Skip to main content

bila takde air...

pada aku, biar takde letrik dari takde air. takde letrik kite bole kipas diri sendiri manual. tapi kalau takde air? kalau sakit perut camne tu?

semalam, balik awal gak. lepas amik nia, excited nak masak dinner nia. sekali papa nia ckp, "tak yah susah2 la arini ek, sebab takde air" huh! aku da bersemangat nak masak ni tau sebab badan tak penat sangat.

so, lepas maghrib, kami anak beranak ke luar utk dinner. eh, mcm mane nak handle nia ni skang ek? payah sgt nak duduk diam la. semua nak dipanjat nye. kalau tak dapat nak berdiri, menjerit bagai nak rak. adeh, lemah betul

kejap je nak behave nye anak dara aku ni...

ok, da mula menunjukkan tanda protes..

dan, dah berdiri. kalau didudukkan mesti menjerit

tak boleh dilarang la si kecik ni...

da selamat sampai ke meja makan.. ape yang diterkam?

kerang bakar yang baru sampai, meja tak penuh lagi time, kalau da penuh lagi tegedik dia nak memanjat

lepas setel makan, kitorg masuk jusco kejap sebab aku nak beli barang sikit. tapi, lupe nak bawak stroller. adeh! pegi kat customer service counter ade stroller wakaf. kitorg pun pinjam la satu. tapi, stroller dia punye condition aku rasa retak menanti belah. mmg aku takleh nak sorong. nak tegelak je sebab allignment tayar dia da lari & nmpk da gegar2. so, tak lama kat jusco.

setel beli barang, sebab kat umah takde air kan, masuk nursery room, salin pampers nia siap2. heheh.. mesti gunakan segala kemudahan awam yang ade, ye tak?

masa untuk salin diapers. balik rumah bole tido terus..

ha, dia buat lagi....mmg jenuh tiap kali nak pakai kan diapers. kena nyanyi2, kena wirid2, kena bagi ape2 barang ke. kalau wan yang tukarkan, sampai menangis la nia. hahahah..

bagi dia main handphone. kalau tak, sampai jusco tutup pun tak setel lagi salin pampers nye. da la da pukul 10 time ni. tapi, balik umah je nia berak balik! adeh... air paip pun semput2 je kua.

sekian, malam kami tanpa air di rumah... sampai rumah tgk, ramai yang tgh swimming. tgh mandi kot diorg. heheh..

Comments

azyyati anuar said…
huru hara aku tgk rambut nia...

nia kene control sket buang najis tau...sbb air kat umah semput...hehe
fazilzura said…
weh ko mandi ke idak hah ??mucukkk ..

biasa la , anak kalu nk mmbeso mmg la lasakk weh
Norsyakiela said…
waaaa nia,makin lasak ye...cute la nia in pink color...
r|nA @ ja|j|na said…
rina setuju tu, biar letrik takde jgn air takde..

biasalah, kanak2 nak membeesar mmg lasak..tapi kesian kat mama nia kan, mesti tak terlayan kerenah nia..

ape pon nia tetap cute gitu..
Mrs. Simplicity said…
along : tak terhandle kadang2 rambutnye tuh. nia macam ko la weh. sistem penghadaman sgt baik! hahah..

zura : aku, jgn ditanya weh. hahaha...

itu la, makin besar makin susah nak handle nih.

firsya : mmg lasak sgt2.. nia banyak baju pini, esok kalau dpt adik pompuan senang nak pass, kalau lelaki, kena beli stok baru nmpknye. :)

rina : tu la kan? takde letrik bole tahan lg, kalau takde air, mmg susah la.

mmg tak terlayan dah. tak tau la esok perut da besat cmne gayanye.
adduss..!!` susah gaks kalo xder air kan...? so, arini mandi tak..?? hehehe..

** sama la cm iman.. susah nak pakaikan diapers skang.. kena pakai berdiri skang niee..
Ryn said…
Baru ko tau ye alya...hehehehe..budak memg gitu tak reti nak dok diam...sok dah reti berjalan lagi ler...
AieZa said…
hana pun xmo diamm.. huru hara mummy n papa dibuatnye.. meja mkn mmg nk dipanjat.. n capai ape saje atas meja pastu buang kt bawah.. perghhhh sabo je lahh..
Mrs. Simplicity said…
jue : pg ni subuh2 da cek, ade air. kalau tak, bungkus ape yg patut mandi kt ofis. penah gak sekali 2 mandi kat ofis masa bujang dulu. heheh..

ryn : aku fenin weh. nak makan pun takleh. lepas tu kite bg dia makan, sume dia campak2. cmno masuk 2 nanti ni? tolonnn.. tolonn..

aieza : weh, camne ko handle ek nak2 perut ko da besar? larat lg ke nak dukung hana ek? aku ni pk jauh kedepan dah. risau pun ado..
OneSimpleMother said…
hihihi.. klakar la nia ni.. cemana nk dpt adik ni nia... :)
ainal said…
hrp2 lg sorg yg in da making 2 x r seganas nia.. leh under cntrol lg! huhu..
aa kan baik x de letrik dr x de air kan..

sedapnya aku tgk kerang tuh...huhu..lpr..
Mrs. Simplicity said…
cik mas : itu la dia cikmas, kadang bila dok sorg2m terfikir, cmne la bila da 2 anak ni, bole ke nak handle ni. huhu..

ainal : ko train la adik nia nanti soh behave skit. aku rasa da train nia sesopan mungkin tuh. hahah...

zura : betul kan? mmg sedap kerang bakar smpi tak cukup bila da makan..
Gieyana said…
Ishh..sedapnya kerang bakar tue! harus g cr malam ni gak!hiks..

~ Comeyy Nia..rambut dh nak sama cam Nureen..hiks!
Mrs. Simplicity said…
gie : mmg sama spesis la rambut mereka ber2 itu. heheh.. gi carik2, hubby ko kan sporting. :D
amal_fc1303 said…
weyh payah la nia skrng nie. nk urus kn ssh. xlalu nk dok diam btui la dia tu.
Elyn Sani said…
same je ngan wafiq

kalo kat kedai mkn.... duk lam highchair sekejap je behave pastu berdiri mcm die teror je...

kalo nk tukar diaper. sah la jusco tutup sebab kene berkejar die ekeekek. sudahnyer kene gak i beli pants diaper tuk outing.....
Mrs. Simplicity said…
ina : ko pun tau kan. mmg menduga betul nak2 bila time aku nak cepat.

elyn : ingat nak pakai dry pants tapi tunggu nia setahun kot. skang kalau pakai mcm rugi jek. huhu...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!