Skip to main content

dari seremban ke teluk kemang

lepas je ke wedding kawan aku tu, wan nak jalan2 kat port dickson. ingat kan dekat je, rupenye kena masuk high way ek. takpe, da alang- alang bejalan, redah je la.

sebenarnya wan nak tgk tmpt tinggal lama dia dgn sekolah dia kat sini. masa primary school wan dok kat sini. nak flashback memory lane la tuh. layan je la kan. malangnye dia tak dpt nak masuk kat kawasan umah dia tu. sebab kawan perumahan tentera kan so strict la sikit, takpe bang, tgk dari luar je pun jadi la.

dari port dickson, kitorg ke teluk kemang, kalo awal lagi, da mandi da agaknye aku ni. sebab cuaca yg sgt panas, bes kalo dpt berendam kat laut kan? tp sebab da petang, kitorg jalan2 jelah. memandangkan nia pun baru sihat, tak mo la buat benda2 extreme lagi. hold dulu. cam biasa, jom layan gambar..

sesapa yang kalo datang sini terus terjun ke pantai, tak sempat or tak perasan ni, mari baca sejarah teluk kemang..

kuda yang hensem2 di tepi pantai. ramai orang. hujung minggu kan, semua tak lepas peluang. sape nak naik kuda ni, sila bayar RM25..

cuaca yang sangat panas, sian kat nia dok tekebil biji mata nye. aku pun belikan nia topi ni nak lindung mata dia. tapi, kepala pulak bepeluh! yela, tgk je la rambut nia tu lebat mana kan.

air tengah pasang time petang.. kalo dpt mandi ni, syok ni. tp tak bawak persalinan kan, kite rasa air pantai kat tepi2 je la.. nia bz tgk ombak..

banyak kedai jual peralatan mandi. suka tgk orang ramai berniaga, meriah! berwarna warni pelampung..

bergambar satu family adalah wajib..

memberanikan diri dekat dgn kuda, amik gambar jap. nia takleh bukak mata sebab da panas sangat..

bagi nia main jap kat playground dia. nia main jongkang jongket..

da dpt mood.. tadi blur2 tak tau ape benda nye tu

perasaan tak pipi nia merah2? actually, lepas baik dari high fever hari khamis lepas, mlm tu naik semacam ruam kat satu badan nia. penuh bintik merah. da risau sgt nia nak kena campak lagi or akan jadi kes lain. jumaat pg tu, AGAIN, bawak nia ke an-nur nak double confirm dgn doktor. doktor tgk je, dia happy. eh, org risau, dia gelak pulak. dia ckp biasa kalo budak high fever, bila tak bg antibiotik, dia nak tgk how well badan budak response dgn virus tuh, dia akan kua dlm bentuk ruam. so doktor ckp, badan nia gave good respon to the virus. dia tak yah makan antibiotik pun. ruam tu akan kua kat satu badan dan akan hilang dalam beberapa hari tanpa kesan. ruam tu tak gatal pun. lega. sebab nursery nia da syak nia kena campak. tp aku da explain la kat diorg..

ok2, time to go home.. da lewat petang. nia suka kalau kena dukung gini. happy je muka.. wan ajak makan seafood, tapi tak larat dah. nak balik umah, nak rest...

Comments

Gieyana said…
nmpak Nia cam budak besar dh..pakai topi camni..:D
comlenya Nia dengan topinya itu... hehehe..
comel betul nia ni kan..macam mak bapak dia gak..sama cantik sama padan..hehe..tapi betul tau
Leen Die said…
Ly samalah cam rayyan naik ruam bila demam panas aritue..aku igtkan apa entah..than doktor pun ckp sm cam doktor ko...huhuhu..comel tul anak dara tue pakai topi..mak nya tak beli topi jugak ke
Anonymous said…
bestnyer jalan2 teluk kemang...weekend sure la ramai org kan.
Ryn said…
Memg cuaca pns kan wiken baru nih...aku pun rimas travel...tp aku nengok nia menten je...muka pn mcm hepi je dpt berjalan...hehehehe...
Mrs. Simplicity said…
GIE : TOPI TU KAN, HANYA HIASAN SEMATA, TAK MEMBANTU PUN. HUHU

JUE : TQ AUNTY JUE - FROM NIA..

TINIE : JGN DIPUJI2, BUKAN NIA YG KEMBANG, PAPA DGN MAMA DIA YG KEMBANG..GURAU JEK ;)

LEEN : AKU DOK RISAU, NAK JD CAMPAK LG KE, PADAHAL NIA KENA DAH. LETIH LA AKU NAK KENA PONTENG KEJE LAGI.. MAK NYE DA PAKAI TUDUNG, KALO PAKAI TOPI LAGI LA PANAS WEH..

FARIENA : KALO DAPAT MANDI SURE LG BES KAN :)

RYN : NIA TU, KALO DPT BEJALAN KEMAIN SUKA LAGI.. KALO DOK UMAH MULA LA BUAT PERANGAI..
elani makrai said…
heheee best nyer korg g bejalan. ish2 tringat masa g pd dl. teluk kemang mmg best n colorful.

nia happy yer dpt jalan? tgk muka pon tau dh. terer gak nia dok kt jongkang jongkit tue yer?
amal_fc1303 said…
weyh g pd xajak pon..
asl g mndi kat pantai..
best tu...
ape ko beli ole2 kat pd tu?
Reena said…
nia cute sgt....bestnya dapat bercuti tepi pantai...teringin la..
[I][T][A] said…
seronok nia jalan2.. sweetnyer nia pakai topi....
Mrs. Simplicity said…
nurin : nia tak pandai main jongkang jongket tu pun, saja letak. bila ade gang kat depan dia mula la bebunyi suka. lgpun tak friendly user la benda tuh. besi semata. nasib nia pakai pampers kan

ina : kalo ajak, ko bole pegi ke? ole2? tak beli la weh, unplanned activity namanye. hehe..

reena : bukan holiday. satu jalan dr kenduri kawen tuh..

ita : raisha muat tak pakai baju LR tuh? tak saba nak tgk raisha lak pakai..
azyyati anuar said…
lawa topi nia...leh la pinjam...hehe..

ko bg nia pakai skirt..sian tul aku tgk...x selesa nia nk jongkang jongket...

beli satu kt umah wei..cam happy je tgk nia tu...
Jiey^Mien said…
kitorg pun plan nk gi, tapi panas sgt la..
Mrs. Simplicity said…
along : nak pinjam pi dating ke? hehehe..

ko nak soh aku beli jongkang jongket ke? kang tejongket umah aku tu. dah umah aku tu kan 'besar'!

jiey : huh mmg weh. aku gi pun sekejap je, sendiri tak selesa dgn pakaian. bukan pakaian kat tepi pantai. nia pun sama agaknye..
shah-ila-ain said…
rajinnyerr p jalan nia erkk...cuaca skang panas weihh...mel nak bawak ain jln jauh pun malas huhu...jln dekat2 jerr..
saveme_zero said…
lamanya aku tak g pD...huhu. jom la kita g sekali ... ekekekek
Mrs. Simplicity said…
mel : tu turun kete kejap je mel, tak sampai sejam pun. betul la, cuaca sgt panas aritu..

sue : sue, jom2! bes dpt picnic kt situ reramai..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber