apa khabar kakak nia?

apa cerita nia eh? asyik cite adel je kan. nia nye muka lama dah tak nampak kan? rutin nia kat sini, waktu siang mmg dia akan spend time kat bilik aku ni. so adel nye tido pun selalu terganggu dek suara dia. tapi kadang lena je adik dia. sebab da immune kot dgn suara kakak dia. yang monitor nia siang hari, paksu dia la. pecah peluh la mengejar dia kesana sini. aku gelak je la tgk. time nak pakai pampers, pakai baju, bagi makan. suka sangat main kejar- kejar dengan nak nyorok- nyorok.

petang dgn malam pulak shift opah dia jaga dia. kalau dgn opah dia ni, dia dengar kata sikit. paksu dia ni dia bole main- main. malam mmg aku tak bagi dia masuk bilik ni. sebab adel dah tido time ni. kalau siang dah tak tido, malam tak leh nak ganggu. lg pun adel ni cepat tekejut.

so aku dengar suara nia dari luar je lah. kesian? honestly tak kesian sgt pun sebab aku still lagi attach dgn dia camne2 pun. dia pun pandai bawak diri. tak menyusahkan. kalau menyepah2 tu, biasala kan. da nama pun budak. aku tak penah merungut lagi la dgn pe'el nia ni sejak ada adel ni. harapannya aku dapat bersabar nak membesarkan nia dan adel dan aku tak nak melepaskan marah dan geram aku kat diorg berdua. anak penyejuk hati kan?

time ni dua dua baru lepas mandi. nia jadi statik je bila letak adel sebelah dia. tgk tangan nia yg peluk adel tu.. hehehe...

time ni dia mintak aku letak adel kat riba dia. macam yang selalu aku buat kat adel. nak jugak ikut tu. tapi atas pengawasan rapi. sebabnya? dia nak tepuk- tepuk adik dia konon nak tidokan. tapi teknik tepukan tu kadang- kadang menyakitkan adik dia. heheeh..

kalau nampak adel mesti sebut baby..baby.. lepas tu mesti cakap ayang (maksudnya nak sayang baby). tapi mesti nak sayang kat muka. bahagian lain tak mau. kalau dengar adel nangis mesti cakap aiyok!

kasih sayang aku terhadap nia tak pernah kurang walaupun dengan kelahiran adel. malah bertambah- tambah bila melihat perangai nya yang makin mencuit hati dan dah mula bercakap banyak perkataan, mmg tak jemu gelagat dia...

note : ni dok dengar suara nia kat luar tuh. tak tido2 lagi dia. gelak je aku adel dah lena. jap gi mesti bangun nak susu.

22 comments:

ibu damia said...

semoga Nia menjadi kakak yg mithali...pandai jaga adik yer Nia ni....

betul alyya....tak kira lah rasanya anak ke berapa pun, rasanya kasih sayang kat semua anak2 sama rata jer..

memang suka kan tgk keletah anak2 yg maki membesar ni...nak2 pas ni nia dah ader geng ..lagi meriah lah jawabnya...

Shida said...

comey jer tgk nia statik..hehehe..nia ni iras2 dina,my girl..kebetulan kot..umo pun sebaya kan...:)

@lfidah said...

bestnya tgk nia dgn adiknya...nie yg semangat nak pregnant..hehehe..kesian kat adriana..tak dak kwn lg..

fazilzura said...

sonok kan , dh ado dua anak .. tp yg 1st tetap menjadi pujaan hati.. tetap dgn keletah tersendiri .. heheh nnt tungu adel dh beso .. cmner le gamak nye dgn akk dia yek

mamashasha said...

Alya, sweet je aku tgk nia tepuk adel tuh..
Keras je dia bila adel baring sebelah..
Nia tetap cinta ati ko kan wpun adel ada.
Dia pun dah pandai berdikari..mujur ade paksu
Nk layan dia kalau tak harusla asyik kacau adel.
Nantikan lama sikit adel tak kisah dah kalau
Kakak nia bising2. Dia dah imune.mcm anak buah
Aku.mula2 kitorg risau je sikakak selalu menggomol
Adik & jerit2. Lama2 bila sikakak takde adik mesti
Gelisah cari.1st day kat umah bb siter dia meragam coz
Kakak takde.2nd day ok dah coz kakak ade sama.

Tak lama lagi bile tgk adel & nia dah beso
Mesti lagi bestkn alya.

alyyani said...

ibu damia : harap nia bole diharap and behave mcm aleesya jugak la kan. mmg tak kurang sayang kat nia walaupun adel da kua. rasa lebih bahagia. penat pun tak terasa penat tgk keletah diorg :)

shida : yeke? nanti nak tgk gmbr dina kat blog shida. tak perasan pulak alya. rambut lebat gak eh?

fidah : harap rezeki fidah nak dapat 2nd baby termakbul. bole la adriana ada gang. kalau dpt sepasang mesti lg best! :D

fazilzura : ya betul tu beb. no 1 tetap dihati. eheheh... sebab yg kecik tak tau ap2 lg kan. tgk kerenah nia je la.

bed : mmg keras je dia bila dakap adik dia tuh. takut nak react cmne. alhamdulillah tak menyusahkan setakat ni. setakat nak manja- manja tu biasala kan. tp takde lah aku sampai tahap tension. tak tau la da besar nanti mcm mane pulak pe'el nye. tu la, bila rapat ni, diorg jd rapat & attached kan?

mmg tak saba nak tgk anak- anak aku ni besar. dpt petah becakap mcm shasha pun mesti da rasa best.

zura@iwan said...

so sweet haku tgk gelagat nia pegang adik dier....hehehe..

anak mmg penyejuk hati....menceriakan suasana kan..

Jiey^Mien said...

bagus la Nia tak jeles..
gud girl Nia!

amalina binti anuar said...

weyh comey je nia ngan adel tu. pndai dh ye nk tdo kan adel. bgus2. dh bsr skit nnt dia la tdo kan adel lak. xda la paayh mama dia nk jge nnt. hehehehehe.

elani makrai said...

ya allah alya, cumil nyer adel tue...
sronok tgk alya crite pasal anak, dah 2 anak yer...nurin rasa happy baca blog alya...

mmg cumil la adel nie...yg nia lak mmg nampk mcm kakak, tak sangka dia bole tmpg sm happy wlupon jadik kakak at a very young age...gud girl nia...

hmmm, yg tak larat smpt aja sesi bergambar mmg tak sangka en wan yg capture semua...mmg husband yg sgt cooperative...best tgk family korang sgt happy...i'm happy for u n ur family alya...oke la, comment satu tmpr jer laaa....yg lain dah terlambat hehee

alyyani said...

zura : berjaya amik gmbr dan dalam masa yg sama kena control nia ni. kalau tak abis la adik dia kena. huhuhu..

jiey : dia tak faham lagi apa itu jeles kot. so far, terkawal lagi..

ina : alahai, tu sekejapan je. takde la pandai nak tido kan adel tu lagi. esok da besar lain lak pe'el nye.

nurin : hai, lama tul tak nmpk nurin ni. dah tau sure busy sgt ni. pluas ammar lak demam campak kan.

so far, nia behave. tak la cranky. macam biasa je.

hahaha.. tu la dia, kemain lagi sempat lg snap aksi dalam LR tuh. bila masa dia snap kita pun tak perasan. takpe2, kalau tak komen tuh paham la yg nurin mmg tengah busy..

ainal said...

aja nia tutup mulut adel ble menguap, mcm2 bakteria bleh msuk dh 2! huhu..

alyyani said...

ainal : dia tak menguap la. dia nak susu. standby nganga siap2. hahaha..

cik mas said...

alahai.. sweetnya kakak nia ni. moga jadi kakak yg mithali ye.. adel semakin comel!

alyyani said...

cik mas : harapan nya begitu la kak mas kan. insyaAllah...

♥♥ ummi rania ♥♥ said...

kakak nia dah besar..pndai jaga adel.. sweet jer.. adel comelnye.. teringin pulakk.. hihi

alyyani said...

ummi rania : u normal kan? takde masalah kalau nak pregnant balik :) tapi kesian kat baby nia yg kecik lg tu la :)

fieza said...

comelnye nia dodoikan adel tido ..selalunya kalu perempuan msti penyayang ngan adik kan..kalu lelaki susah sket fiza rasa..tak sabar lak nak preggy lagi bila tengok nia ngan adel..betul tue allya..ramai macam mane pun ank..kasih sayang tetap sama

shah-ila-ain said...

wahhh nia..muke seorang kakak..hehe...ain pun skang pantang nmpak baby sure nak pegang n cium...

alyyani said...

fieza : letak sekejap je fiza, tuk camera tuh. heheh... ye, bole la bagi syakil adik cepat2 ni. :) betul tu, mmg kasih sayang sama rata..

mel : wah, maknanye ain nak adik tu mel :)

Elyn said...

sweet je aku tgk nia pangku adel gitu!!

alyyani said...

elyn : tu sesaat je beb, lepas tu, dilepuk nye!

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in