skodeng field trip nia

harini dalam sejarah, nia pegi rombongan sekolah. mak dia yang over. banyak lah kerisauan yang bersarang dikepala ni. siap mintak cuti sebab anak nak pegi field trip. boss tanya, parents boleh ikut ke? aku cakap, tak boleh boss, tapi saya nak skodeng. lailahaillallah... kata boss aku.

senangnye nak kejut anak pegi sekolah pagi bila ada field trip. dari malam tadi dah pesan tido awal. tapi mak nye yg tido awal. papa kata, sape yang menggeletis nak pegi tgk upin&ipin ni? kul 7 nia dah bangun, mandi pun senang. semangat! tak nak minum susu, tak nak bawak susu katanya.

risau takut tak makan nanti nak tunggu lunch, bawak nia makan pancake kat mcD

dia yang mintak makan pancake kat mcD ni. lagipun lama tak bawak ke mcD tu bawak dia ke situ. adel, papa dah hantar awal lagi ke nursery.

then terus hantar ke sekolah. wah2, sekarang mama hantar tak drama dah. ke sebab nak gi rombongan? menonong je duduk sebelah kawan- kawan dia. 1 teacher akan handle 12 students. which aku sgt risau sebenarnye. kot nia nak apa2 nanti camne? ye lah, kita mak2 ni, mmg paranoid. padahal diorang ok je. yang jadi risau sebab nia kecik lagi. belum 4 tahun dah gi rombongan kan. kalau kata bukan pegi les copaque studio mmg aku tak bagi kot. sebab ni pegi 1 tempat je. tak perlukan banyak bejalan. so, bagi je lah kan.

parents tunggu kat bawah. then budak2 pun turun, pakai kasut dulu. ok, pass. nia duduk in group.

ni bff la ni. amanda dgn ciknor. ciknor aku baru kenal tadi. sebab selama ni dok dengar nia sebut nama je. dapatlah berkenalan jugak dgn mak ciknor. tanya lah full name ciknor. mak nye jawab siti nurhaliza. wah, kelas nia bff retis! hehhee.. ikat rambut 2 pun diorg request sebab nak sama. menurut kata mak nya.
dah nak naik bus. lepas tu tak nampak dia duduk mana. risau lak aku rasa nak naik atas bus nak make sure elok tempat duduk nya. kot jatuh ke nanti. amboi, ingat mak rania ni rilek je, paling over rupanya. owh ada lagi over ye. siap opah menghantar cucu begenang ayor mata ye. riso ke cucu. parents kat situ tau aku nak follow (skodeng) siap pesan mintak tolong tgk2 kan anak diorang. aku bukan apa, just to  make sure semua budak in group and tak terkeluar group.

ni betul puya skodeng. siap follow bus yo. hahahah... bila lalu toll, aku lalu smart tag, kena lah berenti tepi jalan tunggu bus datang. then follow balik. hahahah...

dalam kul 10 pagi, dah sampai. tapi bus ni sesat ke apa aku tak pasti. sebab tak nampak bangunan upin ipin nya. kalau ikut alamat les copaque kat jalan boling padang. tapi bus berenti kat jalan taekwondo. ke sampai awal wallahua'lam. then bus pun gerak balik lepas berenti dalam 10 minit. oh, masa naik bus students diberi roti gardenia coklat dgn sekotak air untuk breakfast.

dah sampai. cari port nak parking kereta dulu.

menyorok tgk diorang turun bus and masuk kat ofis les copaque. hahahah.. gila rasa mcm penjenayah. dah lah panas terik. menyorok dibalik kereta pulak ni.

 nia dah masuk dalam ni. ok, mama nak buat apa lepas ni sementara menunggu partner in crime datang ni?

 
diorang akan lunch kat sini. opposite office dia. sebelum tu nampak diorang naik ke tingkat atas. ingat kan diorang lunch kat atas then aku teralit jap sebab ngadap tab, bila partner in crime aku dah sampai, nampak budak2 tgh lunch kat geng's corner kat bawah ni.

sebab naik kereta lain, so partner in crime boleh bawak aku lagi dekat nak tgk nia. tu nia dari belakang. siap berdiri atas kerusi makan nasi ayam. siap tgk apa diorang makan. hehehe.. orang2 keliling dah pandang senget je kat aku ni. mcm nak merompak budak ke apa. slumber je aku amik gambar bagai. nak elak dari teacher dgn nia nampak je sebenarnya.

partner in crime kawasan shah alam ye. kawasan bangi lain. thanks bed sebab sudi teman aku. lunch sama. tolong skodeng nia.tegelak2 bed nengok pe'el mama nia skodeng anaknya. settle lunch kat tesco sebaelah les copaque studio tuh, terus balik ke studio tuh, then nampak budak2 dah ke upin&ipin boutique 1 row dgn ofis dia. teacher ada tanya kalau nak beli merchandise. so aku bagi la RM50. teacher akan beli kan. teacher cakap cukuplah. ada parents bagi RM150. wah!

lepas dah selesai misi skodeng, terus je aku balik. tgh rumah jap. then terus pegi tunggu kat center. tgk2m bus dah sampai pun. dalam kul 3 gitu. nia turun, nampak mama menangis mintak susu. nampak letih sangat. tapi balik rumah, siap mandi, kelebek barang yang dia dapat / beli. sweet la jugak bila nia kata mama, ni untuk adel. means dia ingat kat adik dia. besar dah anak mak. lepas ni, nia ada field trip, mama tak skodeng dah. tapi kalau adel pegi field trip, mama akan skodeng lagi. hehehe...

aku tau nia sangat seronok dengan trip tadi. mama happy bila anak2 happy. tak gitu?

11 comments:

Yaya Azura aka Naz Azra said...

wah mama nia,mmg excellent lah projek skodeng! haha..
ye la kn , kecik lagi..mau tak bimbang

Mak said...

Mak bangga le dik sb mak dulu pun cam tu tahap kerisauan terlalu tinggi apa pun nia dah melepasi ujian bagus cucu opah. U are great dear.mis u all

Elyn Sani said...

ekekkee tergelak2 aku baca ko skodeng nia smp amik cuti. tapi mmg gitu la naluri mak2. asal anak nk gi mana2 tanpa kita sure la rase ragu2 tu ade. aku nanti tah camne lak ek! huhuhuh

Nida Mohd said...

Tergelak saya baca mama nia pegi skodeng field trip..tapi kalo saya pun mesti buat benda yang sama sebab nak pastikan keselamatan anak-anak..bila tgk dia pandai jaga diri barulah hati rasa lega untuk lepaskan pegi field trip seterusnya.. :)

LeaKhalid said...

bestnye pegi jmp upin ipin..kalo khalif n khilfi pegi nih..sure takmo blk..hehehe

izzah azfar said...

hehehe...

kak alyani : kang anak nak g jumpa pakwe mesti mak skodeng gak :p

comel je.

Nad @ MamaZakwan said...

wahwahwah..semangat kak alya ni tau, hhahaha!!

lawak pun ada gak..

kak, siap spek itam ngan baju raincot labuh tu tak? hikhikhik =p
cam insprektor sahab le pulak ;)

alhamdulillah..nia dah selamat pegi n balik rombongan ;)

Mama Likha said...

Tulah.. Nmpk alya mcm jenis relax jer tp tk sngka mcm ni errkk.. Demi anak kan?? Lumrah mak2 kan hehehe...

Nana Aziz said...

taska ukm pun byk trip, tiap2 bln kesana sini...sama la ngan aku dlu ms pertama kali ariana ada rombongan..riso cuak mcm2 rs. kejap2 call cikgu. sblm berangkat tu, berbakul2 pesanan dh pesan utk ariana. jgn jln sorang2, jln ramai2, jln nakal2, dgr ckp teacher..mcm2 la mama dia mbebel. last2 ank aku ckp, mama dh la tu, stop la ckp, mama ni byk ckp la..blh??haha..

Iela Fazielah said...

bagustu siap skodeng... kalau momok...xkuasa nak melayan...tp nampak sgt seronok bebudak tu

r|nA @ ja|j|na said...

ahaha, lawak tulah alya ni..nanti daku pon begini jugak kot, if echa ade trip pegi memane..echa tu jenis ikut kepala dia, takut cikgu tak cukup tangan nak handle dia sorang..mmg betul, kerisauan hati mak² terutamanya, adalah melampau, ahaha..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in