Skip to main content

journey to the north...

perjalanan ke kedah 2 minggu lepas lancar. takde masalah. cumanya semasa perjalanan pergi, nia sangat lasak. tak mau duduk kat car seat dia. masa kat tapah dah buat perangai. padahal jauh lagi perjalanan. memanjat sana sini. dari kenduri kawan aku, lin pukul 1 petang, kami sampai ke kedah jam 6.30 petang.
.
disambut mesra oleh seisi rumah. 5 minit pertama nia dalam dukungan mak tok dia, nampak ok. aku dalam hati berkata, ok nih, senang keje aku. tak sampai 5 minit, dia meraung cari mama nye. hai... ingat ok, rupenya sama je.
.
dengan orang2 tua, nia takut. kalo dgn maksu & makcik dia dia bole masuk. sebab dia rasa macam kat nursery. maka, dia tak bole didukung oleh orang lain kecuali mama & papanye sahaja. cuaca agak panas sekarang ni, maka nia mengalami masalah nak tido. kerap berjaga malam dan menangis. tapi berjaya tido jugak sampai kepagi. cuma bangunnya awal.
.
hari ahad, memenuhi undangan perkahwinan di penanti. aku kalau balik kedah mmg kena bawak baju kurung sebab setiap kali balik ade kenduri tau. sebab sedara mara belah wan ni kebanyakan nye di utara. maka kami bersiap2 ke kenduri tersebut..

nia dapat doorgift. tapi dimakan nye bekas telur tuh macam biasa...

asal mama tgh makan je, dia buat perangai. menangis tak puas hati. kena pegang dengan papa pun menangis jugak.

emosi kembali stabil bila mama dah dukung nia balik. yang sorang lagi tu makcik nia a.k.a adir ipar aku. baru darjah 3 ok..

lepas ke kenduri ni, kitorg ke jusco seberang perai city pulak. wan kalau da balik tu wajib la membawa adik- adik nya yang tercinta berjalan- jalan. sebab adik2 nya pun rindu sgt kat abang nye yang jarang balik ni.

jusco perda ni agak luas gak tp belum digunakan sepenuhnya lagi. banyak pilihan barang tp mood membeli masa tu kosong sebab agak rimas berbaju kurung ke shopping complex. tapi yang seronok nya kat sini, banyak activity area utk kanak- kanak. kalau nak dibandingkan dengan jusco kat sini. sebab kawasan yang luas, bole la bawak nia dan makcik2 nia berhibur sebentar.

makcik nia - makcik maisarah dan maksu munirah..

ade satu khemah kat sini. dalam tu ade beberapa toys. letak nia kejap dlm ni. tp seperti biasa, nia blur sebab dia tak tau kat mana dia sekarang ni

ha, suka gambar ni. frame gambar yang besar. nia with her aunties. kalo dpt amik gmbr mama dgn papa sekali bes gak kan. tp sape lak nak pegang nia. heheh..

kuda nia sangat tinggi lah. saja letak sebab nak amik gambar. tp still kena pegang kalau tak bole menyembam!

skill merangkak mesti diteruskan tak kira dimana saja anda berada..

next entry : nia met danish..

Comments

Gieyana said…
wei knp x khabar2kan berada di kawasan lingkungan aku wei..kalau x bleh jumpa2an..
~ Owhhh, adik Wan masih kecik2 lg yer..mesti nmpak cam ko bw anak2 kan..hehehe
OneSimpleMother said…
haish.. cemana nia nk dpt adik ni.. takmo berenggang dgn pa ma dia. berebut dgn adik nanti.. :)
Ummi Nuhlan said…
allyani..sekali tgk mcm anak2 hang daaaaaaaaa..dah 3 ek anak dara hang..ihihih..
shah-ila-ain said…
comelnyerr nia pakai toncettt hehe,,,ain lom bole pakai hair aksesory lagi..rambut ain tak panjang2 tp lebat...hehe
Mrs. Simplicity said…
gie : last minute punye plan sbb tak tau penanti tu kat penang. geografi ku sangat teruk.

tu la, adik wan tu kecik2 lagi, kalo jalan, ckp la tu anak2 dia. hahaha..

cikmas : mmg, sekarang ni, mana alya pegi, mesti nak ikut. parah betul..

imah : huhu.. tua sgt ke aku nmpk mcm ade 3 anak. aahh tidak!!!!

mel : nanti mel letak latest gmbr ain ek. nak tgk..
Ryn said…
sungguh laa nia ni anak mama gitu...cute ler toncet 2 tu...nia meragam nak dpt adik rupernya kan...
biasala la.. Nia tau na dapat adik.. itu yang nak manja lebih sikit ngn mama dia.. :-)
nasz said…
comei nye nia pakai baju merah
Mrs. Simplicity said…
ryn : toncet 2 itu, kalo ditanggalkan, jd la mcm wolverine rambut nia itu. so kena maintain bertoncet je la smapai balik umah. hehe..

jue : tu la, nia da tau rupenye dia nak dpt adik. mak alya pun ckp gitu. nia tau dulu so emosi dia terganggu. heehhe..

nasz : baju beli dari kedai jue. babyandkidscollection..
ko kena ajar hubby ko ni camne nak dukung gan pujuk nia ni...
nanti dah dpt adik nak gak dukung gan ko susah ler..mana adik lg mana nia lagi..
anak2ku semua kamceng gan abah dia..aku lak yg jeles..
elani makrai said…
hehee adik ipar kecik2 lagi...kelakar lak rasa. mcm dh bole jadik mak diorg kn? heheee mesti rmi tgk korang. plak2 mesti adik2 en wan rapat ngan dia. sah mesti org ingat korang satu beranak. :D
Mrs. Simplicity said…
strawberi : nia kalo mood dia ok, ok dgn papa dia. tp kalo dia tgh bad mood, mcm balik kpg ke, org keliling sume dia tak mau. nak mama jugak. tu lah, kalo be-3 je dgn dia, ok je. tp papa nia ni garang! hahaha..

nurin : tu la nurin, kanak2 ribena lagi. siap mak mertua alya bole bg nia makcik lg punye muda nya dia. heheh.. wan tak rapat dgn adik2 dia. adik2 dia yg kena merapatkan diri dgn abang dia. tp tula, kalo jalan, rasa mcm ade 3 org anak!
nizza-abira said…
Comel2 adik2 wan...
Mak mertua awk mesti muda lagi kan :)
Mrs. Simplicity said…
nizza : muda lagi. masih bole bagi nia makcik lagi. :)
Leen Die said…
ly nia comel giler aku tgk..tym dia ngamuk aku suka tgk..tapi bg ko mesti tak best yer..nia tahu dia nak dpt adik ly..tue psl manja lebih ngan ko..weii adik2 ipar ko kecik2 lagi ekk..waahhh..ly lawalah ko pakai tudung tue..beli mana weii..
Mrs. Simplicity said…
leen : beli kat bangi. 15hengget je weh. sedap pakai, yg penting senang handle. kang kalo nia tarik da tak vogue mama nye. hahah...

aa la, adik2 ipar aku mmg adik2 sungguh.

nia suka kan mama dia sbb mama dia lg sporting dari papa dia. hahah..
Jiey^Mien said…
comey nyer makcik2 nia.. muda2 beli semua tu.. mesti nenek nia pun muda belia gak..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber