Pages

Monday, March 8, 2010

kerana bisul

ok, kenapa aku amik langkah drastik tuk pendekkan rambut nia itu? kerana bisul! mmg aku tak tau camne rasa sakit bisul ni sebab aku tak penah kena. seingat aku lah. nauzubillah mintak dijauhkan. tapi dari anak- anak aku yang kena, baik aku yang kena. sebab aku rasa nia macam tak tertanggung sakit nya.

aku tak tau bila bisul tu mula timbul. tapi aku perasan bila nak dishampookan rambut nya, mesti dia cakap 'akit, akit' (sakit) or 'epi, epi' (tepi). sampai 1 malam, mak aku gosok- gosok kepala dia rasa macam ade benjolan. ape lagi. mak aku bising la tanya aku dgn adik aku, nia ade jatuh ke sampai lebam gitu. kitorg cakap takde pun.

bila diselak rambut nya, nampak warna merah benjolan itu dan semacam ada mata dipuncak. adik aku cakap bisul ni. ah sudah, bisul la pulak. aku terus google, rupa nya mmg biasa budak kena bisul ni disebabkan kelenjar peluh diorg blok. so dia kan kua jadi bisul tuk kuakan darah kotor tuh.

nia dah tak keruan. esok nya bisul tu dah pecah! aku tgk pun mmg ngeri. lepas tu adik aku tekan nak bagi kuakan nanah tu. mmg banyak la sebab benjol nya besar. tapi sakit nya, Allah je tau. sebab badan nia sampai shaking bila aku pegang tuh. kesian sangat. tapi once for all, nak bagi keluar habis, kena redah jugak.

mak aku terus bawak gi paed. malangnya paed tutup pulak. terus bawak pegi klinik kesihatan. tapi rawatannya amat mengecewakan. doktor tak bagi sebarang cream pun. diorg bagi ubat tuk cuci tmpt luka dgn antibiotik.

tak puas hati, aku tanya member- member yang berpengalaman, apa nak buat. esok nya aku terus ke farmasi bila aieza bagi tau paed hana penah bagi ubat sapu namanye fabon cream. adik dgn akak aku terus ke farmasi nak dapatkan ubat tuh, dapat gak. then pharmacist syorkan 1 shampoo tuk elakkan dari nia garu- garu kepala dia. beli sekali. lega bila dah dapat ubat tu kat tangan.

tapi 1st thing kitorang buat potong rambut nia dulu apa2 pun sebab nak make sure tmpt tu terbukak sikit. bila dah potong, sekali lagi, adik aku picit utk kuakan saki baki nanah. this time lagi banyak nanah dan darah yang keluar, lepas tu terus sapu ubat dgn cuci luka. esoknya nampak dah surut. maknanya takde lagi la bisul tu. selesai satu bab..

nia ni kategori cepat berpeluh. bila rambut tu lebat sangat dgn cuaca yg panas skrg ni, mendorong untuk terjadi nya bisul. tambah pulak tangan tu asyik nak garu kepala je. tangan tu pulak kena la sentiasa bersih. tapi tau je la budak, macam2 yg nak dipegang nya. takpela, benda dah jadi kan, at least dapat pengalaman baru camne nak handle anak kalau kena bisul. hmmm.. sian nia, macam- macam dah kena..

ni sebelum rambut nya dipotong, kena selak habis baru nampak tempat kejadian. ni dah pecah. tapi belum keluar habis. nampak merah sekeliling luka tu kan? ada lagi nanah yang tak keluar tuh.

ni lepas dah potong rambut, baru la bole nampak tak yah nak selak2. tapi tak di buang rambut kat area tu ye sebab takde bahagian rambut yang kena. ni dah keluar habis semua.

da sihat apa lagi, berkebun la. hahaha... bukan aku punya ek, aku tak reti ber farmville ni. paksu nia punya. tapi nia macam da fobia bila kita nak shampoo rambut dia. mesti dia nangis siap2. so sekarang nia masih lagi on antibiotik. kena habiskan dalam masa seminggu.

20 comments:

ada. said...

haha. tuh bukan farmville. tuh cafe world paksu nia.

ada. said...

ada pun tak penah kene bisul. tapi abang ada selalu kene bisul kat ketiak, bayang kan hahaha. pedih ya amat.

eiNa said...

aduihh... sakit nye tengok..sebbaik ada ubat gak kan.. memang sesuai berambut pendek musim2 panas nih... ciann nia..

Shida said...

sian nia..kecik2 dah kena bisul..mmg agak bisa n sakit..
shida ni pun masa kecik2 dulu selalu jgak kena..org tua2 kata banyak darah kotor..hehe..
teruskan antibiotik tu,nk elakkan jangkitan kuman..cewah..mcm doktor plak..
eh,alyya dah sihat???dah boleh berlari ker???:)

AieZa said...

erkk.. disebut sebut plak yer..

ok la tu tp 1 je ke? hana berbonggol-bonggol ok masa 1st time kena.. sgt kesian.. tp terima je la.. dh nk kena kan.

*itu netbook gambo cafeworld.. maju restoran eh.. hehe..

amalina binti anuar said...

weyh nia kena bisul. cmne la leh kena kat kepala tu. patut la tak selesa je kalo pegang rambut dia. moga cpt sembuh ye nia.

fabulous.farah said...

ouh..cian kene bisul..mesti sakit kat kepala. pernah naik kat lutut. memang sakit...

LYaFRINA said...

alya... lya pon x reti lgsung farmville.. malas nk ambik port la.. hehehehee...(sbb xreti.. kalu reti.. alamaknya.. ngadap je la.. )

** Siannya kat nia.. seingat lya.. mmg sakit kna bisul tu.. sntuh kat area dia pon dh skit.. msa picit bisul tu, nia x nangis k?? skit tu... Mybe sbb rmbut nia y lebat tu, jd peluh lbh d kaw tu..

Chik Na said...

K.Mas boleh bayangkan Nia menggelupur menahan sakit semasa kena picit kuarkan nanah tuh..cian Nia


p/s: kecik kecik dah main farmville, macam kakak sufia & abg Faiz

shah-ila-ain said...

nia kene bisul..kesiannyerr nmpk besar gak bekas bisul tuhh...kire nia ni kuat gak lah kann tak bape meragam mase bisul tu tumbuhh,dah nak masak baru org perasan..mcm mane lah dia tahan tuhh yerr...alaahaii hope dah sembuh n tak tumbuh lagikk..

nome said...

ciannyer...kita yg dah besar panjang ni pun x leh tertanggung sakit bisul..inikan pulak bebudak..sure la meraung bagaikan...cian kat nia...mmg ko amik langkah bijak cari ubat cream dan syampu yg sesuai tuk nia...gud mama!

alyyani said...

ada : oo cafe ke? mana aku tau. ingat kan famrville. rupe macam kebun je tu. heheh..

kat ketiak? pakai la deodorant yg tak bagi peluh. eii,, ngeri ko!

eina : mmg ngeri, kita yg kena hadap ni lg la. tp kena kuat kan hati gak la nak2 masa nak kuakan nanah tuh.

shida : tu la kan, kita tgk ni pun da sakit, apa lagi yg menanggung. tambah pulak budak kecik macam nia. risau betul. mmg nak kena habiskan antibiotik tuh nak ilangkan kuman dia. thanks shida

berlari? tak berani nak lari lagi, tp dah sihat la sebab jalan pun da steady jek.

aieza : kena bagi credit kalau tak tak tau nak sapu ubat apa. hahaha... aku ni dok raba2 gak kot kua bonggol2 yg lain. cafe world ej? malas tul mau edit. huhu..

Nana Aziz said...

mmg skt la aly weh klu dh kene bisul. aku ms kecik2 dulu kerap gak kene.wpun kecik lg tp aku msh igt rs sktnye 2. mmg skt.berdenyut2.aku dulu byk kene kat area dahi.kepala ade jgk tp jrg2.wpun aku igt rs sktnye 2, tp aku lupa ubt ape yg mak aku sapu kat aku. huhu..moga nia cpt smbh ye..

alyyani said...

ina : punca nye sebab banyak peluh tu yg kua sampai bisul tuh.

farah : tu la, org cakap biasa naik kat tangan kaki je. jarang dgr kat kepala. tp dah nak kena kan. tak leh nak cakap apa la.

lya : silap lya, cafeworld bukan farmville. mmg tak tau kan. huhu..

bukan kata menangis lya, meraung sampai gigil dan peluh2 badan tu masa tgh picit tuh. mmg tak sanggup nak tgk, tapi kena redah jugak.

chik na : mmg menggelupur dia kak mas. tak leh nak lupa cmne dia shaking masa tuh. 3 org kena tolong pegang.

budak2 skang advance dari kita kan? heheh..

mel : aku risau gak takut2 ade tumbuh lagi. fobia dibuatnya. tapi kalau ada yg nak tumbuh tuh cepat2 sapu cream tuh so dia akan surut before pecah. tu la dia, bole tak perasan. ye la, rambut dah lebat sgt, kita pun tak perasan.

nome : tu yg aku tak puas hati bila doktor gomen tu cek ala kadar je. geram aku. last2 aku kena gak pegi farmasi cari ubat lain yg lebih berkesan.

alyyani said...

nana : aku ade gak dgr, biasa kena kat dahi, ade member aku tu, anak dia kena sedut la. adoi, tak dpt bayang kan. bedenyut2 kan? camtu la yg adik aku cite. aku tak penah kena tu yg tak tay cmne rasa. tp bila tgk nia gitu, tau la yg dia amat sakit. sian ko!

Nurshahfamily said...

alahai ciannyer ank dara alya nie.... mesti sakit nak kuarkan nanah tu... nia kuat kan? bagus la nia... jadi kakak kene kuat ye sayang huhuhu ... anty yg rasa denyut2 tu ...

alyyani said...

nur : tu la dia nur, kena la kuat gak sebab nak bagi kuakan nanah tuh. tak sanggup nak tgk. harap takde la yg kua lg. takut!

fazilzura said...

BEb , aku rs akil aritu pun kene cmni jgk .. mmg aku g paed, ambik cream .. sapu tiap2 mlm .. dlm 3-4 hari dh ok.. but rmbut area situ mmg senang gilos nk tercabut dr umbi .. risau beb .. now dh ok dh .. kalau x , bergaruuuuuuu jek

Elyn said...

owh nia pun jenis rambut lebat ek?? baru aku tau rupenyer bebudak kalau peluh tak kuar die jadi bisul. tq beb!!

alyyani said...

fazilzura : mmg la beb, part garu tu yg aku tak tahan tgk. risau la. kang naik lagi. skang aku dok tgk je kat kepala dia, kalau rasa berbonjol tuh terus sapu cream tuh, kang dah pecah, lagi parah budak tu sakit. tu yg aku gi beli krim tuh kat farmasi.

elyn : haa sebab wafiq nye rambut jenis lebat gak kan? wajib la ko monitor..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...