Orang ramai sambut baik fatwa labur ASB, ASN

Kuala Lumpur: Orang ramai menyambut baik langkah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya adalah harus.

Mereka berpendapat fatwa itu dapat menghapuskan keraguan sebilangan besar umat Islam yang sebelum ini terpaksa melupakan hasrat melabur dalam kedua- dua skim berkenaan kerana ada pihak membangkitkan isu kononnya hasil skim pelaburan itu adalah haram.

kakitangan swasta, Muhamad Khairul Mohd Zan, 24, berkata pengeluaran fatwa itu adalah sesuatu yang sangat baik bagi meleraikan keraguan di kalangan umat Islam berhubung kedua- dua skim amanah itu.

"Dengan fatwa ini, ia akan meningkatkan lagi jumlah umat Islam melabur dalam ASN serta ASB dan pada masa sama, pelaburan yang dibuat akan menyumbang ke arah peningkatan ekonomi mereka," katanya ketika ditemui disini semalam.

Kelmarin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Abdul Shukor Husin, berkata pihaknya sudah meneliti dan mempertimbangkan kesan daripada pelaburan berkenaan dan berharap tidak ada pihak yang membangkitkan isu kononnya pelaburan dalam ASN dan ASB adalah haram.

Pelajar Universiti Malaya, Raja Aini Raja Adli, 23, berkata beliau menyokong pengeluaran fatwa itu dan menyifatkan ia kesempatan terbaik kepada umat Islam ini untuk melabur melalui ASN dan ASB.

"Kini kita sudah mendapat jaminan dan tidak perlu lagi was was untuk menikmati hasil daripada pelaburan skim ini" katanya.

Kakitangan swasta, Noor Fitry Abd Hamid, 26, berkata pengeluaran fatwa itu juga sedikit sebanyak akan menarik minat mereka yang sebelum ini cenderung melabur dengan pelaburan yang tidak diyakini beralih kepada sumber pelaburan yang dibenarkan Islam.

"Sebenarnya pelaburan melalui ASN dan ASB ini memang banyak kelebihannya, cuma orang ramai saja yang masih ragu - ragu.

"Justeru, sebaik hukum mengenai pelaburan dalam ASN dan ASB ini diputuskan, diharap lebih ramai tampil untuk melabur dan tidak timbul lagi persoalan dan keraguan," katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Hafriz Zainordin, 24, hebahan mengenai hukum melabur dalam ASN dan ASB oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu harus dilakukan dengan lebih meluas lagi agar diketahui semua pihak.

"Ini adalah penting kerana pelaburan melalui ledua- dua skim ini akan memberi banyak kebaikan kepada kita, terutama dalam jangka masa panjang.

"Jangan hanya disebabkan tidak tahu mengenai pengeluaran fatwa itu menyebabkan umat Islam di negara ini menjauhi skim ASN dan ASB sehingga akhirnya tidak dapat menikmati manfaat daripadanya" katanya.

ok, nak share info pasal ASB. hukum melabur. sekarang kan banyak bank tengah offer buat ASB loan. aku salah seorang yang melabur. al-kisah, aku ajak akak aku join sekali. bagus utk simpanan di hari tua. kalau nak sendiri menyimpan, susah sikit nak disiplin kat diri nak masukkan certain amount dlm ASB kan. so aku amik la ASB loan nih.

akak aku telah mempersoalkan hukum melabur dalam ASB ni. so Along, jawapan nye seperti di atas. majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan yang hukumnya adalah harus dan bukan haram.

marilah menyimpan untuk masa depan...

10 comments:

fazilzura said...

Daku pun ada gak melabur dlm ASB ni .. tp ada skit gak was2 time tu.. tp x kan plak haram kan .. so now bagus ler dh kuar fatwa cmni.. lega ati den

alyyani said...

zura : masa akak aku pertikai kan tu, rasa tergugat jugak. yela, kita da invest, cmne kan. lps tu, aku jumpe artikel ni. so aku rasa amat lega. so org takleh bercakap tanpa bukti. majlis fatwa kebangsaan dah sahkan..

azyyati anuar said...

waaahh...ni entry special ni..

thank u dik..ko tlh menghilangkan keraguan aku...

mayb next time aku buat pelaburan...insya Allah..kat maner? x sure lagi...

alyyani said...

heh, aku ingat terus nak melabur ASB. tak gak lagi? tunggu bila tu weh?

strawberi @ mamadira said...

aku pun ada gak melabur gak kt ASB.. tp org kata dividen dia adalah sgt sket...12% je utk safe player sahaja...

klu ada brani main forex ke main unit trust ke stok ke..dividen byak tinggi dalam 30% above
bole ajak kakak ang main..tp risiko amat tinggi..
klu fail bole masuk tanjung rambutan..kekeke
rasa2 cam nk try tapi takuutt...

KasiH said...

daku jua ada melabur dlm asb...betol ckp ko kalo nak disiplin kan diri nyimpan memg susah..

saveme_zero said...

lega kan keluar fatwa mcm ni..syukur

AieZa said...

aku mmg pelabur tegar asnb.. sebab arwah apak ku pelabur tegar asnb.. most pelaburan asnb dia ada.. dia pn bukak gak utk anak dia nih walaupun rm100.. skang aku teruskan je..

bout fatwa nih mmg lama dh ada.. husband ku pun was2 masa memula aku suh dia melabur dulu.. sudah ku tepek kn link kt dia.. baru dia diam.. hehehe.. leh tgk kt link nih gak.. http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=2925

alyyani said...

strawberi : main forex ok, tp kena pilih2 jugak kan? then kena pandai main. laki aku, once ade join la invest gitu, tp abis kena tutup. nasib sempat pulang modal & merasa untung sikit..

ryn : a'ah, kite ni kalo nmpk duit tu, ade je nak membeli. portion nak menyimpan tu, kebanyakan nya susah nak skit nak konsisten.

sue : bole la menyimpan banyak lepas ni..

aieza : arwah ayah ko mmc mcm laki aku. dulu masa sebelum kenal dia dapat gaji enjoy tak hignat. tp sejak kenal dia, dia la yg paksa menyimpan. last2 jadi disipli everytime gaji, mesti saving kat asb. sekarang da mula menamppakkan hasil. alhamdulillah..

husband ko curious gak eh
? sama la cam akak aku..

Abgzan said...

Good info, ni dari paper kan? Dulu pon i ada terbaca dalam paper jugak....bole i quotekan tak you punya ni dalam blog i....

Honestly buat loan ASB ni i rasa menguntungkan, atau kalau kita pndai, bole dikatakan free lagi..

Saya ada bincangkan dalam blog saya ttg ASB loan ni....dan jugak ttg pelaburan lain, iaitu hartanah, emas, loan rumah, buat garden, forex, banking, unit trust dan sbgnya...kalau rajin baca la ye....

http://kakilabur.blogspot.com/

tq

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in