Rafa kat taska

Dah seminggu rafa kat taska, ok ke? Hantar mana? Berdaftar dengan JKM tak? 

So far alhamdulillah all is well. Baru seminggu ye tak? Camne nak judge. Tapi aku macam rasa attached dgn pengasuh2 dia. Ada 2 orang yang jaga baby. Baby betul raf sorang je. Then budak 7-8 bulan dah merangkak pun. Tu pasal aku hantar kat situ. Lagi pun dekat dengan rumah. Lagi pun taska tu saja own 3 rumah. 

Corner lot dia buat tadika, tengah dia budak besar niadel. Tingkat atas tempat tinggal pengasuh. Rumah sebelah lagi tempat raf transit. Tingkat bawah budak umur 2 tahun ke bawah, tingkat atas pulak baby2 yang tak boleh jalan lagi. Raf dok situ. 2 rumah tu attached melalui dapur. So agak luas disitu kan? Idak dolonggok semua kat 1 rumah. 

Pengasuh ada lah aku nampak 4 orang. 2 rumah sini, 2 rumah sanun. Tu pasal kitorg hantar dia kat situ. And also based on the parents punya review. Asal nampak parents je aku interview. Soalan wajib anak selalu sakit tak? So far, review nya ok lah. Lagi pulak pengasuh kat sini dah keje dekat 5 tahun.

Aku kenal 3 orang je. Cikgu lin, kak yati dgn akak tak tau nama. Dia bisu. Menarik disitu. Selalu cakap pakai bahasa isyarat. Such as kalau aku hantar tu dia akan buat sign tanya rafa dah mandi ke. Baik akak tu. 

Aku bila tgk orang kurang upaya macam tu mula lah hati tersentuh. Lagi pulak dia jaga anak kita. Dia selalu cuba nak address aku puan dalam bahasan dia. Sangat touching disitu. Most of the time aku amik rafa pun dia yang dukung anak aku.

Rafa ni few times aku fetch dia mesti atas dukung. Aku tau lah dia ni kadang tak boleh diletak. Kesian pulak akak2 tu. Ater nak kelek anak aku je ke. Kesian. Kesian sokmo aku ni.

Baru nak masuk story nye ni. Kau kemain panjang mukadimah. Citenye aku smlm dgn harini bagi makanan kat diorg. Ala bukan apa pun, kek dalam tupperware tu dengan harini bagi keropok. So semalam tu lepas bagi cam biasa lah say thank you. Then aku masuk kete. Amik masa lah nak keluar kan. Ater anak ramai dalam kereta katanya. 

Sempatlah nampak akak2 tu terus makan kek yang aku bagi. Ok lah kan. Takde apa. Then harini aku bagi keropok tu kan, same thing jugak terus depa bukak then makan. Aku cam touching pulak. Mesti lapar or tak sempat nak makan petang kan. Sbb nak uruskan budak2 balik nantikan.

Dan lagi kak yati tu puji aku. 'Puan baru bersalin badannya cantik' ha kau! Sebab aku bagi makanan kot eh? Kahhhhh... 

Adoi kak, ko tak tau laki aku buat lawak "eh tayar moto abang dah botak lah. Nak kena tukar tayar" aku cam "ha tukar lah". Dia jawab apa? "Tu nak spare tyre kat perut tu" kasaq sungguh lawak mu itu bang.

Tu membawak kepada bilalah aku nak kurus ni... Tertekan bila pakai baju seluar tak muat. Sikit je lah yang muat. Siap wan cakap nak keluar bawak spare seluar takut tertetas nanti. Kuajaq kuajaq... Takpe2, motivasi untuk kurus ialah jangan beli baju seluar baru ye. Kena make sure bole pakai yang lama semula. Ni aku lah kan. So far semua sendat mendat lagi. Yang bole kancing size 27 je. 25, 26 hanya untuk dilihat je. Sabar2, tunggu 2 bulan lagi. Jenuh lumur biolangsing ni.

Patah balik cite pengasuh rafa tadi, moral of the story jangan berkira dengan pengasuh anak2 kita kan? So that dia jaga anak2 kita dgn elok. Bukan mintak balasan. Konsepnya, orang berbudi kita berbahasa. Gitu.

Panjangnya aku membebel. Pakai phone. Tgh nyusu pun boley. Ok later! 

Latest them... Macam mana ke nak centre kan ni? Lantakkan...

3 comments:

Zura@Iwan said...

wah...
ko kurus dr ak beb
ak pon now pakai seluar jeans size 31-32..huhu

Elyn Sani said...

Hahha gile kasar laki ko perli! Terkekek aku membaca smp bgn faiq. Ampun.... Laki aku pulak x berckp, tapi dibelinye korset full body, lotion tah apa kejadah. Takpe beb. Ini semua cabaran kurus. Aku tggl 3kg je nk dpt kan berat sblm kawen. Hew hew chaiyok2!

Alyyani Anuar said...

zura : tak kurus lah weh. dulu kurus lagi. huhuhu..

elyn : ye suka nau main kasar. takpe cabaran utk aku kurus! hehehehe..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in