Skip to main content

Nia - 6 months check up

Semalam (sabtu) bawak nia gi klinik untuk check-up + injection 6 bulan. doktor jameaton yang selalu check nia tuh takde pulak, dapat dgn doktor baiyah. lagi baik doktor nih. Selalu kalo injection, dia x menangis, tapi agak nye dia da pandai kot, maka glamour la kami masa nia injection tuh. Tapi kejap je lah dia nangis sebab dapat pujuk dia.

tunggu turn untuk dipanggil. sengih- sengih ye, tgk la bila da masuk jumpe doktor nanti. hehehe..

timbang berat dulu. dulu, nia sama size jek dgn tray timbang tuh. skang da tekua- kua.. besar dah nia. berat nia 6.6kg. seperti dijangka tak naik mendadak pun. tapi ramai cakap dia tembam. tembam kat pipi jek.

ukur panjang dengan lilit kepala pulak. panjang nia dah 72 cm. last month 68 cm. lilit kepala pulak 44cm, last month 42cm. hmm.. not bad.

ok, da siap ukur, timbang berat, masa untuk injection pulak. nia muka cool lg tuh. tunggu la japgi ye. arini nye vaksin DPT / DT, Hib & OPV / IPV 3rd dose.

nia meraung sangat kuat time nih. gambar x bape clear sebab nia begerak- gerak + kualiti camera x bape baik.

ok, selesai satu bab. da tak nangis dah dia..

merasuah nia lepas nangis bagai nak rak kat klinik td. benda ni didapati di the mines. tak sesuai utk baby, tp saja nak letak dia utk amik gambar.

Comments

fazilzura said…
nia keke cucuk yek..demam dak? hope kalau demam tu x teruk yek.. x pun x yah ler demam key..

( abis sume dlm bilik nurse pun tangkap gambo yek )
Mrs. Simplicity said…
zura : kali ni tak demam pulak dia. tp doktor stand by bg ubat demam.

takut sebenarnya nak amik gamba kang kena perli lak. tp doctor tu mcm da biasa pulak kan. ape lg. heheh... nak amik gmbr dia nangis tuh tp sume blur. huhu..
Haru said…
waa nia mkin comel..kawaii..

nia nk cbit pp cket blh???
azyyati anuar said…
bnyk btul vaksin nyer wei...x phm aku...

chaiyok2 nia...cam ner die leh diam tu...cian nia...asyik kene cucuk ajer...

nti m.long turun kl yer nia...
ainal bin anuar said…
pndi pulak die senyum ble dgn papa die yer!
time dgn aku xnk plak senyum ble tngkap gamba.. huh!!
Mrs. Simplicity said…
haru : suka2 ko nak cubit pipi anak dara akak yek ;p

along : mak long nak turun kl beli hp ye? alhamdulillah, akhirnye...

ainal : ko tu silap teknik dukung nye. tp ok ko dukung lg dari mak dgn ayah. langsung tak mau. hehehe
amal_fc1303 said…
eh baru pasan la nia pkai kasut dh..
Mrs. Simplicity said…
ina : kasut je da pakai, tunggu nak bejalan je ni...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber