Skip to main content

haji moktar & hajah fatimah family day 2014

ini adalah entry terakhir backdated. lepas ni hopefully, harap2 nya entry2 yang akan datang adalah current date or probably not so back dated macam ni. sebab sayang gila kalau tak cerita. bila aku dah nampak gambar2 benda2 yang aku buat dalam blog, aku baru rasa boleh delete gambar kat hp. hp aku dah full. dari gambar raya sampai gambar event terbaru ni. alasan untuk membeli iphone 6 128GB mungkin. ;)

ok event terakhir pada bulan ini adalah acara yang ditunggu iaitu hari keluarga family belah ayah aku. untuk julung2 kali nye diadakan. ingat senang ke nak gather all family member semua ni. dari nak cari date yang available semua ada sampai lah nak tetapkan berapa orang yang boleh join. tapi kalau nak ikut kan ramai family member nye. tapi tak ramai lah yang sporting bab2 ni. bukan lah nak sporting sangat pun, kira objektif dia nak merapatkan hubungan silaturrahim. 

so, tah macam mana, dari group admin whatsapp sampai ke bendahari kutip duit utk yuran bulanan sampailah jadi organizer family day, aku dgn cousin aku kak yan. gigih nye kitorang dua. mujur jugak lah tempat keje dia dgn aku dekat je. aku kat setiawangsa, dia kat wangsa maju. so dah nak dekat dengan event tu boleh kata selalu jugak lah kita meet up untuk discuss family day ni. gitu gini, tiba hari yang ditunggu. 

siap buat flyers lagi tuh. hahahaha.. gigih katanya.

 malam tu aku tido lewat sebab settlekan baju melambak tak berlipat semua. then tak larat nak packing. aku tido pukul 2 pagi. then bangun pagi settlekan barang2 lagi. pakcik ni sokmo enterprame.

dalam masa sama ayah aku tolong kitorg tempahkan banner. ada terfikir pasal banner tapi tak mintak tolong sape2 nak execute benda tu. then tetiba ayah aku tanya pasal banner kat group. sudahnye ayah aku yang buat. aku design cincai aje. mujur ada kedai yang boleh siap dalam masa sehari. ni ayah aku collect kat seri iskandar sebelum gerak ke kalumpang.

dalam tentatif kata berkumpul kat sg buloh pukul 10.30 pagi. tapi haram sorang pun ikut. so jumpa kat sana terus. pukul 12.30 tgh hari. kitorg pun keluar agak lewat tapi mange to arrive time lunch hour tu. lunch ada disediakan. tempat dia kat kalumpang tak jauh dari exit tanjung malim. ni parking penuh gila wan parking membukit kat atas nun, mak oi, kecut perut mak nengok dia bawak kereta naik. 

holiday kampung style. lauk pauk pun kampung style. simple tapi sedap!

masa ni pukul 1 lebih. boleh check in pukul 2. so lepak2 kat cafe ni je dulu.

dah pukul 2 kita pun check in. kitorang book 8 chalet. 4 chalet kat entrance untuk family member yang ramai. chalet camar. 4 lagi mengadap sungai. chalet kasawari. mengadap sungai ni semua kitorg punya lah. very2 nice.

telematch pukul 4.30petang so ada banyak masa lagi. apa lagi, memasing dah menggelupor nak terjun sungai. especially adik2 aku. niadel pun sama.

adel tak lama lah. dia cepat menggigil. nia masih lagi bertahan. tengah bergembira.

nia dgn isya tu pangkat makcik. tapi si nia slumber je panggil farisya.. farisya. saba je lah aku budak ni.

2 orang dugong terdampar tersangkut dibatu. siap sewa pelampung.

syok lah. keluar bilik dok tepi sungai. boleh terjun sungai. rafa, tak nak mandi sungai?

bersendu! town boy sangat kan

tak cukup dgn air terjun, ada jugak area untuk budak2. niadel sambung kat sini. adel dok tebing je. sejuk and takde pelampung katanya. aku pulak lupa nak bawak. banyak benda kena ingat.

dah duduk diam2 dalam bilik ni.

ko mengintai dari tingkap je lah rafa ye..

dekat pukul 4.30 tu announce kat whatsapp berkumpul dulu kat cafe then pegi tempat telematch sama2. cantik kan?

group photo dulu. ni lah tshirt family day yang pertama kami. design oleh akmal. depan belakang tepi tshirt ada design. color pilihan oren sebab buat kat dalam hutan biau orang nampak. nak bergerak ke kanopi

 telematch ada 4 group. ni group opal. over sangat group ni tau!

group aku. amber. pembahagian group adalabut undi. syarat dia suami isteri takkan duduk dalam 1 group.

group garnet

group ruby. macam tak puas hati sebab group ni semua badang2.

acara pertama ialah mumia cantik. balut dgn 2 gulung tisu. ni group bersorak ni. bajet menang ke apa?

acara kedua, bowling kelapa. steady pakcik!

ada pulak tukang sapu daun kat kanopi ni kan..

atuk jadi AJK jaga cucu. sementara mama dgn papa nye main.

lepas tu acara isi air dalam botol. aaa hat ni group aku menang. game lain semua kedaung.

lepas tu acara belonku sayang. 

group sendiri dah kalah pegi kacau group orang. banyak perang saiko diorang ni. aku pun apa lagi, main kan peranan. tapi laki mak tak makan saiko. dia bab baling sambut ni memang terror.

 acara grand finale tarik tali. ini final round. group opal vs ruby. aku nak bagi group ruby menang sebab group aku bagi kemenangan free kat opal. tak puas hati punya pasal. hahahah..

ha naik biru muka kau ye nal nak kalahkan group badan2 tu. 

sampai tergolek dok pakej terputus terus selipar mahal kau ye. padan muka kalah. hahahahaha... marah kyan kalau baca ni :p

lepas habis acara telematch semua pakat terjun sungai balik. nak jadi cite masa nak start tarik tali tu aku diserang migraine. aku cam ah sudah. malam kang nak emcee-ing. then settle tarik tali terus balik bilik and baring kejap. lumur dengan pan away YLEO (young living essential oil) lepas tu bawak baring kejap.

malam kita hanya slot in acara bbq dinner and prize giving ceremony. tapi kita ubah schedule, lepas maghrib kita adakan majlis tahlil dan bacaan yaasin untuk arwah atuk, nenek, maklong & makcik siah yang baru meninggal dunia. tahlil lead by ayah. dewan pun request last minute. mujur dapat dewan untuk group kitorang je. masa ni aku masih lagi migraine.

lepas majlis talil terus begerak sama2 ke kanopi untuk BBQ dinner. memang time kitorang datang cuaca tak menentu. tapi alhamdulillah time telematch tak hujan. malam tu je hujan tapi tak lebat.

hadiah yang menanti semua family. untuk group telematch and lucky draw. AJK hadiah telah menjalankan tugas dengan sangat baik. 5 penggal lagi ye makcik2 semua

acara penyampaian hadiah diselang seli dgn lucky draw. ada  7 family so start dgn tempat ke 7 utk lucky draw. time ni alhamdulillah aku dah ok.

ni lah group juara. team opal. seronok ye.

group ruby naib johan

group amber tempat ke-3.

group garnet tempat ke-4. takde hal lah tempat first ke last ke. yang penting semua sporting2 belaka.

top 3 hadiah lucky draw dimenangi oleh family ayah ditempat ke-3

 family aku tempat ke-2 lucky draw.

grand prize lucky draw dimenangi oleh family abang aznee.

acara penutup ialah bacaaan doa oleh ayah. alhamdulillah selesai hari pertama dengan jayanya.

settle semua, ada yang balik bilik dah and ada yang lepak lagi sembang2. sambil discuss next year nak pi mana. lepas 1, ke 1 topic sambung kat bilik. mak aku alhamdulillah dah sihat and syok tgk mak dah banyak sembang balik. amboi, apa lah aku sembangkan tu. tak lama pun, lepas tu wan call, rafa dah nangis nak candu dia.

esok pagi nye bangun breakfast. 8.30pagi berkumpul nak amik group photo sekali lagi sebelum balik. ni yusuf dgn adel. semua tak mandi wei. tak sanggup sebab sejuk!

masing2 yang tak mandi. ke family aku je tak mandi?

1 last photo sebelum semua bersurai.

lepas tu apa lagi, mandi air terjun time. sambung picnic. mujur lah chalet river view so mmg kitorg conquer lah. bukak hamper di agih kan

ayah aku pun masuk sungai jugak. mmg syok lah

ramai life guard masa ni.

sempat lagi meeting dalam ni. ada plan nak buat something. rafa rilek je tido minum susu dgn aku

last 10 minutes nak berendam. towards the end tu aku rasa best lah mandi sungai.

alhamdulillah, 1 lagi percutian yang aku rasa sangat fresh and aku rasa best.

misi 2015 : pulau perhentian. moga menjadi nyata.

Comments

Ilyani said…
best nya ade family day cmni :)
eynda said…
Bestnya family besar...pastu tengok sungai/air terjun tu... terasa sejuk sampai kat rumah ni hehe..
Ztee_Azwanis said…
gmbr pakai xde watermark dh ke alya... zt pun mls nk berblog 1 hal sbb nk letak wm tiap2 satu gmbr.. so pahni tkyh je lah ltk wm

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!