2016 post - rafa masuk sekolah

jenuh scroll apa lagi kejadian yang kena kongsi dalam blog ni sebagai memori. awal 2016 dimulakan dengan sessi persekolahan anak2. anakanda bongsu rafa arman mula bersekolah tahun 2016. umur sebenar pada january 2016 adalah 2 tahun 3 bulan usianya. too early kan? takpe early exposure just like his sisters.

 
Baju recycle aje kakak2 nya punya. Dia bukan morning person. Kalau dah sampai sekolah dia bantai tido sampai pukul 10-11pagi. Tak yah force. Bia kan aje. 

halangan nye adalah rafa belum lagi bercakap. kalau korang tgk dia sekarang sangat lah baby- baby nye lagi. sekarang umur dia dah 3 tahun 6 bulan baru mula nak bercakap dan masih banyak pelat. so takpe, lain anak lain progress dia. yang penting kita monitor aje behaviour dia. tak nak too left behind, susah juga nanti. 

 
Paling halus among the classmates. Dia masuk kelas budak2 umur 4 tahun. 

so hari pertama persekolahan takde drama pun. sebab dia dah masuk awal day care kat situ. cuma rutin kena masuk kelas pagi tu amik masa yang agak lama untuk dia. kawan sebaya main kat luar awak pulak kena pakai baju sekolah dan masuk kelas kena belajar.

 
Setahun ini aje lah skill dia. Heheheh.. mama layan je. 

 
Time berselfie ko tersengih khen!

basically setahun yang di habis kan di smart reader kids tu lebih kepada social skill dia sahaja. untuk dia kuasai tahap 3M tu belum sampai lagi. infast concert year end pun tak mampu dia nak join, kang jadi glamour pulak mcm tiang bendera atas stage.

 
Time kelas ko tumbang..

however his behaviour is very much improved bila dah pergi sekolah ni. so tidak lah kata waisted money kat benda yang tak nampak hasil. aku tak penah nampak hantar anak sekolah awal satu pembaziran, kerugian dan lain- lain perkataan negatif yang sewaktu dengan nya. 

 
Juga time solat 😅😅

 
Juga tgk kereta kat tingkap luar.

somehow sending kids to school early dia punya behaviour akan jadi lebih baik without kita terpekik terlolong nak lenturkan anak. processor dalam otak diorang bak kata wan akan jadi lebih terurus gitu. sendiri punya teori tau. bukan kajian yang telah dibuat. based on own experience. 


0 comments:

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in