ni. 

setakat ni kalau wan outstation pun dia masih balik hari sebab paling jauh pun ke pahang je. tak dapat bayangkan kalau kena outstation lama-lama. kena la aku request maid lak. aci tak? akan difikirkan. but, alone with the kids was really a big challenge for me. 

mmg banyak kali la terlepas laku kat nia. sian ke nia. sorry nia.  mama bukan marah nia, tapi mama geram bila nia nyaris nak pijak muka adel, bila nia asyik nak tepuk muka adel, bila nia tumpahkan air kat comforter, bila nia masukkan spagetthi dalam cawan yg nia nak minum, bila nia panjat box mainan. haish, i know you wanted to explore things. tapi mama ni tak cukup sabar sebenarnye. mama kana cuba up kan lagi kesabaran mama ye. insyaAllah...

tapi mama rasa sejuk hati sikit bila nia bole tolong mama masukkan pampers kotor kat dustbin, bole masukkn baju kotor kat dalam bakul, bila nia pandai breakfast dgn lunch sendiri tanpa mama perlu assist, bila nia tak sepahkan mainan, bila nia concern bila adel nangis sambil suruh adel diam..diam..bila nia pandai main sendiri, bila nia pandai tgk favorite cartoon sendiri. 

pagi lepas je papa keluar rumah. 

ni pun ada hati nak main. skang tak leh tgk mama dia. kalau tgk mesti merengek- rengek mintak diangkat. mmg tak leh rest la.

she's thinking outside the box. sabajela. maknanya ape ni? papa, nia nak slide dalam rumah 1!

gambar lepas insiden nia terletak kaki kat muka adel. tak tau la sengaja ke tak. dan tak tau apa yang digeram nye. mujur aku aku depan tu. kalau tak, tak tau la..

ni tgh main tepuk amai- amai dgn adel. yang jadi letih nya bila nia suruh mama nyanyi ulang- ulang sampai kering tekak mama. papa suruh rekod je lepas tu play je bila nia suruh nyanyi. bukan tepuk amai- amai je. lagu i love u barney tuh, lepas tu lagu ibu, engkaulah ratu hatiku tu. tu la, dia suruh ulang banyak kali.

mama tau nia sayang sangat kat adel cuma cara nia tu kadang- kadang menyakitkan adel. adel skang ni kalau nampak nia datang je dia dah nangis2. takut dah. heheh.. kalau dia kiss adel pun sampai lepek la pipi adel tuh.

nk blogging or online jauh sekali. sambil- sambil je la.

lunch pun delivery je. aku tak terror la nak masak sambil nak handle 2 orang anak ni. huhu.. alasan ke eh? tp betul la. 

dalam kul 4 lebih tu, baru la papa diorg balik. lega gila aku.

malam, lega dah mama sebab bole tersengih macam adel ni. tapi sebelum tu member2 wan ajak dia gi jamming pulak. ish, time la pulak kan. mujur la member penat baru lepas bersukan, nak ketuk drum pun tak larat kot. maka, tak jadi la papa diorg keluar.

motif entry : anak baru 2, bila sorang je kena handle rasa kelam kelibut. semua keje tak jadi. tak saba nak tunggu anak- anak besar. baru la bole coordinate. aku admit, aku tak cekap lagi dalam nak handle semua ni. or energy aku tak cukup ke. sabar aku pun tak cukup tinggi lagi sebenarnye. 

Comments

r|nA @ ja|j|na said…
betul lah alya, kadang2 kite ni jadi kurang sabar dgn kerenah anak2 ni..rina ni baru sorang je, kadang2 pitching tak leh kontrol..

rina kalau tinggal ber-2 dgn echa mmg keje len takleh buat langsung..kene tunggu echa tdo dlu..
nome said…
fuh...aku yg baca ni bleh rasa kepenatan yg ko alami ni alya...aku kalau berada di situasi ko, sure aku pun buat cara ko nih...lunch pakai order, pastu sore sure cam halilintar sbb tgk kakak buli adik..kan? kan?

cian sgt kat ko...aku setuju jer part ko nak amik bibik tuh...motip? bleh ar bibik aku kawan ngan bibik ko...kahhhhhhhhhh....ekeke...xdelah, bg aku ko perlukan perancangan rapi dan selidik tol2 agensi utk amik bibik nih...x semua bibik elok alya...ikut rezeki masing2...apa2pun ko berjaya jugak handle 2kids without wan disisi...
wanie md zain said…
alya...hehehee..tergelak2 bc ntry ni..sama jer b=najla dgn nia..pernagai diorg menuji kesabaran..wani pun selalu babab najla...bila nak tido cepat2 say sori kat najla...hehehe geram kan...wanie lagi la...dah selalu kena tinggai ber3 dgn anak2..abah balik kul 9mlm...penat sgt kan...
adel aad lesung pipit yek..mcm iris..agaknya baby2 yg lahir 2010 semua ada lesung pipit...
Ztee_Azwanis said…
alya.. ye ke? susah eh nak handle.. hemm, sy olweys tot how yu handle sbb dua2 masih kecil kan..?


hehhe. niwey tkpe, dorg msti jud girls kan..!
along aishah said…
aly...tahniah dari aku..berdasarkan gambar nia yang pertama aku yakin ko seorang ibu yang berdedikasi...aku memang sungguh tak sangka ko boleh buatkan nia ikut cakap ko sampai mukenye jadi gitu..hehe...dasat aly..
OneSimpleMother said…
hehehe.. bes la baca entri nih. bukan pe.. sedang membayangkan nasib akak ni nanti bila luqman dah dapat adek sedang dia nk membesar macam nia dan ayahnya pulak takde gi keje berminggu2 tu. org kata anak laki lg buas. mau kurus omaknya ni kot.. ye la tuuu.. :)
suhida said…
ermmm... :)
sbb tu aku smpi hari ni masih terkial-kial lagi nak kemas nak pindah ni. tolongggggg!~
Elyn Sani said…
aku yg br sorang ni pun kesabaran selalu out inikan ko plak!!!

lelagi time nk masak... goreng telur pun leh hangit kejarkan die panjat grill dapur ekekek
amai @ mai said…
alya.. camnie agaknye kalo anak dah 2 kan.. mai pun bakal mengikuti.. skrang pun dok fikir, camnela aku nak handle 2org anak nanti.. ishh.. sedangkan yg sorang nie pun kekadang menguji kesabaran.. uishh.. kena byk bsabor kan.. ;)
Mrs. Simplicity said…
rina : pitching eh. alya nye pitching mmg dah lama high nye. bole stress gak kadang2. kena la istihgfar banyak2.

nome : aku ni me, nia nak sepah2 tu aku ok lagi. yang jadi aku letih tu kena protect adel dari kena apa2 dgn nia. kalau tak, mmg cedera kot adel. ish. letih dibuatnya. maid eh, tu la, aku dgr ramai cakap susah nak cari maid yg best mcm maid ko ni me. insyaAllah, kalau dah tmbh lagi sorg anak bole la aku consider. apa pun kena tunggu pindah rumah la. kalau rumah skang ni, belaga punggung lak aku dgn maid. heheh..

wanie : najla macam nia gak ek suka kacau adik. sian gak kat adel, dia kadang takde space nak bergerak sebab mana dia ada, situ la kakak dia ada. mama pulak naik tension gak la. huhu.. iris ade lesung pipit gak eh? ye kot! heheh.

zteesyahmi : setakat pagi smapai petang under control lagi, kalau la kena tinggal seharian ke lebih ke then takde org nak assist, tak tau la ape jadi. bole jadi migrain kot mama dia ni. huhu..

along aisyah : hahahah.. time kasih along! long way to go nak bentul anak2 ni. tp kena la start dari skang. aku harap aku didik anak2 aku on track.

kak mas : kalau luqman ade adik, akak takde org assist, confirm kurus kak.. tak menang tangan dibuat nye. tambah kata akak anak lelaki kan.

suhida : ko tu mcm ok jugak la, razi dah bole harap. aku ni. uhuhu.. jauh lagi la..

elyn : aku kalau nak masak, tak tau la ape je yg sempat. baru kua bahan dalam fridge dah sangkut sampai situ je kot. huhu..

mai : ye mai, key dia sabar banyak, istighfar banyak . kalau tak, bole jadi stress. memula mmg risau, tapi bila baby dah keluar mai mesti tau mcm mana nak handle. moga mai jadi supermom ek! :D
ICAZIESYIRA said…
seronok nengok adel. rasa macam nak tambah baby.hehe..
wanie md zain said…
alya..sama jer dgn iris...tgh sedap2 tido kakak cuit pipi la..telinga la..kat mana ada iris kat situ ada najla...sama jer perangai diorg ni...
Mrs. Simplicity said…
icalovezie : eh yeke? bole la menambah lagi. :)

nur : ha tu la pasal nye wanie, mmg urut dada la. kadang tu terlepas jugak kat nia. ye la, elok adik dia tgh tido, dia pegi terkam. bahaya sungguh!
Mag said…
alya dah layak panggil super women dah tu boleh handle dua orang anak dalam satu masa. bukan senang. xboleh nak imagine.
Mrs. Simplicity said…
farah : sila jangan imagine farah. mmg agak horror la bila diingat balik. tu belum masuk part kalau mama dia sakit perut tu. kena tahan tau. hahaha.. ngeri sungguh!
LYaFRINA said…
ALYA... LAMANYA X DTG SINI...
MEMANG SEDIKIT MCABAR MBESARKAN ANAK DKM USIA Y AGAK RAPAT.. TP.. ITU LA CABARANKAN.. XPELA.. DAH DIKIRA BERJAYA NI..KALO LYA, LG HURU HARA KOT...
LYaFRINA said…
ALYA... LAMANYA X DTG SINI...
MEMANG SEDIKIT MCABAR MBESARKAN ANAK DKM USIA Y AGAK RAPAT.. TP.. ITU LA CABARANKAN.. XPELA.. DAH DIKIRA BERJAYA NI..KALO LYA, LG HURU HARA KOT...
eim said…
seronok je tgk picture nia ngan ideal..dah leh harap jaga adik dah tu hehe
MUMMYAR said…
mmg mcm tu alya...akak pun alami nasib yg sama..mana nk tengok reeve,mana nk layan paris lagi...akak faham sgt apa yg alya rasa...kita kadang2 mesti terlepas pandang utk melayan yg besar..bukan x sayang tapi kadang2 kesabaran tu tah hilang kemana...masa kita sibuk..masa tu la dia nk buat perangai mintk perhatian....mana nk masak,nk buat susu,nk layan yg besar lagi..sepah kn barang2..tumpahkn air..mcm2 lagi kan....hehhe..tapi bila diorg xde masa tu kita akan rasa kenapa rasa kosong sgt hidup nih....

akak kat umah ok lagi...akak penah pegi beli barang2 dapur dgn anak2 je kat carrefour...konon2 nk try g tanpa suami la...hahha...baru la kita sedar betapa sukar nya...mana nk carik brg..mana nk tengok yg besar,yg kecik lak nangis....aduh...terasa sungguh susahnya....x buat dah...kekke...kat umah pun sama...jgn kata nk tido...nk berehat pun x sempat.....betul tak?
Mrs. Simplicity said…
lya : hi lya, thanks sudi gak jenguk sini dalam pada tak sihat tu. tu la dia lya. mmg huru hara. bukan lya je, alya pun sama gak :)

iem : alamak yeke? bole la sikit2. huhu..

mummyar : tu la dia kak. bukan la kita nak mengabaikan kakak tp dia pandai je cari akal nak attract attention kita. mmg kena banyak saba la kak. saya mmg tak leh handle sorng2 ni. mmg give up gak. huhu..
mamashasha said…
alya, mencabar weekend kau kali ni...asyik tgk jam ye..takpe hard time tu akan reda tak lama je lagi....aku pun lebih kurang kau je kurang sabar...kekadang tercabar je dek peel shasha....nia mmg sedang berexplorasi dgn segala benda....macam tu la...aku bila dah marah or tinggi suara bila nmpak shasha nangis mula rasa bersalah yg amat....

aku baru tauu wan rajin jamming ni..tak sangka tau..mujur dah penat kalau tak harus pegi ikut kengkawan tu..
Mrs. Simplicity said…
bed : gitu la bed. mmg aku rasa lambat sangat masa berjalan. patut nye happy la bole spen quality time dgn anak2. tp bila sorg tu rasa tak dapat nak rasa time tu berquality. mmg kena banyak saba je la aku ni. ish. payah la bed.

oh, once upon a time, sewaktu takde anak mmg tu la hobi dia. skang bila dah beranak pinak ni, aktiviti malam hari tu terpaksa la distopkan sementara.
fieza said…
Dengar allya bercerita fiza yang rasa penat. boleh bayangkan la penat uruskan 2 anak ni. coz dulu fiza pernah tengok kakak ipar jaga anak dia. Boy n gurl. mmg asyik gaduh jer coz dua2 dah besar. Hope nia ngan adel behave jer bila besar nanti k.
amal_fc1303 said…
oit entry ko byk sgt. smpai taip pon tonggang langgang dh ina tgk. hhehehehe.. comey je adel nagn nia tu.

kawan ina pon ckp anak ko comey. igtkn adel tu laki rupanye pmpuan.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber