SALAM MAAL HIJRAH

santai nye harini. jarang weekend dapat lepak2 kat rumah macam ni. malam karang nak makan kat ikam mikail. korang penah dengar? ada kat area puchong and 1 lagi kat shoplot belah kiri yang ada petronas nak ke seri kembangan kalau dari puchong. kedai dia berkonsepkan ikan bakar.

semalam aku cuti. ada few plan untuk nia. pasal hal tuisyen nye, sekolah agamanya. lepas tu macam ada hati nak hantar dia belajar main instrumen, lepas tu tgk matematik dia ada lemah sikit. so saja nak tgk kumon tu pulak. tu belum kelas takewondo, swimming. kahhhhh.... budak zaman sekarang, serba serbi nak difikir. 

dulu masa kita kecik, masa sekolah rendah, bab tuisyen takde amik kisah pun. sekarang zaman dah berbeza. serba serbi kena berdaya saing. budak2 makin pandai. skang, takat boleh membaca BM, BI boleh mengira tu kira biasa je. bukan kata nak extra ordinary pun. aku nak bia dia boleh survive bila dia besar nanti so asas nye kena di bentuk dari kecik. 

tanya nia semua dia tak nak. memula tuisyen mandarin pun dia bersendu. tapi dah tanya dia ok tak kalau nak hantar sekolah cina. dia ok je. sebab dia cakap ada kawan dia sekolah situ jugak. so ok lah. dia dah tau yang dia akan sekolah cina next year. so semalam settle kan hal sekolah agama dia dulu. 

sejak aku kerja jauh ni banyak faktor aku kena amik kira. seboleh2 nye memang nak hantar dan amik.  kalau bukan aku hantar amik, papa nya yang hantar and amik. so semalam dah register kat sekolah agama sri quran darul husna. kat situ ada transit. dah register untuk transit sekali. aku dah tgk lah tempat transit dia. nak tukar baju nye nanti, nak makan nye nanti. ok lah, cukup serba serbi. aku harap nia boleh berdikari. yuran permulaan dalam RM300 lebih. then monthly untuk sekolah agama RM60. transit nye pulak RM130 sebulan. memula plan nak duduk kat dia kat transit smart reader. tapi fikir kan letih pulak dia nak gerak sana sini. so settle kat 1 tempat je. then papa boleh amik dia hantar pegi sekolah kebangsaan pulak. 

sekolah agama tu dari 7.30 sampai 10.30 pagi je. then siap2 nak pegi sekolah kebangsaan pulak. sebab diorang kata sekolah kebangsaan cina masuk awal. sebab waktu persekolahan dia panjang sikit. sekolah agama isnin sampai khamis je. jumaat cuti. so jumaat tu masa untuk mengaji. 

nervous ye anak nak masuk darjah 1 ni? haish2 fikir boleh sakit perut dibuatnye. so dari sekolah agama nanti nak ke sekolah kebangsaan untuk permulaan papa nya akan hantar. nak amik dari sekolah kebangsaan aku boleh amik. gitu lah plan nye untuk nia darjah 1 esok.

ahhh seriously aku nervous! 

mungkin sebab faktor aku nervous sebab aku hantar sekolah cina tu jugak. boleh ke dia survive. ok ke dia. cuma aku tak nak pressure dia. aku tgk darjah 1 ni camne. kalau kata dia x bole cope, aku tak akan continue. sebab aku ada sembang dgn kawan aku yang sama sekolah dulu, dia sekarang cikgu sekolah cina dia cakap kena tgk ability budak. ada kes yang dia kat sekolah cina dia tertinggal ke belakang tapi darjah 2 dia tukar ke sekolah kebangsaan biasa dia excel. 

aku harap nia boleh cope. sebab teacher smart reader dia cakap language dia takde masalah. dia agak cemerlang tang bahasa2 ni. baik english, malay mahupun mandarin. teacher mandarin pun cakap she's catching up. kira on track lah and ready nak masuk darjah 1. cuma mathematic kena brush up. takpe nia, mama tolong apa yang mampu. tak nak bagi nia pressure je. 

korang jangan kata aku x concern bab agama lak. dia solat dah ok. bacaan dalam solat semua dah lama dah tau. mengaji pun dah boleh. cuma aku tak monitor je. teacher kat sekolah smart reader yang ajar. kat rumah dia buat revision je. aku dengar je. 

macam2 dalam kepala ye. baru lah rasa apa yang mak ayah kita rasa dulu. macam mana bersusah payah diorang nak memastikan kita buat yang terbaik dalam pelajaran kita. now i feel u mak. doa banyak2 diterangkan hati anak3 aku nak menerima ilmu yang diajar nanti. awal lagi nak nervous eh? gamaknya aku ni nervous sampai lah next year bila nia masuk darjah 1 esok. 

lagi satu apa tau, nia ni halus nye lah. sama besar dengan bag rasa nya ni. boleh ke dia bawak diri esok ni. punya kecik nye dia patut masa practice concert patut dia jadi drummer. siap dah practice tapi bila tgk ketinggian dengan drummer yang betul x nampak muka dia. adoi lah. so dari drummer kena main instrument lain. sayanglah. gitu lah kecik nye anak aku ni.

akhir kalam, aku nak wish selamat tahun baru hijrah kepada semua reader. tahun baru. azam baru. semangat baru. buang segala negative vibes. upgrade diri untuk jadi positif sentiasa. mudah- mudahan. nanti aku update lagi apa plan aku untuk nia. kot dah register extra classes ke untuk dia kan. memang ada beberapa plan lah. tu gambar pagi tadi. semua dah mandi tengah breakfast.

1 comments:

Anis said...

Baru darjah 1 mcm2 kelas ko enrol anak ko aly.kalau aku jd nia sure aku stress! Hahah

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in