sunday = open day

bila dah balik rumah sendiri ni, ramai la yang nak bertandang ke rumah sebab nak tengok ahli keluarga baru kami. sepatutnya sabtu ada member nak dtg. tapi tak jadi pulak. gatal korang ye. apasal tak jadi datang? penat je aku masak tau. masak kah? hahaha..

sabtu lepas jugak sepatutnya ada bowling tournament ofis aku kat alamanda. tapi atas sebab semua staff yang tak free, postponed lagi event tu. bila nak buat tak nampak lagi tarikhnya. so sabtu tu bawak adel untuk injection 2 bulan. sepatutnya ahad.

tapi sebab ahad ada beberapa tetamu yang nak berkunjung ke rumah awalkan sehari appointment adel.

mmg ada hikmah bila tetamu nak datang ni. sebab setelah sekian lama, baru la aku start nak masak. kalau tak, tah bila pulak nak masak. baru je aku nak hidupkan dapur gas, setelah cubaan beberapa kali, tak mau on pulak. ni yg buat semangat masak aku merudum ni. bila wan cek rupanya gas habis sudah.

ler, time ni la pulak. terus call kedai runcit bawah hantarkan gas. elok je letak telefon, tetamu pertama pun sampai.

tak tau kenapa, tetamu2 yang datang haritu langsung tak telefon tanya rumah aku kat mana. yang biasa datang tu terus je bunyi loceng dah ada depan pintu. yang tak pernah dtg hanya SMS bagitau nak dekat sampai. kelam kelibut gak la.

nasib baik la pagi tu cousin aku je yg dtg. kalau org lain malu gak la sebab time tu org kedai baru nak hantar gas then baru la aku nak masak. adoi, macam- macam.

aunty noran dgn uncle hozair yang datang pagi tu nak tgk baby adel. rasa baru je diorg datang visit nia dulu bawak present, ni datang balik. cepat kan masa berlalu.

sebab dah lama tak jumpa, time ni la nak sembang macam- macam walaupun hari- hari ber-YM. tapi tak sama dengan jumpa live ye tak?

oh aunty noran memang pandai handle baby. adel pun cam selesa je dengan aunty noran.

nia jeles ke orang dukung adik dia? tak pun. nia yang dok merengek -rengek time orang datang. nak berdukung je pulak. ish ish

aunty noran tolong burp kan adel then dodoikan adel.

dah tido pun adel. senang keje kitorg nak sambung borak- borak.

thanks to aunty noran & uncle hozair for the lovely gown. sangat cantik. tak lama lagi adel bole pakai. diorg lepak rumah sampai tengah hari jugak.

note : tetamu seterusnya yang bertandang? next entry. kena buat 1 entry sebab blogger yang datang rumah. blogger ni 1st time jumpa dan datang dari jauh pulak tu. wajib la buat 1 entry ye tak? later!

26 comments:

izzahazfar said...

nia tak jeles ye kak...huhuhu...kang akak syer yek..camner handle 2 anak..
kita dgn keje lagi...hehehhe..

sebab last week p tengok baby sepupu..masa zah pegang akmal buat donno jerk..tp bila hubby yg pegang..mula la akmal mengaum..huhuhu..

tp akmal ok...pegang pipi sikit,pegang tangan sikit..lebihnya pegang buai je..

entah la camner beradik sendiri nanti...

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

muahahahha...gigih memasak ni...tapi spoil pulak gas dah habis kan...nasib tetamu yg seterusnya tu tak datang awal..kalo tak leh join masak2 jugak...

nadja said...

si kenet.. memang sentiasa tido jer la ehhehe adel pun dah besar sket dah..

alyyani said...

izzah : nia tak jeles pun kalau org lain dukung dia. dia jeles tgk org dukung adik dia, dia pun nak kena dukung jugak. tp mesti mama or papa dia la yg dukung. mmg jenuh zah sebab tak leh nak buat apa kalau dah nia mintak dukung. skang makin manja. kena banyak sabar la.

ibu damia : hahaha.. time ni je nak masak. time bekerja tak tentu. tp skng kena start masak balik la sebab nia mesti nak makan heavy malam2. kena la gigih kan diri jugak. huhu.. uish, kalau tetamu seterusnya datang awal, tak tau la nak cakpa malu nye. hahahah..

LYaFRINA said...

waa..makin tomey adel..alamak serius muka nia tu.. senyum cket...

waa..nmpaknya alya kembli aktif & lasak..
welkem2..

alyyani said...

nadja : tu la, kalau surrounding bising lagi senang dia lena. kalau senyap dia asyik tejaga jaga je.

alyyani said...

lya : lya, kalau nak tau time org datang muka dia mmg gitu., serious je. tak mau senyum. masa ade budak kecik dtg ade la nak senyum sikit. tp most of the time mmg muka serious.

kenala makin cergas sekarang ni. tapi tak gak lya. malam je mesti flat. adoi..

fabulous.farah said...

huhuhu..nia jeles semua orang tgk adel jer..

alyyani said...

farah : i pun rasa mcm tu. tu yg dia pun nak curi limelight dgn menangis kot. huhu..

mamashasha said...

alamak kalau tak blh ketemu dgn noran....aku ke putrajaya hari sabtu tu....wahhhh sapekah blogger yg menerjah umah mu itew?????haha dah le kelam kabut, gas habis pulak....spoil mood betul tuh......makin tembam adel ni...

fazilzura said...

wah wah sapo ler yg terjah umh ko tu beb .. aku nk terjah tp .. segan jgk ler.. sure ko tgh bz kemas umh , set up mana2 tmpt kan kan ....

kalau ko pree roger, leh aku terjah , nk kasi adiah kat adel(tuk mak dia xdak adiah tau .. MAKJUN ADOOOOOOOO )

alyyani said...

bed : la yeke bed? kalau ko ada area sini call je aku. kalau aku ada umah. singgah je. kalau umah bersepah tu ko pun paham kenapa kan? hahah... blogger dr jauh bed datang.

mmg tension tul time ni la gas nak habis nye. nasib gas je habis, aku ingat dapur gas dah jahanam je sebab dah lama tak berasap. mujur elok. hahah..

zura : ish, segan2 lak dgn aku. kalau ko ade area umah aku calling2 je. kalau aku ade bole singgah tp bab rumah tu ko kena tutup mata je la mcm blogger yg dtg umah aku tu gak. heheh..

ha, nak makjun beb! da nak cecah 100 ari ni. kaahhh..

nome said...

tu dia...lena tol adel kena dokong dan didodoi oleh auntie noran...dia selesa tuh

Gieyana said...

nak gak tgk Adel tp jauh la..

alongaishah said...

aly....kamikah orang yang tidak bertanggungjawab itu???hahaha//.....sori...sori....aku nak g...tapi tak syok lak semua tak g....tah2 minggu ni aku sampai....tu pun tak konpem lagi....aku kene sekolah ganti la pulek.....pae n anis konpem katanye....sori baby adel n nia n bantal bucuk nia.....btw...aku sangat rindu sama itu bantal busukkkk.....

alyyani said...

nome : mmg selesa la tu. rasa mcm mama dia yg dokong dia gak nya.

gie : aku nak balik kedah next weekend. kalau dekat bole jumpa kan? :)

along : abis sape lg. poyo la korang. penat nia dgn adel tunggu tau. ade je alasan. minggu ni wei dtg. ganti sekolah la pulak. sekolah bukan smpi petang pun.

amalfc1303 said...

ala nia tu jeles xda org nk dukung dia dah, hahahaaha. sian kat nia kan. meh la bg nia duduk perak 2bln. kitorg kan ada kat umah leh jaga kan nia.. btui x nia. pakcik2 n makcik dia ada blik cuti 2 bln.

alyyani said...

ina : eleh korang yo'o je. kang mengganggu waktu bangun tido korang. time korang nak beronline. takut tak terhandle lak. nia kalau dok perak nanti jd makin manja, balik sini aku dgn abg wan yg pening nak handle nanti. hahaah..

Chik Na said...

bila tetamu nak datang memang kelam lelibut ;-)

alyyani said...

chik na : hehehe.. gitu la kan cik mas. ;)

mummyar said...

wah..adel makin comel la..cute sgt...nape muka nia nie?jgn jeles ye sayang...

~aSHa~ said...

kena buat baby shower kat rumah sendiri plak ni..ehehehe

amalina binti anuar said...

ha bgus la manaj2 ngan kitorg kan... nak2 dgn yan tu. xpe mk ayah kan ada leh handle nia tu nnt. xper biar masa tertanggu yg pnting nia ada..

alyyani said...

mummyar : nia jeles kalau org tak layan dia. jeles kat adik dia tak tau lagi. huhu..

asha : baby shower? tgh pregnant ke?

ina : takleh2, nanti telebih manja susah aku nak handle nanti. kat sini kena pegi sekolah kena berdikari skit. kalau kat sana ramai sgt yg dok layan dia takut bertambah lemak.

Ibu Mifzal Arsyad said...

seronok korang..dekat2 leh la dtg jengah ya..ainey jauh..kalau dekat nak je dtg bertandang..nengok 2 girls yg comei itu..hehe

alyyani said...

ainey : insyaAllah ade rezeki ktia bole jumpe kan? nak tgk abang mifzal gak :)

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in