Skip to main content

bantal busuk teman sejatiku

Tajuk diatas dipetik dari akhbar utusan yang aku baca 2 hari lepas, khamis, 26 Februari 2009. Tertarik dengan artikel yang ditulis, bantal busuk ni lebih menjadi teman kepada kanak- kanak. maka diberi beberapa tip untuk menghilangkan kerinduan pada bantal busuk.

Membuat aku ketawa sendiri bila membaca artikel ni. sekadar nak berkongsi cerita, bukan ape, sape2 yg mengenali aku dan telah tinggal bersama dengan aku di hostel masa belaja atau rumah sewa semasa bujang pasti tau habit aku ni. aku sekarang bakal mencecah 26 tahun, masih memiliki bantal busuk. Hahaha… tak percaya? Sila lihat gambar dibawah

Ini la bantal busuk aku, yg telah dihadiah oleh opah aku pada tahun 1988 masa aku berumur 6 tahun. Sentimental value ni! hahaha… banyak cara yang mak aku buat utk get rid of it. Tapi tak penah bejaya. Mak aku penah pakaikan sarung kat bantal aku ni, tapi aku tak mau. Bau dia da lain. Mak aku penah jemur bantal ni, tapi aku gi amik balik. Mane bole, nanti bau ilang. Hehehe.. so, let it be. Yang conteng2 tu, courtesy of my college friends during my matrix. Keje tangan warga dorm 2/2. Mencantikkan lagi bantal aku yg da sedia cantik tu. Hahah…

Masa bujang, diorg selalu perli2 aku, nanti da kawin camne la laki ko nak hadap bantal busuk ko tu. And guess what? Dia ok je. Menerima aku seadanya. Hahaha… malah, masa nak ke hospital dari kl masa aku sedang sakit nak bersalin, dia bawak kan bantal aku ni. bantal ni la ku gigit2.

bantal aku yang kene sentiasa ada dengan aku :)


Sekarang aku da turunkan bantal tu kat nia. And nia seems to enjoy her mama’s pillow. Sejuk tau kalau peluk. Tak caya, tanyala sape2 yg penah pegang. :D

Tengok la, nia seronok main bantal mama.

sampai tetido nia..

Comments

fazilzura said…
Alya,aduyaiii teringat bantal bucuk ku .. heheh

** kamo di tagged
Jiey^Mien said…
Ly, aku masih aku yang dulu.. Aku masih geli dgn bantal busuk ko.. Hehhehehe.. NIA, Dengar ckp Auntie Jie, jgn terpengaruh ngan mama kamu!!
Mrs. Simplicity said…
k.zura : ade bantal busuk gak? sure lagi season ni. hehehe.. ok ,nanti kite buat tag akak. ondway..

jiey : ko la salah sorg dr ramai org yg geli dgn bantal aku. hahah.. so far, nia x geli. tgh nak biasakan ni.
azyyati anuar said…
apehal blog ko dah bertukar ni?

x smart aa wei....

aper cer ngn bantal busuk ni? sian nia dipaksa menyukainyer...

btw...ade statement "aku skrg bakal mencecah 26 thn?" hmm..curious aku...mude lg adik aku ni ek...
Mrs. Simplicity said…
ala, ni ok la ni. malas dah nak tuka2. nanti ina mengamuk lak.

hahaha... aku lupe weh. aku ingat aku 26. rupenye 27!
Ryn said…
ni kira warisan turun temurun ni...
Mrs. Simplicity said…
kasih : mmg turun temurun ni. nak maintain pun payah. kene top up kekabu, kene jahit kat setipa penjuru bantal tu sebab kain da nak reput. huhuh...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!