mickey mouse through out the years at midvalley

selesai pindah randah, aktiviti seterusnya memenuhkan ruang yang ada dalam rumah. survey macam- macam barang. tapi sabtu pagi tu, orang wiring datang betul kan plug water heater dengan kipas yang bergoyang kat dapur. and of course bayaran terakhir kepada mr jackie.

pukul 12, ah sang plumber datang nak pasang sinki kat dapur. sejam jugak buat nya. wan sempat lari jap beli pili paip. sebab kitorg tak tau plumber nak tebuk dari bawah or dari dinding. dah tau, terus pegi beli.

adel mengadap ahsang buat kerja. dah settle semua, kira KC aku ni dah complete la. apa tunggu lagi? boleh lah memasak. tapi wan ajak makan kat chillis sebab dia rindu kambing kat situ bukan rindu air tangan bini dia. kahhhhhhhhh... terus siap2, menghala ke midvalley. 

dari luar MV dah nampak banner mickey mouse through out the years ni. ape ke benda lah ye. MV on weekend di tambah dengan cuti sekolah packed as usual. tapi kitorg kan jenis bertabah hati and selalu nasib menyebelahi kami. asal masuk parking lot, mesti dapat parking. gitu tau. 

ni lah yang sedang berlangsung kat MV. tapi sebelum kelebek patung2 mickey yang sedia ada, isi perut dulu. 

baiknya anak2 mak. takde maknanya...

haritu order dessert yang tak pernah pun kitorg order unless ada apa2 yang special. special nya, dessert ni untuk rania yang perform untuk pertengahan tahun sekolah dia.

mmg sedap nak mampus kalau dapat makan ni tgh panas2 pulak tu. tapi next time tobat nak order lagi sebab kalau takat perut kitorg ber-4 tak muat nak sumbat semua. kalau makan ramai2 wajib order. haritu masa parents-teacher meeting sekali dgn amik result nia, macam2 lah teacher cite pasal nia. aku pun kembang buntut mendengar nya. macam, ye ke? tak sangka la gak. maknanya kita kena double up the effort untuk maintain dengan apa yang nia ada sekarang ni. go nia go!

settle makan, kitorg pun merempuh la nak amik gambar kat center court ni. merempuh? ye merempuh sebab umat punya ramai. semua nak amik gambar dengan this gigantic mickey mouse. nia cam biasa, pemalu.

makcik sorang lagi ni pulak, tak nak turun. benda ni berpusing 360 darjah ye.

mickey mouse ada dalam pelbagai design and size. mmg menarik. tapi tak lalu nak kelebek semua sebab ramai sgt org.

mickey mouse lagi...

dan lagi..

dan lagi! asalnya nak pegi sini nak beli water bottle nia. sebab yang sedia ada tu bukan BPA free. alih2 terbelek benda lain. sebab adel pegang minnie tak nak lepas. tah murah ke tak aku tak tau. aku tgk ramai yang beli murah la kot. yang paling besar harganya RM129. murah ke? aku nak beli yang besar tu, sama besar dgn nia kata susah nak peluk. oowhh gitu ye. papa tgh membelek nak beli mana satu untuk anak2nya.

ini lah hasil tangkapan diorang. sorang dapat 2. yang minnie tu RM49.90. chipmunk tu RM29.90. mahal ke murah eh? size dia separuh adel.

kakak dia amik donuld duck. lagi besar dari minnie adel rm49.90 gak. dengan seketul chipmunk.

ok dah tu je. boleh lah bawak anak2 tgk mickey mouse. mmg ada banyak. dalam cermin kaca pun ada beratus, ada yang disalut dgn emas semua. aku nak snap pun tak daya. lama lagi sampai 17september2012.

8 comments:

Nad @ MamaZakwanNayli said...

murah le tu kot!
bestnye!!
sorang dpt 2 plak tu!
mmg best! nk 1, hehehee

saya ni, dah dekat 6thn tak jejak MV
kalu gi , mesti terkujat kejap , hehe

Iela Fazielah said...

alya....luasnyer dapur! best giler.. buat kenduri pun seronok nnt kan..leh bersila kat dapur ramai2... insyaallah hujung minggu ni leh la dtg lawat...last week momok mmg de pun..dia gi fishing kat kenyir..

Princess Solehah said...

kak, tak sabar nak tengok hasil sentuhan kreatif akak mendeko rumah hehe. Cepat2 tau, pastu buat entry heheh

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

murah rasanya, sbb kita beli untuk balqis Minnie tu kat parkson regenya RM69.90, tak berkesempatan nak tengok mickey mouse ni...balqis sure suka

amal_fc1303 said...

dah mickey mouse la plak. penuh rumah ngan anak patung.

Anis said...

wei, aku pun kat mid valley hari sabtu. x terserempak dgn ko je. aku xde la pegi tgk mickey mouse tu sgt sbb izz tido. hehe. dh nk balik br dia bgn.

Iryani Noor said...

wahhh luas nyer dapo.. best2.. kalu rumah yani, masuk 2-3 org confirm berlaga2 buntutss.. kekekek

pst: pasni haruslah bnyk entry masak2 =p..

Anonymous said...

Wow that was unuѕual. I just wrοte an reаlly long comment but after I clіckеd submit
mу comment didn't show up. Grrrr... well I'm nοt ωritіng all that ovеr agaіn.
Аnyway, јust ωantеԁ tо
say superb blοg!

My homepage - Pink Battery Operated Cars

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in