30 Ramadhan...

sehari sebelum raya mestila agak busy kat rumah dengan persiapan nak raya. tahun ni tambah meriah bila wan sponsor parents dia beli sofa set baru. wajibla excited ye tak?

pagi2, mak mertua aku da busy di dapur. tapi terbantut bila stok kelapa parut tak sampai2 lagi. smpai hangin la mak mertua aku. dekat tengah hari baru dapat. itu pun bila santan express. kitorg pun da nak bertolak ke perak dah sebab nak berbuka kat sana.

sebelum tu, amik kesempatan bermaaf-maafan dengan ahli keluarga sebab esok da nak raya. walau pun penyimpan mohor besar tak announce lagi. hehe..

nia dapat duit raya dari tokwan. ni angpow ke-3 nia. tq tokwan!

amik gambar sekeluarga sebelum balik..

nia bubye kat cikmas pulak...

dapat duit raya dari cikmas pulak..

ok maktok, nia balik dulu, next year, turn nia raya sini pulak ye..

kitorg bertolak dari kedah kul 3.30, sampai kat perak dalam kul 6. hujan lebat sepanjang jalan. bukan sepanjang jalan je, sepanjang hari. sampai je rumah, seperti dijangka, family aku masih memasak kat dapur sampai tak sedar kitorg balik pun. tengok je la, pinggan mangkuk yang tak basuh lagi tu. banyak juadah arini. tak saba nak berbuka ramai2...

uncle akmal tengah mengaut kuah mee udang!

bagi nia makan dulu. oh, nia masa sampai2 mmg menangis la tak mau kat org. tapi lama- lama ok dah. kali ni nia sangat bagus. walaupun lasak dan tak terkawal. tapi bak kat ayah aku, kalau da senyap je kang, lagi ko susah hati ye tak? heheh...

masa berbuka. banyak betul makanan. kalau kat umah bebuka be-2 je dgn wan, cukup 1 2 lauk je. tapi bila ramai- ramai lagi syok nak makan. tgk nia tu? diletakkan jauh dari kawasan makanan. eheheh...

dan penyimpan mohor besar telah mengumumkan esok raya! semayang berjemaah bersama... nia pun nak join gak...

malam nye kitorg masuk kuih dalam bekas kuih, opah baru nak jahit baju nia. setengah jam dah siap! aku lak tolong gosok baju raya seisi rumah, nia pun busy nak masukkan kuih dalam balang.

alkisah, malam tu, adik aku si akmal, ade gambar di kat atas tu diserang asthma lak. malam tu gak ke hospital terus ke emergency. rupenye gas dia dah abis tapi tak bgtau, dah tu pulak, siap makan kambing, minum setengah jug air tembikai mana tak sakit. lepas sedut gas terus ok. dah la sakit, lagi nak cari penyakit. mujur la tak beraya kat hospital.

sekian last day ramadhan. semua da keletihan. tomorrow will be another long day. alhamdulillah, tahun ni jugak aku berjaya puasa penuh...

7 comments:

LYaFRINA said...

tahniah.... puasa penuh...
lya ni kna ganti 22 hari.... msti gempaq raya thn ni...

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

wahh..bestnyerr dpt posa penuh.. btw, Selamat HAri Raye..

p/s: eh bkn ramadhan thn nie kite posa 29 ari jer ke..

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

best nyer dapat puasa penuh... jelesssssssssss... hehehehe..

** Nia, tahun nie kena kutip duit raya banyak2 tau.. tahun depan xder chance laa.. sebab dah kena kongsi ngn adek... heheheh

cik mas said...

kita pun dpt pose penuh ini tahun..sonok kan tk yah ganti. cepat2 upload citer psl raye pulak.. :)

alyyani said...

lya : takpe lya, ganti pelan2 ok :)

e-car : tq! selamat hari raya jugak!

p/s : yeke? tak pasti lak. sebab tak kira. patut la puasa rasa kejap je :)

jue : kadang2 rindu gak nak tuang time bulan puasa. tp ada baik nya puasa kan? hehe..

** nia mmg puas kutip duit raya tahun ni. hehehe..

cikmas : alhamdulillah puasa penuh gak cikmas kan? da upload entry raya. nanti tgk ye! :)

azyyati anuar said...

wargghhh....kempunan nak makan mee udang..sebab kuah dah basi...

moral of the story, jgn lupe masuk kat peti sejuk...

ainal said...

kuah basi pn nk gtau ke!
pe r..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in