Skip to main content

Family Day 3.0 - Lembah Temir 2016

dari siang bukak blogger.com ni tapi ni baru boleh tgk semula. aku dah sorting gambar ikut album ni. #siscuba

selepas previous update yang entah bila tahun, on previous punya occasion, acara besar seterusnya dalam hidup aku adalah acara tahunan family day #mokhtarclan yang ke-3 yang tahun tersebut kita telah sebulat suara memilih untuk mengadakan di kawasan kampung. back to nature gitu.

acara berlangsung pada 30 september - 2 october 2016. antara 1 lagi kenangan manis dalam hidup. biasanya kita dah plan beberapa bulan sebelum. sebab banyak benda nak kena amik kira. lokasi, tarikh, availability semua orang. kalau boleh kita nak semua family member available. kang kalau ada 1 family takde jadi tak cukup korum kan.

this photo was taken back on june 2016. masa ni iftar tahunan keluarga ni. memang kitorg discuss awal benda2 ni. banyak yang tak jadi, banyak jugak yang turn out jadi. susah nak dapat commitment semorang. 

selalu discussion dekat pukul 11 malam baru nak start. selesaikan sampai selesai majlis and tunggu tetamu balik. 

semua kita throw kat sini. dari pemilihan tarikh, lokasi, tema, AJK, dan semua2..

hasil perbincangan ahli parlimen. pop kuiz tu yang tak tahan tu. fund tu memang kitorg collect setiap family setiap bulan. by the time ada event, tak banyak lah family member yang kena top up.

dan hari nye pun tiba. ok, bersedia kalian yang nak ke sini, jalan nak masuk ke lembah temir ni adalah off road. so sila pesan kat laki kalian siap2 untuk mengelakkan masalah rumah dan tangga. kalau kete jenis gesek2 jalan tu toksah lah. tapi kete porsche elok je masuk sini. tuan punya resort ni.

cenggini2 lah jalan dia. tak digalakkan sampai pada waktu malam. sebab dalam ni tiang TNB takde. so diorg dapat supply macam mana tah aku pun tidak kepahaman 

ni gambar masa site visit sebelum event. yang telah mengundang pergaduhan laki bini. hahaha.. 

ni kira lobi dia lah. ruang nak lepak2, santai2, karaoke semua 

meja makan tepi sungai. nice view lah. 

ni jadi port kitorg lah kat sepanjang kat sini..

so hari pertama pada 30 September 2016 tu kitorg lepak2 santai2 aje takde activity. menunggu semua family member sampai. kitorg dah sampai petang tu. nak naik ke bilik kena memanjat tangga, tiada lift disini. bilik dekat atas hall ni jugak and ada some kat chalet depan dia. dekat2 aje lah.

dinner yang disediakan oleh pihak lembah temir. dengan tema kampung, menu juga masakan kampung. mmg layan. lagi kalau korang makan kelantan food, mmg heaven makan kat sini.  

free flow 3 in 1 yang berjaya di habiskan oleh ahli keluarga haji moktar. habis top up habis top up. begitulah kaedah nye disini. 

 mana yang baru sampai terus makan. owh dari lepas toll karak ke lembah temir tak sampai sejam pun.

gambar ni aku ingat, diorg tgh meeting london trip. belum settle family day ni dah cite pasal london trip. excited masing2. muka2 ni jugak lah yg ke london jugak.  

kakak tengah tarik lagu apa pun tatau. aku kena nyanyi back up suara sumbangsih laki. ada keinginan juga nak menyanyi disitu.

ok, perang saiko untuk telematch dah bermula awal lagi sejak dalam whatsapp group. so happened, boss besar dalam group kitorg, bermurah hati nak sponsor tshirt kumpulak kami. kami menang gaya yang pasti. hahaha.. team panglima

suasana malam di lembah temir. yang pakai kopiah tu owner dia. Dato' apa aku pun dah lupa. begitu lah habis day 1. santai2 saja..

day 2. hari nya pun tiba. peperangan bermula. hahaha... ini group apa tah aku lupa nama. ni aku susun ikut team mana yg menang. group juara ni. juara ngelat pun ye. sebab dalam ni ada cikgu rokiah, ada paksu aku, ada laki aku, ada adik aku, ada anak aku. semua kaki ngelat! walau pun kejadian dah hampir 2 tahun, hati sisthur masih pedih. sukaneka dihandle oleh pihak lembah temir tapi ending nye jadi haru biru. dgn juri2 kena sailang. pening!

ini group yang mendapat tempat ke-2. ini lebih berhemah. ketua nye pun berhemah je rope nye. nama group aku dah lupa jugak. hahahha.. wei korang perasan tak ada kakak aku disitu! buat julung kalinye menyertai family day ok. bukan senang tu. hahaha.. 

ok, group aku, group panglima. hahahah... menang gaya of course! dapat no. 3. 

ni group last. apa nama tah lupa jugak aku. hahaha... 

yang abg baju kaler merah cuba mengontrol keadaan tapi sudah nye dgn dia2 pening. ni kawasan lapang yang kena jalan keluar sikit dari area chalet. alhamdulillah cuaca sgt baik.

dekat tgh hari jugak selesai semuanya. nama game yang berlangsung yang standard2 aje. dia yg fun nye perang saraf antara group tu ha kan.

sebab ada masa lagi sebelum waktu lunch kitorg pegi ke air2 terjun yang ada kat sini. ni area kena panjat sikit ke atas. budak2 mandi kat bawah dekat chalet area aje. 

makan time. basah2 pun makan aje. yang tak basah cikgu anuar aje. hehehe... dah lemau first session. then masuk untuk berehat sebelum ke acara petang yang lagi haru biru.

sessi petang pulak. bercinta semua nak turun. petang kitorg ada acara runningman. head by asyraf. mana lah penah aku tgk runningman. dia terbahagi kepada 2 kumpulan. 1 group akan mencari, 1 group lagi, cari simbol R dalam masa yang sama kena menyorok dari kena tangkap dgn group 1 lagi. gilo! ni sebelum start game.

paksu kitorg belajar kat korea makanya sejenis effort tulis nama kat belakang. nama kena cabut ke camne tah kalau dah jumpa lepas tu terkeluar lah. gambar masa runningman memang takde. jenuh menyorok. yaAllah seram!!! seram takut kena tangkap. aku bawak adel. adel siap menangis. bongok cuyan diorg ni. aku dah menjerit2 macam orang gila. hahaha... wan lagi lah, time menyorok pakej bukak baju sebab tak nak org nampak kaler oren. siot betul. yang power2 jenuh la nak kejar jenuh lari. yang kertu2, sangkut lah, senang kena tangkap. ada yang sampai ke sudah tak jumpa. sejak main game ni lah aku start tgk runningman. kelakar nak mampusss cite dia. cite bebudak lah tu pasal lah deme organize buat game ni. apa pun layan..

selesai gegak gempita kat 1 lembah temir lepas game runningman, pihak lembah temir bawak kitorg tour ke sekeliling kawasan lembah temir. kena naik 4WD sebab jalan dia agak berliku dan curam gile! meroyan warga2 emas menjerit atas ni sebab macam nak terkebelakang aje kekdah nye. naik batch by batch. ada 4WD tapi haritu driver nye ada sorang aje.

then kita stop kat 1 kawasan ni dia ada kolam ikan dan jugak tempat mandi.

boleh naik rakit. kaler hijau air nye, ni air sungai ni. entah aku lupa. tapi air semula jadi. betul air nye


main bola, main rakit, main terjun2. walaupun keletihan paksa diri untuk join macam2 aktiviti kat sini. 

selepas itu, sebelum maghrib kita semua berkumpul kat surau. kebetulan hari tu adalah awal muharram. petang tu kita baca yasin dan doa awal tahun. alhamdulillah berkesempatan menyambut tahun baru bersama keluarga. bacaan yasin dan doa akhir dan awal tahun diimamkan oleh ayah.

surau dia sangat luas dan selesa. boleh pulek masa runningman ada yang menyorok dalam ni. sabarjelah.

alhamdulillah lepas isyak, laju2 kitorg tukar uniform utk acara malam pulak. bbq dinner bertemakan pelikat dan batik. tersusun barisan hadiah utk acara2 yang dijalankan siang tadi dan acara yang akan diadakan semasa dinner iaitu pop kuiz sehati sejiwa. terbaik AJK hadiah time ni, semorang tak pulang dengan tangan kosong. semorang dapat hadiah. berbandong2 lah hadiah kitorg bawak balik.

malam tu adalah acara bbq. pihak lembah temir yang tlg masakkan untuk kita. sementara makan tu kita teruskan dengan acara malam pulak. macam biasa ada ucapan, ada game dan ada penyampaian hadiah

dining table ada 2, tiba acara pop kuiz sehati sejiwa yang disertai oleh pasangan suami dan isteri sahaja. yang tema bujang AJK bank soalan dia. ni gang isteri dah duduk semeja.  

 ni team suami tengah standby nak jawab soalan. tu nampak penghadang tu..

tak cukup hadang pakai badan, kena bentang kain pulak. ko nampak ada budak cross kain pelikat tu. tu nak menyampai jawapan la tuh! hahaha... tak terkawal kanak2. semua menjalankan tugas dengan baik. lepas ni confirm ada AJK kanak2 yang akan dikepung. AJK pop kuiz kena amik kira tu. stress je masing2. tapi it was really2 fun. couple2 muda yang menang tahun ni. kak wana & abg aznee, abg afiz & kak riny, aku dgn wan. hahaha..  good job kyong and team yg menyediakan bank soalan. tahun ni ko tak leh jadi ajk dah. ko kena masuk sekali. kena lantikan orang lain.

juri2 pop kuiz sehati sejiwa tgh cek jawapan untuk tentukan sape yang paling sehati sejiwa. hahaha..

lepas tu acara penyampaian hadiah. best dress goes to kak yan. kemain melaram berselimpang2 ha. hadiah balut pakai sok kabar aje. hahah sempoi! takde hal. juri best dress team lembah temir.

last but not least, to end our night session, cam biasa group photo. semua sporting ikut tema. asyran, mana kain pelikat kau???

day 3 / last day di lembah temir. pagi2 lepas sarapan kitorg dah panjat 4wd lagi nak pegi ke kawasan air terjun versi kanak2.

ada small area air terjun kat sini. buat anak3 main kat sini. yang besar dok tepi aje melayan anak2.

lepas tu kitorg naik atas semula pegi kat air terjun semalam. mencuci dakit sikit lagi sebelum check out.

lepas tu masing2 pakat bergambar kat sini. take turn lah masing2. mana tah gambar aku tak jumpa pulak. lawa air terjun dia. lepas tu kitorg siap2 utk check out. makan tgh hari disediakan selepas check out. memandangkan kat sini takkan keluar utk pegi kedai cari makan semua, makanan semua tersedia.

tapi masih keazaman tinggi nak update kat sini sebab event2 penting wajib kena ada kat sini. aku rekemen korang datang sini kalau ada family event. cuma kalau datang sini, make sure kelengkapan semua complete. sebab kalau ada barang tertinggal takkan dapat korang nak keluar nak membeli semua. confirm korang balik kl terus. hahaha.. ubat2 semua standby siap2 bawak just in case.

overall Lembah Temir ni tempatnye sangant peaceful untuk mendapatkan rehat. memang memula ko sampai tu lagi kalau bukan sejenis nature punya orang ko rasa stress, line nasib baik ok jugak. wifi memang takde. letrik menjelang maghrib dia akan off kejap. sebab nak start generator balik. gitu2 lah. bilik selesa. 1 malam rm250 aku rasa utk 1 bilik. untuk maintain tempat tu pun bukan senang. dengan ceruk nye. kita dapat great ecperience sepanjang 3 hari 2 malam kat sini dan yang penting, ikatan silaturrahim kita makin kuat. alhamdulillah Allah izinkan..

seminggu dok dalam draft post lembah temir ni.

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber