Skip to main content

check up semalam : CTG & VE

semalam check up. check up 39 minggu. not really at 39weeks. kiraan sebenarnya 38minggu 5hari. lebih kurang, kurang lebih lah kan. kebetulan masa aku jumpa doktor tuh perut aku mengeras. so nak sampai ke bilik doktor tu pun becinta. and yes, i'm all alone. superwoman lah aku ni. kahhhh self proclaimed. 

aku masuk2 je kat bilik doktor terus "doctor, please take my baby out...." sambil oh eh oh eh. hahahaha... so doktor pun yakin je menjawab "boleh. bila u nak deliver? khamis or jumaat?" well swasta, ko mintak je semua dapat. ikut nafsu mmg nak admitted je. sebab tak melarat.

so doktor bagi rileks kejap and baring. nak buat VE (vaginal examination) a.k.a bahasa bukan saintifiknya seluk. pintu nya tertutup lagi. kepala baby masih 2/3 engage. ada lagi 1/3 nak kebawah. then scan pulak nak tgk air ketuban. air ketuban kurang lah pulak. berat baby dah 3.2kg.

so doktor suruh naik labor room untuk buat CTG. whether baby's condition is ok. CTG dalam 20 minit. sepanjang CTG, ada mild contraction and perut dok ngeras je. term dia "tightening", tightening & contraction ni rasa dia mmg sakit. tapi contraction sakit lagi lah kan. so skang dah hujung2 ni aku dok rasa tightening tu lah. 

itu yang membuatkan aku tak larat. jujurnya mmg dah tak larat. tido tak kena, jalan tak kena, duduk tak kena, apa lagi nak drive. masa tgh buat CTG tu sembang2 dgn midwife saje tanya advise. "camne kak? nak induce ke tunggu?" midwife cakap "buat apa ko nak paksa2 budak tu keluar dik dah budak tu belum ready nak keluar lagi? anak ko dah turun ni tunggu masa je. ko tunggu je lah". tapi kalau waterbag dah makin kurang aku mmg kena induce.

hmmm.. ye gak eh? cite macam adel dulu lah. kalau ikut give up, mmg give up dah. kalau dulu overdue with 1 toddler manageable lagi. ini overdue with 2 toddlers aku rasa sangat sangat penat. diduga lagi dengan wan pulak baru je keje kat tempat baru start semalam. which tak boleh lah nak buat macam company sendiri lagi. pegi keje kena lah awal, balik keja kena lah lewat kan. so agak huru hara disitu.

even though aku dah start MC start dari semalam, aku still rasa tak selesa serba serbi. well, at least separuh hari niadel ada kat sekolah kan? 

lepas CTG, jumpa balik doktor. CTG seems fine. contraction takde. baby's movement ok. so doktor bagi tunggu sampai next check up. kalau air ketuban makin kurang, aku kena induce lah. so mentally and physically aku kena kuatkan semangat bertahan. sebenarnya, mulut je kata tak tahan, tp bila dgr word induce tu fobia. again, terbayang bayang cerita beranakkan nia 5 tahun lepas. ngeri bab induce, jalan tak bukak, baby stress, zass ceaser....

so sabarlah wahai hati. and to baby R***, mama tak nak overdue. I'm ready whenever your are ready to come out ok!  korang doa- doakan lah semua nya dipermudahkan. kalau by 5th aku tak deliver, aku balik perak lah. kot dia nak IC perak jugak ke kan. ikut kan je lah. wan pulak, dia tak kisah, aku nak serah diri ke tunggu ke, nak zass terus ke, its up to me. dia follow je.



gambar semalam lepas amik diorang. adel demam panas 3 hari lepas. muntah2. so as expected, nak dekat jadi kakak mmg akan sakit. ready gak ah. mujur semalam dah settle. nia pulak malam tadi "mama, october dah kan? baby tak keluar lagi?" almaklumlah dia dok menghitung bulan jugak. mama jawab "cuba nia tanya baby, bila nak keluar.." "baby mana boleh cakap dalam perut mama, baby boleh dengar je" kakak sangat dah nia ni. pagi tadi, kemas tempat tido sendiri. suruh mama lipat comforter je. ye lah, sabtu ni birthday dia yang ke-5. teacher sekolah dia siap whatsapp, tak nak prepare apa2 ke nak bagi nia celebrate dgn kawan2 dia? bagus nye lah teacher2 diorang ni. aku rilek je sebenarnye. tapi since teacher diorang kabo gitu, esok aku pegi beli kek and hantar ke sekolah. goodie bag tak yah teacher kata. baek!

sekarang sedang mengamalkan senaman ini. melembutkan tulang pelvic and bagi cepat turun. budak2 ni pun mengajuk mama diorang. apa2 aje petua nak cepat beranak mmg aku buat sekarang ni. lepas ni nak keluar bejalan pulak. apa lagi aku tak buat??

akhir kalam, sekian bebelan mak buyung yang sedang sarat ini. moga dikuatkan hati dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. aku tau, korang dah tak sabar2 nak tgk adik niadel. so korang bayangkan lah diri ini yang bawak adik niadel. lagi lah tak larat. statement yang sangat bajet retis! kahhhhh... 


Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!