2 kali...

malam tadi bawak niadel tgk monster university. baru je duduk kat seat tuh, amik hp nak silent kan then cam biasa lah baca whatsapp yg tak baca lagi. sekali dapat berita sedih dari sorang member ni. buat hati dgn minda terus hilang focus nak tgk movie. especially dalam 15 minit yang pertama.

apa yang 2 kali? actually, malam tadi kali kedua kejadian seumpama tu berlaku. baru duduk nak tgk wayang, amik hp, dapat berita yang sedih. macam dejavu pulak. 

masa 1st time jadi tuh, bawak niadel tgk the croods, sekali dapat berita dari family group aku kat LINE, yang opah aku kena rompak oleh 2 orang lelaki. masa tu serba tak keruan lah dibuatnya. dgn mak aku masih di balai polis lagi buat police report, mmg rasa nak tercabut jantung lah. 

mmg amik masa nak digest bila dapat berita2 sedih ni. second news yang aku dapat malam tadi dari sahabat baik ni, case baby meninggal dalam perut. sedangkan aku tau yang dia sedang menunggu hari nak melahirkan and this is their first child after 5yrs of marriage. masyaAllah hebat nya dugaan Allah bagi kan? 

lagi lah amik masa yang lama nak digest berita sedih ni dengan keadaan aku yang macam ni.

bila tau benda2 ni berlaku 1 je yang aku kena ingat. dalam masa aku bergembira bersama keluarga, aku kena ingat bila - bila masa je Allah boleh tarik 'gembira' aku tu. mungkin '2 kali' berita yang sama aku terima pada keadaan yang sama ni memberi peringatan kepada diri sendiri, jangan seronok sangat dgn nikmat yang ada sekarang ni. sentiasa ingat kan diri sendiri tak selamanya aku dan family berada dalam comfort zone sekarang ni. Allah kalau nak duga, time2 ni jugak Dia bole duga. 

betul2 muhasabah diri...

Wallahu'alam...

3 comments:

Nad MamaZN said...

Allahuakbar!
Salam takziah buat kawan alya
Moga dia tabah
Berat dugaannya tu

Sama2 kita muhasabah diri
Terkesan pada saya jugak...

Zura@Iwan said...

betui tu alya..
sentiasa muhasabah diri kan..

kdg2 jgn tlalu gembira, kdg2 rasa terlalu takut nk gembira..huhu

tu la org2 tua kata..jgn gelak sonok sgt..nnti lps ni nangis..ada juga benarnya..hehe

takziah buat kwn alya tu..mmg sedih stlh 5thn tggu..dh tggu ari bb dh meninggal..ya Allah hebatnya dugaan Allah buat kwn alya...

Iela Fazielah said...

allahhuakbar.. betul2 muhasabah diri..
insyaallah... jaga kandungan baik2..rajin2 solat sunat n berdoa..
agar baby sentiasa sihat, cukup sifat, mudah dilahairkan dan panjang umur... thats y kak ila takut nak ngandung lg... byk dgr kisah mcm ni n diri sendiri pun dan mengalami... mudah2kan semua selmat dan ok..amin

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in