Skip to main content

iftar kat rumah atuk kajang

ianya acara tahunan. tahun ni kali ke-3 dianjurkan. tapi kali pertama aku dapat join. sebab 2 tahun sebelumnya clash dgn buka puasa ofis dgn aku balik kedah time tu. apa pun, tahun ni paling happening kot sebab ramai boleh join. sejak2 ada whatsapp group ni, masing2 lebih rapat la. keep in touch and takde yang terlepas info. that's the advantage of having a smartphone. tapi banyak gak yang boleh menjahanamkan!

ok, back to the topic. majlis start pukul 6.30 petang. dengan majlis tahlil sebelum berbuka. we managed to arrive early. early lah sgt. setengah jam awal je pun. hehehe.. masa tu kambing tgh tegolek2 lagi. tahun ni first time ada kambing. hantu2 kambing dah tebeliak biji mata. dah tak tau nak cite apa, moh tgk gambar sambil bercerita.

 sampai2 je rumah atuk, kambing ni greet kita. tempting je rupa kan? tapi sebab ai is tak makam kambing, ai buat dek je.

prepare apa yang patut. orang yang paling jauh sampai dulu. family aku. itu biasa..
 
mak buyung ngempap je lah. time2 gini, aku dah tak leh buat apa.. yang jarang nampak di blog ni, kakak ayah aku, makcik siah. yang duduk kat rumah arwah atuk aku sekarang sejak arwah atuk dgn nenek aku dah takde.

majlis tahlil dimulakan pada pukul 6.30. time ni ramai yang tak sampai lagi sebab jalan jem sebab hari hujan. 

 rumah moyang diorang bergegar- gegar lantai papannya dek budak 2 orang yang tak tau duduk diam ni. 

 sementara nunggu waktu berbuka. yusuf!!! 

prepare untuk berbuka lepas selesai majlis tahlil.

azan je, berbuka dgn kuih muih dulu then solat maghrib lepas tu baru makan nasi. tapi aku pegi makan nasi dulu. maghrib sendiri. mak kalau x makan nasi time buka, gigil2..

tu dia kambing dah tekangkang menanti untuk di lapah. sikit pun aku tak rasa. hehehe..

semua orang dah menyandar kekenyangan sementara menunggu solat isyak

solat isyak seterusnya solat terawikh. ni lah sebahagian family belah ayah aku. niadel time ni pos ke belakang dgn aunty ina deme. bising!

selesai terawikh, makan bubur pulut hitam as dessert. tapau lauk untuk sahur and clear kan apa yang patut. mak jadi dugong la bersidai kat tangga je.

ni lah adik beradik ayah aku. L-R : maksu, makngah (membelakangi camera), pakcik jamal, pakcik poji, atuk nuar, pakcik aman. paklang dah balik awal. makcik siah dalam rumah. arwah maklong dah takde. total ada 9. atuk nuar oh atuk nuar, awat jubah tu nampak dah sendat? :p

ladies in the family. anak menantu cucu cicit.. niadel semalam macam telebih gula dalam badan pulak. dari lepas subuh semalam sampai lah tgh malam tak tido2. tu tgk nia kemain happy semua orang dia kacau. 

raya pun belum tentu dapat gather gini. so mmg tak nak lepas peluang attend event ni. moga ada rezeki, dipanjangkan umur, next year bole join lagi.

Comments

nad said…
Meriah! Best giler kot!
nome said…
aku suka suasana camni...nampak rapat sgt hubungan kekeluargaan tuh...teringat kenangan bersama arwah abah sewaktu abah masih ada lagi...meriah kampung semeyih...sweet sgt! ko nampak comel la beb...seri org peknen...apa yg penting BOBOIBOY!!! :D

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber