Syawal 1434H di Kajang

tak selesai lagi sessi beraya ni. weekend seterusnya, sessi beraya belah mak ayah aku kat kajang / KL dan kawasan2 sewaktu dgn nya. kalau pegi beraya dgn mak ayah ni ada org tua join sekali, ada lah modal nak sembang. kita follow je. hehehe... modus operandi. jumaat malam diorang sampai sini. yang bekerja hari sabtu semua dikerah cuti yakni wan dgn adik aku ainal. sabtu pagi dah serbu rumah maksu. sarapan kat sana. 

sebelum keluar rumah. aku kat atas lagi tgh bersiap. opah dgn atuk, awat tak sedondon??

rumah 1 : maksu. adik ayah - puchong
muka adalah sangat mengantuk. sebab tido lewat. biasalah, mak ayah sampai lewat, kita pun tido lewat. pukul 9 pagi dah tepacak kat rumah maksu.

bagai orang mengantuk disorongkan bantal. makan nasi lemak best maksu ni, lagi nak katup lah mata. sambal nasi lemak sedap!

nia busy main jenga dgn opah. 

dia kalau dah pegi beraya rumah adik beradik ni, bajet sejam jadi berejam, salam nye dah 10 kali, sampai dah keluar rumah pun tak habis nyembang lagi. gitu lah kan bila lama tak jumpa. ni duduk balik sebab tak habis lagi sembang nye. besar nye aku woi. tq mak su for the marvelous breakfast.

rumah 2 : mak ngah. kakak ayah - cheras jaya
dari puchong ke cheras jaya, rumah mak ngah. 

 bagus adel, pandai buat macam rumah sendiri. keropok dicicahnya dgn air masak.

teko yang rare. :)

seterusnya kita ke taman mesra kajang, rumah paklong. tapi paklong takde kat rumah. then ke terus je ke bangi. tapi paklang takde rumah jugak. so terus ke beranang rumah pakci pozi.

rumah 3 : pakci pozi. adik ayah - beranang
sedap bebeno kari ayam makcik liza ni. bertambah2 makan. sampai kena perli dgn ayah aku. 

tak bergerak2 dari meja makan ye. kat sini mandikan niadel sebab dah petang. tukar baju siap2.

rumah 4 : pak lang. abang ayah. - bangi
lepas tu patah balik ke bangi, sebab paklang dah ada rumah. tu paklang yang ber lebai. 

colorful kuih rayanya. sedap2 lak tu. walaupun dah kenyang, kuih raya pun bedal aku ye.

rumah 5 : pakteh. sepupu belah mak - bangi
lepas rumah paklang, ke rumah pakteh yang setaman dgn rumah paklang tadi. maghrib kat sini. anak ai mmg jakun kalau benda2 tak penah jumpa ni kan. contoh, buaian ni. 

makteh yang duduk sebelah mak tuh. settle maghrib terus pegi rumah pakcik aman kat BTHO.

rumah 6 : pakcik aman. adik ayah - bandar tun hussein onn
mee goreng, satay, carrot cake from secret recipe. rumah no. 6, mau tak meletup perut. kecoh tetap kecoh. live telecast kat whatsapp group. saja bakar line. hehehe..

sembang apa mak?

i mmg selalu org terakhir meninggalkan meja makan. tanpa rasa bersalah :D masa ni dah almost 10. suppose dah janji dgn maknyah nak beraya rumah dia. memikirkan esok nya nak ke daerah lain, kitorg gagahkan jugak ke KL.

rumah 7 : maknyah. kakak mak - bandar tun razak
supper ke sahur ke tatau lah. almost 12am dah ni. seharian tak jumpa laksa. tetiba dapat laksa lah pulok!

rugilah tak makan! makan sikit je, sikit je kan? ;)

rumah 8 : uda. adik mak - batu tiga
ini hari esok nya. ahad. raya marathon bersambung. tak tau nak kata fresh ke lemau. tapi mmg terasa betul lah penat nya. raya punya pasal, on! tu uda.

 niadel jumpa bendera malaysia. adel tgh buat show apa tatau. budak be2 ni request ikat rambut macam princess fiona dalam cerita shrek.

niadel makan mee goreng opah masak. bertambah2 makan. 

aunty agent tupperware. sempat lagi beli se 2 barang. nia tgh busy pilih botol air. pakai duit raya nia eh? tq uda & aunty!

rumah 9 : paktam. adik mak - meru
makanan dah ready. mee kari yo! apalah yang papa korang busy tu ye??? aci zoom gambar ni..

taukey makanan kalau masak mmg A lah. makan bertambah tambah. tgk nia tu. atuk pun sampai hilang kopiah. 

tq mak tam & paktam for the mee kari!

rumah 10 : pakcik mansor. kawan ayah. paya jaras.
kenduri kahwin anak kawan ayah aku, kawan bukan sebarang kawan. kawan sejak sekolah menengah SAAS lagi. 

siap ada gamelan kau. dah rasa mcm konvo pulak.

dan angklung.

2 orang budak jakun tgk org main gamelan. tak bergerak. tu lah rupa ikat rambut style princess fiona. siap kena google dulu ye.

ni lah gang sekolah ayah aku. hope aku punya friendship dgn kawan2 baik aku akan berkekalan dan berpanjangan macam ni jugak. kitorg anak2 pun dah kenal sape2 pakcik2 ni. selalu gak gather.

adel cam biasalah kalau nampak pengantin. menonong je. aku bukan kenal pun. redah je lah. ada lah 3-4 kali dia amik gambar dgn pengantin ni. kesian aku tgk pengantin ni kena layan adel. bunga tangan tu pun dia bekenan, mesti nak pegang amik gambar jugak.

nak balik dah. mak ayah pun nak terus balik perak sebab esok keje.

cubaan mengambil gambar 1 family, masih lagi gagal!

so, kesimpulannya 2 hari, 10 rumah bersamaan dgn pitam! tapi misi success tak pening nak cover beraya lagi. akhir kalam, terima kasih banyak2 kepada tuan2 dan puan2 rumah atas hidangan yang disediakan. macam mana ikhlas pakcik2 makcik menyediakan hidangan, kami juga dengan ikhlas hati menjamahnya. :)

8 comments:

~aSHa~ said...

wah ini betul2 raya sakan...mmg seharian beraya

AieZa said...

Akhir kalam tidak ditinggalkan di perenggan penutup ya.. Huhu.. Nampok dah en wan bz sembang..

Rizziela said...

mcm ni baru puas beraya...dr pagi sampai ke mlm

Alyyani Anuar said...

asha : rutin tahunan. settle awal beraya rumah2 family member, settle 1 bab. kan? :)

aieza : ko lah sumber inspirasi 'akhir kalam' tu. kahhhhh... ye, skang busy udah kalah kita. 24 jam tuh!

rizziela : puas makan. puas sembang. tapi penat badan. tapi puas. :D

Nad MamaZN said...

Byk gmbr time raya!
Best baca n best tgk gmbr
:)

Alyyani Anuar said...

nad : time raya je bergaya sikit. tu boleh amik banyak2 gambar. time lain mcm zombi. heheheh..

eiman's mummy said...

sgt2 best raya adik...kami 3 rumah pun dh tak larat ini 10 rumah...fuh...ngan baby dlm perut lak tu...caya lah..

Alyyani Anuar said...

wan : ye sgt semput. best makan tapi sangat sangat sangat penat. raya punya pasal, gagah kan jugak. kalau ikut tak larat apa benda pun tak jalan ye tak?

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in