Skip to main content

saya sudah ada biras!

ye, biras pertama saya, menantu kedua dalam keluarga mertua saya, adik ipar saya selamat menjadi isteri kepada encik syamsul. faham kan? eheheh..

hari sabtu lepas, kenduri akikah adel dikongsi bersama pernikahan adik ipar aku mastura. kenduri hanya akan berlangsung pada 12/6/2010 nanti. so nikah gantung je la dulu. adeke istilah nikah gantung ek skang? atas nama je kot kan? dah halal kan, nape perlu digantung gantung lagi. :D tapi skang ni mmg diorg tinggal asing. mas keje kat penang, syam pulak kat perak (kebetulan mengajar kat sekolah ayah aku. kecik sungguh dunia)

nia da siap nak gi masjid. adel tinggal rumah. bole je nak bawak 2 2 tapi sebab wan tunggu rumah, tinggal kan sorang.

baca doa sikit sebelum bergerak ke masjid

adik ipar saya yang cantik

jenuh tunggu imam sampai. haritu ada 6 pengantin nak dinikah kan. leps tu nak kena baca talkin ada org meninggal. time ni l macam2 jadi ye. ayah mertua aku sedang wakilkan imam untuk nikahkan anakanda dia.

bersedia untuk dinikahkan. muka cam cool dalam hati hanya diorg je tau. heheh..

dengan hanya sekali lafaz...

bacaan taklik oleh suami kepada isteri. alahai, bergenang air mata adik ipar aku

sign surat nikah. hidung adik ipar aku ni tinggi, tak yah nak shading2 dah..

korang tgk muka aku dah macam hulk tu. pecah peluh aku mengejar nia. abis satu masjid dia lari- lari. maka kena la berdukung.

dah sah, baru la bole makan dengan berselera nya. :)

sessi fotografi pulak. biasa la, malu2 mula2 nak posing kan. semua kena disuruh. :)

upacara membatal air sembahyang dengan seutas gelang.

tima kasih ye bang bagi saya gelang emas. lepas ni tiap2 tahun bagi lagi ye :D

weh, ganas nye ko syam pegang kepala adik ipar aku.

family aku pun datang. itu la dia yan yang dirindui oleh nia. boleh la aku makan kejap. adel pulak maklong yang pegang.

amik gambar sebelum family aku balik. diorg nak ke perlis pulak tgk adik aku, amalina

note : mintak maaf kat penduduk taman ria sebab tak dapat nak menolong. tak terbuat keje sebab nak handle 2 org budak. (macam lah penduduk taman ria baca blog aku)

Comments

nome said…
cantek adik ipar ko...idung terletak...selamat pengantin baru yer!
Unknown said…
wahhh..dah dapat biras..ader geng nak gosip2...

nanti raya bertambah lah bilangan ahli keluarga...
Elyn Sani said…
tahniah utk dierang.

heheh teringat aku masa member baik nikah kat masjid. aku yg berpeluh kejar wafiq......
suhida said…
hehe..lawa baju ko alya.sama je riak muka ko ngn muka aku tu klu time2 kenduri.kekekekeke...
wah,adik ipar ko hidung mancungnye weh...takde gambo adel ke....laaaa...
mamashasha said…
tahniah alya dh berbiras kamo ye...hehe ...mmg mancung betui idung adik wan ni...hehe mmg ganas aku baru nk tegur cara biras ko pegang pale tu...

kecik nye dunia cemana satu sekolah pulak tu? beb 12/06 tu awal cuti sekolah aku pun akan balik kg nanti weeding kazen....

kelakar aku tgk muka hulk ko tu mmg hangin alya kalau berlari berkejaran tu...

cantek baju ko alya...aku suka kaler&corak nye..
amal_fc1303 said…
uit simple nye dia punye akad nikah. hehehehehe. dh sah jdi suami isteri..
Mrs. Simplicity said…
nome : ha betul me, mmg hidung terletak kan? tq me, dia baca kot ni.

ibu damia : camne nak bergosip dgn lelaki ek? tetap bergossip dgn adik ipar gak. sebab biras ni pendiam skit.

elyn : huhu.. yeke? kejar tu satu hal. siap dgn sound effect lg tuh. nanti org tak focus kat pengantin pulak. malu aku.

suhida : cair make up nak handle budak2 weh. hhehe.. cantik ye baju aku. tu mak aku bagi kain dia masa gi jakarta dulu. aku tempah lama dah la cuma jarang pakai sebab ngandung kan. huhu.. a'ah la, baru aku perasan takde gmbr adel. takpe. next entry :)

bed : ha'ah mancung sungguh kan? aku tak tgk time ni. aku tgk kt gmbr je. tu diarah atau buat sendiri aku pun tak sure. hahah..

tu la. mmg kebetulan sgt. masa dia lapor diri kt ayah aku, tanya punya tanya sekali bakal biras aku masa tu. kecik tul dunia kan?

ko balik kampung gak eh? cmne kita nak adjust bagi jumpa ek? kena tanya boss2 kita dulu la kan?

kain tu mak aku bagi bed. aku pun suka. mmg suka coklat pun :) patut pakai masa raya 2008, tp masa tu dah nak beranakkan nia. simpan je la.

ina : takpe, yg penting yg wajib tu da selesai.. tunggu kenduri nanti mesti meriah kari!
LYaFRINA said…
x sempat nk komen n3 sebelum ni...
adel comel sgt2 pakai gown tu.. geram tgk...

**alya..biasa la..budak2 makin besar lagi aktif.. dia nk suh kita aktif skit tu..hehhehe..kejor2 dia..sama la cam asya..kdg2 nk pgsang daaaaa...

**comelnya nia b'pink...
fieza said…
Eh husband allya duduk kat Taman Ria Sg Petani yer..Dulu fiza duduk nagn abg kat ctu gak masa praktikal..fiza ni mmg org kedah n abg2 n mak sedara fiza mmg duduk kat area2 taman ria tue jer...
Mrs. Simplicity said…
lya : heh takpe. ada gmbr dia full tapi tak terupload lak.

tu la, kita pun bole exercise. kurus skit. heheh..

nia tak banyak baju pink. baru perasan. mama dia kureng skit dgn pink kot. ;)

fieza : ha'ah taman ria kat padang serai. sama ke dgn kat sg petani tu? ooo fiza praktikal ktne masa tu? kt kulim ek? baru tau fiza org kedah :)
Mag said…
cantik lah adik ipar..huhu..kalo nak buat keje lagi, nak jaga 2 anak lagi terpaksa lah jadi super women.
Mrs. Simplicity said…
farah : tau takpe ;) jgn ada yg pandang serong dah le :p
fieza said…
eh silap la..ingatkan taman ria sg petani..lain tue taman ria kulim..aa fiza anak jati kedah..org felda

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber