Skip to main content

sekarang saya dah jadi 'mam' besar!

dulu masa anak sorang, car seat kitorg letak kat belakang. so nia letak kat belakang. parents aku kalau tengok mesti bising. dia cakap aku kena la duduk belakang tengok2 kan nia. tapi tu la, aku ni mmg jenis tak leh duduk belakang. kalau kena duduk belakang boleh jadi pening. lagi pun aku tak bape suka duduk belakang bila wan yang drive. rasa tak best lak. tapi kalau org lain drive aku ok je duduk belakang. camne tuh?

aku ni mabuk kereta. tak boleh baca dalam kereta semua. kalau nak feri, tengoklah aku muntah2 nanti ye. huhu.. so bila duduk belakang ni rasa pening tu lain macam. tu pasal aku suka duduk depan or aku yang drive. bila drive mana boleh pening kan?

so bila nia merengek or nak susu, aku pun lompat la ke belakang. lompat ke? tak la. tapi melangkah ke belakang. boleh ke? ok je. mmg gitu la pe'el aku dari kecik. sampai sekarang pun gitu. buruk sangat kalau org lain tgk. hahaah.. terpaksa.

tapi sekarang ni sejak ada adel, aku cuba jugak la nak duduk kat depan. masa tu nak balik dari perak. aku letak nia kat belakang then adel aku pangku. tapi tahan nya nia dalam car seat dia tak sampai seminit pun. belum kuar simpang rumah parents aku, dia dah meraung nak keluar.

penyelesaiannya, sekarang ni car seat kitorg letak kat seat depan, adel letak dalam car seat, nia lak duduk dengan aku kat belakang. setakat ni belum lagi berjalan jauh. next week nak balik kedah, adik ipar aku nikah. tgk la camne. tapi ok kot, sebab balik malam kan.

tapi mmg tak best la duduk belakang. cikgu kat nursery diorg la dok cakap, wah akak dah jadi 'mam' besar skang dok belakang. tak manis nya dengar walau dalam nada bergurau. tak pe lah, diorg besar sikit boleh la aku duduk depan balik kan?

adel kalau dapat duduk dalam car seat elok je diam. dari menangis boleh diam. kalau kereta bergerak lagi la senyap. setakat ni mudah. nia pulak biasalah macam- maca benda dia nak buat. so aku kena la monitor nia lebih.

updated :

http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/04/akhirnya-bertemu-jua-kita-yer-rakan.html

ibu damia dah update blog dia pasal entry kami berjumpa tu. gambar- gambar dia lebih jelas. boleh la jenguk ye. di samping tu, boleh la tambah kenalan kan?

note : papa nia dgn adel mmg dah banyak kali hint2 nak beli MPV. tapi kita beli rumah dulu la ye. baru beli MPV. baru anak 2 dah rasa MPV tu keperluan pulak. kalau dulu, org anak 5 ke 6 baru fikir nak beli kan?

Comments

Ju@Lucky^Mummy said…
ala2 comel nye.. geram tgk Adel nih..
Mrs. Simplicity said…
ju : sekarang suka sangat amik gmbr adel. senyum je. kakak nye? mcm protes je. huhuhu...
wah skejapnya adel dah besar comel giler wei

aku pun tak suka dok belakang. macam ada pening2 kalau dok belakang hahaha
Mrs. Simplicity said…
tinie ; ko dah beli exora kan? kalau naik mpv, dok belakang aku rasa ok lagi. tp kalau naik kereta biasa, tu yg pening2 lalat tu. nak2 kalau handle budak. lagi la. huhu...
Anonymous said…
FULAWEIIII .. cute nye dak tomei sorg tu ... aci wat menantu dak ?
tu adel sure terkenan dgn akil kan kan .. (tingt masa kat umh sue ..kahh)..

mak aii , sabo je ler ayat2 itu .. suke hati ler nak dok mano, dh kete ko kan .. ko nak duk atas bumbung pun bley .. ye dak ?
Mrs. Simplicity said…
zura ; la..kan ke akil dgn nia. hahahah... a'ah la. lupe lak aku akil ikut aku sebab kenan kan adel. hehe..

hahaha... itu la. atas bumbung pun bole. bila org dok ckp gitu, ish tak bekenan lak telinga. hahah..
mamashasha said…
alya....rase cam nk geget je adel tu.....geram nye aku.....anak baru 2 dah rase nk pakai mpv ye....haha mula rase vios tu kecik ye....soh wan tangkap estima la wei.....aku anak 1 tiap balik kampung bonet sure penuh mengalahkan anak 5 tau....ikutkan shasha sume bende nak dihangkut nye balik!!!!wei utk pengetahuan ko selama aku ada shasha buleh dikira berapa kali aku dok seat depan ....laki aku lebih selesa aku dok belakang bukan nk jadi mam beso tapi shasha ni tak reti dok diam jam nak tekan itulah inilah dah bape kali dia tertolak gear taw.....so laki aku mmg soh dok belakang dgn shasha...bila masuk setahun lebih dia dh pandai dok tgh2 itu pun dlm pengawasan aku dr belakang...
Mag said…
biasa tengok kalo dah ade anak biasa dok blakang lah mummy2 ni.tapi kalo i pon i best kut...
Chik Na said…
orang sekarang dah paham..kalau isteri dok belakang tu maknanya ade baby ;-)
Shida said…
alyya,shida dulu masa anak sorang,mmg takder carseat,so, pegang jer kalo nakgi mana2 n shida pun akan duk depan..sama lah kita,kalo duk blkg,asyik pening n mcm nak muntah jer..
bila dah ada anak 2,yg 1st tu mmg kena paksa duk blkg n pakai seat belt..yg 2nd duk dlm car seat kat blkg.shida tetap kat depan..
tapi kan alyya,anak yg 2nd ni mmg agak berdikari,tak meragam pun duk kat blkg tu...hehe..tak per,slow2 biasakan nia n adel duk blkg sendiri..
aJA said…
waaaa comel nyer adel senyum mulut lebo2 gitu..gewam.muka korean cam aiman...rs nk gomol2 jek.hihiih
alya, aku skrg pon kena duk blkg mmg susah nak duk depan.kang sat gi nak nenen la, nak tdo la.mmg berlaga siku ngan laki aku.wat tensen jek.duk blkg lagi selesa n leh angkut sumer barang.pening tu biasa la.mmg xleh nk wat per.aku dr perlis ke melaka mmg slalu gak la pening2 lalat melayan aiman dlm keta lbh2 dia tgh meragam n ngadap muka dia.kena lak jalan kona2 kat perak nu.poning makcik.
Unknown said…
ayu kalau tak der maid pun selalu duduk belakang gak...lebih selesa dan senang nak capai sesuatu benda...

haahaha...percaya tak???ayu guna MPV pun, yg third row tu tak pernah guna buat duduk...lipat then buat letak barang...sama jer ngan keta biasa kan...ayah damia beli tu pun bukan sebab keperluan coz masa tu aleesya baru 4 bulan...tapi memang berkenan kat design...

psttt..anak2 ayu tak pernah ader car seat....
suhida said…
alya,aku pun sama jenis tak leh duk belakang,kepala jadi pening.tp dah ada 2 anak,maka klu keluar dgn abang cha..aku duk belakang dengan diorang tu.kdg2 je aku duk depan dgn izt.razi dah leh dah biar duk belakang.alhamdulillah razi jenis yg naik kereta tak melompat sana melompat sini.tp tu ler,mmg mem b esar la ye.hehehe..tp aku tak rasa camtu pun...
kita serupa..... hahaha..!! sama kes sebijik kita nie.. TAK SUKA DOK SEAT belakang... fening...!!.. skrg nie, biarkan iman duk belakang sorang2.. hehe siap pjgkan seat belakang jd mcm katil.. nak tergolek, terlentang pun boleh...

dak adel sgt cute.. bile ler nak dapat cubit nie.. hehe
Mrs. Simplicity said…
bed : aku dah cakap dgn wan, nak tuka mpv aku nak estima je. hahahah.. lain2 aku tak mau. dulu masa dgn nia, mmg most of the time aku dok depan je. nia aku pangku. jalan jauh pun gitu. punya tak mau duduk belakang. skang mmg no choice la. bab pulas2 tetuka gear tu mmg la selalu wei. kena la di kepung tangan nye. huhu..

farah : syok ek dok belakang husband drive. hehehe..

kak mas : ye la kak mas. mmg biasa dah gitu kan? saya la tak boleh nak dok belakang. pening. huhu..

shida : ye ke shida? nak tunggu nia besar sikit bole la duduk kan dia pakai seat belt. kalau beli car seat satu lagi mcm makan ruang sgt kan. shida skang dok depan gak eh?

aja : wah, muka korean? kenan ke papa dia suka tgk cite korea kot la ni. aiman pun sama ek? heheh.. fuyoo perlis ke melaka, nak lalu lak jalan bengkang bengkok kat perak tu. kalau aku, confirm berenti banyak kali. mama dia yg muntah, bukan anak nye. hahhaa..

ibu damia : kalau mpv rasa lebih selesa lagi kot banding dgn kete sedan biasa. oowhh,, masa aleesya 4 bulan ek? ingat kan masa ayyunie dah ada. haa tau2, korang takde car seat. sebab ruang kereta luas kot kan? then korang pun selalu keluar serentak kan. mcm alya drive sendiri sorang2 hantar nia ke nursery masa tu. so wajib la ada.

suhida : hahaha.. mem besar la tuh. ok la razi jenis behave. nia sekejap je. lepas tu kejap dia nak ke depan, kejap dia nak kebelakang. aku yg dok belakang dah la pening, bertambah la pening.

jue : waa.. best2. iman ok ek dok belakang? ooo baring kan seat. ok la gitu. selesa dia nak golek2 pun.

ye ye bila la adel nak jumpa aunty jue ni :)
fieza said…
alahai comelnye adel..lain gak yer muka adel ngan nia...
Mrs. Simplicity said…
fieza : tu la kan? ramai cakap lain. tp ade gak yg cakap sama. kitorg pun mcm confuse gak dia ikut muka sape ni. :)
Nurshahfamily said…
cute nye adel...... mem besar ye hahaha.... cepatnye masa berlalu rasanya cam baru semalam baca n3 alya berpantang hehehehe....
Mrs. Simplicity said…
nur : tu la kan, kejap je. tp tak saba jugak nak tunggu adel besar. senang nak bawak sana sini. tapi nanti rindu pulak time diorg baby. cmne tu? heheh..
amal_fc1303 said…
adel sudah tumbuh rmbut.. hehehehehhe.
cutenya....ada lesung pipi dier....

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber