Skip to main content

chaotic weekend

yang kata malam sabtu nak ke ofis tu, pergi jugak. hati ni tak tenang bila teringat document kat office semua tak in place lagi. banyak nau dilema nya. lagi satu risau on adel's condition. tapi sebab haritu dia light fever je, bagi ubat pun setiap 8 jam, so pegi jugak lah lps maghrib. pegi ofis ikut pekan cina. haaa, apa jadi haritu, traffic light rosak la pulak. patut tak sampai setengah jam bole sampai ofis, satu jam ada kot. jalan jem teruk. teruk gila2 lah.

sampai ofis, parking depan ofis, dinner kat maulana dulu. tah apa hal lah haritu, lembap segala. dapat order pun lembap. gitu gini, kul 9 jugak lah masuk ofis. apa aktiviti 3 beranak masa mama tgh buat kerja? macam2. berkecah ofis dikerjakan.

dinner kat maulana.

sampai papa habis makan pun aku nye order tak dapat2 lagi. tensi2..

sukar gak nak buat keje bila budak2 ni ada. especially adel. tapi manageable lah. janji dia ada dekat mama

nia tolong mama cek dokumen

lepas tu 3 beranak ni main golf pulak

dah macam sapu sampah je adel.

bila kayu golf dah kena 2 orang ni punya kepala, menangis, terus tak nak main dah

bila 2-2 dah tido, baru mama full swing buat keje. papa pulak tgk bola kat maulana sebelah. elok je diorg tido atas lantai. alas sejadah je. lena sampai ke pagi. pagi? yup, sampai pukul 4 pagi aku dah surrender. kena balik ni. rasa dah prepare apa yang patut. tapi banyak jugak yg tak prepare. siap document 2007 aku campak mana tatau. bole jadi hilang masa pindah ofis, nak pulak aku tgh confinement bersalinkan adel.

so, terus balik rumah. nia menangis bagai nak rak sebab ganggu tido dia. adel elok je bejaga. mujur lah balik rumah tido balik. konon nak tido sampai tengah hari tapi pagi mata tekulat2 celik. niadel dah bangun. mmg weng lah. dalam tengah hari, aku sambung tido balik. tgk kat hp, niadel berparty sendiri.

berparty. almaklum mama takde buat birthday party.

demam adel time ni under control lagi. mama betul2 pengsan time ni agaknya. papa yg jaga diorg.

pukul 2 kot aku bangun. hahaha.. tgk hp adik aku ina msg kata mak nak turun kl. aku hah? panic! terus call mak betul ke? apa lagi, laki bini lintang pukang bersihkan rumah. wan vakum rumah, aku lipat kain. kang mak pak aku nak tido camne kalau kain penuh sekatil. hahaha.. mmg kelam kabut la. short notice kot. biasa bagitau sehari 2 hari. bole bersihkan siap2. almaklum, rumah kitorg ni 24 mcm tongkang.

dan jugak keluar lepas dah settle2 tu, sebab pampers adel dah habis, ubat gigi nia dah takde, susu diorg lagi. balik rumah malam, tetiba nampak abang remy ishak tweet cerita cun now showing at citra. hah, molek lah sementara tunggu mak ayah sampai layan cun dulu. tak penah tgk cerita tu lagi. berebut remote la cam biasa org tu nak tgk bola.

kita dah setting rumah elok2, deme dok memunggah lagi. hai lah anak.

berpesta lagi tak habis2. tak penat2.

beginilah rupa rumah yang nak menerima tetamu beberapa minit lagi. lantak disitu. kemas punggah, kemas punggah. disimpan, pandai nak amik.parents aku datang, gitu gini, kul 1 pagi gak tido. sebab me
layan nia besembang dgn opah dgn yan dia. mata tabley tahan terus ajak paksa dia tido.

chaotic weekend!

Comments

Romai Adzlan Mohd Sharip said…
workaholic as usual.. Tahniah.. Untung bapak mkag dapat mgr berjiwa rakyat nie.. hehehe
Anonymous said…
babe...mmg kerja kuat nih! hehe paling xbole blah dan lagi ambik gambar noks....even tgh buat keje!

sampai ke pagi ko...elok je niadel tido..mujur ada port tuk papa layan bola ye...and paling penting mujur papa nye nk temankn ke ofis mlm tu....

cute je niadel berparty sendirian kat umah...layankan aje janji x gaduh or buat bende yg bahaya....yg berkecah bole kemas balik ...

opah datang short notice eh? xpelah mak sendiri relax sikit...hehe jgn jadi cam aku..mak dtg rumah alih2 dia yg tolong lipat kain baju...haha hampeh kan?

hi 5 ( malas mau log in )
Mrs. Simplicity said…
romai : tagline bijak aktif katakan. keje selagi benapas!

anonymous : bed, ko kan? hahaha... aku tetap buat liputan time busy pun. hah bab mak tolong lipat kain tu standard. bukan takat lipat kain, tolong kemas dapur bagai. kahhhhhh...
Iela Fazielah said…
ya allah..stay smpai 4pg kat opis.... akak xsanggup.....takut... bab menan bersepah... xlalu nak kemaskan... akak, menan semua kat dlm bilik...kat hall xde menan.. xlalu nak kemas
nome said…
ha ko...sampai ke opis anak temankan...tp pandai derang cari port main sendiri...sib baik wan ada temankan sekali...dptlah ko buat keje dgn selesa...
Iryani Noor said…
wah gigih bekerja smpi kul 4 pagi.. Bos sila la kasi alya bonus lebih sikit =p..

Part mainan dh dikemas pastu kena punggah balik mmg biasa.. Tak larat nk marah dh.. Hehe
mama leen said…
comel betul la adel ni

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber