semalam untuk niadel

ala hari2 pun untuk niadel. semalam bermula nya aftermath sale bigbadwolf kat south city plaza. so mmg target nak pegi lagi lepas dah pegi 1st sale diorg kat maeps haritu. lagi sebab nak pegi sebab all books are RM5 or less. so mana bole tak pegi. sejak bila la aku interest kat buku ni? sejak ada anak la jawapan nye. :D beli buku pun utk diorg. nak serapkan book is toy for them. wah, statement! hahahah...

so semalam pegi la ke south city. mmg dekat sgt lah dari rumah. was expecting this time nye sale pun mcm haritu. walaupun ramai org, tp semua pun clear. but this time it was totally different. nak masuk kena beratur panjannnnnnnnngggggg gila. ok la tuh, sebab kawasan sempit tuh. bila dah masuk, masyaAllah, bersempit2 la pulak. mmg memasing meroyan la nak pilih buku. gigih aku meredah org. cari la apa yg bole utk niadel. target aku kali ni nak cari activity books especially utk nia. and story books utk adel sbb dia suka suruh mama baca buku. tiap2 kali pun bagi buku bila dah baca mesti dia 'nak lagi, nak lagi' mama yg ngantuk bacakan buku utk dia.

so dah memilih dalam sejam, time nak beratur pulak. hat ni yg aku pitam ni. kaunter mmg banyak, tp yg nak beratur bayar lagi banyak! sorg tu bukan sikit2 buku yg dibeli. berkotak2. siap staff diorg tolong bawak sampai ke kereta dgn troli. mmg meriah and happening la. it took me 2 and half hour to pay. tu cash lane. kalau pakai credit card, lagi hazab nye. 

so korang yg plan nak pegi, masih ada banyak lagi buku. sale sampai ahad. parking senang, cuma nak pesan, tolong bawak kotak/bag/luggage bag sendiri as they are running out of boxes. dan tolong jgn bawak anak kecik. kesian kot. nak kena beratur berejam semata nak bayar. nak bergerak lagi la payah. kalau nak bawak gak, letak dalam carrier which akan nyusahkan korang balik yg nak pikul buku2.

total damage utk semalam ialah RM57. check it out apa aku beli utk niadel...

activity books utk nia. coloring and writing. semua hard cover. kali ni aku banyak beli hard cover and buku tu siap ada marker pen. lepas tulis bole padam balik. maka bole pakai utk 7 generasi.

nia peminat dora. so cari sebanyak mungkin buku dora. and i got these. 2 buku kat atas tuh siap ada toys lagi. 1 story books, 1 lagi color pencil+magic color+pencil.

ni utk adel. ala nia ke adel ke semua bole guna la. mmg most of the books / items banyak yg dah rosak sikit. tp tak penting, yg penting isi dia elok. worth la dgn harga RM5, RM3 or RM2..

pop up story books utk adel. siap ada bunyi lagi bila turn page. mmg syok la adel..

last but not least, ini yg menjadi rebutan ramai. aku tak sure ada lagi ke tak. tp aku dpt yg dora. ada mickey mouse jugak. bawak benda alah ni yg makan ruang. kemain seksa nak memikul. rasa mcm angkut meja. nak masuk kotak pun tak boleh. this huge activity book mmg aku aim. saiz lagi besar dari meja nia. semua pun pakai marker pen. so ala- ala white board bole padam balik. ada magnetic sticker utk buat activity. mmg menarik. samada mak pak nak ajar atau tak je. hehehe.. malam tadi, nia busy menonggeng buat ABC, dalam buku ni.

tetiba aku nmpk buku ni. aku nak bagi hadiah kat boss aku. ok tak? :D

so, rasa berbaloi jugak dpt beli buku2 ni. balik dari south city aku nak pitam sebab beratur panjang yg amat masa nak bayar. telan actifast. malam pulak, bawak niadel tgk puss in boots. budak be2 ni mmg suka kucing. so mmg semata2 bawak diorg nak tgk cite ni. ikut hati, x nak tgk. as we expected. cite dia sgt2 ringan2. totally for our kids. tak beri kesan pun mcm masa puss ni dalam shrek. dalam shrek lagi best kot. ni totally puss ni. so ok la, sesuai utk niadel. diorg pun enjoy during the entire show.

antonio banderas voice over watak puss in boots ni..

masa buat muka macam ni 1 dewan mcm cair. aku cam biasa je. takde perasaan kat kucing :p

note : thanks korang tolong pilih kat gambar nia. so ikut majoriti aku pilih B. thanks again guys...

9 comments:

mrs.ecam said...

perghh mmgm berbaloi bli buku bnyak camtu abes rm57 jek??? hee best2 tp x leh nk g la...mnggu ni nk blk kg...hukhuk

Nad @ MamaZakwan said...

bestnye tgk buku2 niadel tu..
aritu g BBW yg kat maeps buku2 utk zakwan cam dah takbest jek
maybe sbb gi last day kot
byk buku best2 dah takde
rase tak larat plak nk gi yg kt south city ni, huhu
wpun hajat di hati teringin bebeno nak pi

Nana Aziz said...

mak aih..biar btl buku ko beli byk 2 57 hengget je..worth gile..kene pegi nih..south city kn??

nome said...

suka suka suka...berbaloi abis uwang utk beli buku...

puss in boots lom tgk lagi...minggu lepas tgk citer Tin Tin...insyAllah bolehlah gi tgk...

Anis said...

wah wah... dh pandai menggunakan picasa nmpk

Salina@IbuAqil said...

banyaknya buku!!! ;)

Mama Likha said...

hee... geram2nye tgk books utk anak2 tu... zte ni tk mampu nak pergi.. jauh sgt.... :((

klo bt area shah alam... harus g terjah.... hmmm

atanayuiman @ Jue said...

semlam nak gi terjah juga tapi terlajak masuk lorong terus xjadi giee.. hehehe.. bestnya banyak buku kan..

e.l.i.z.@ said...

wowiiiiiiiiiiiieeeeeeee byk nye bukuuuuuuuu...murah² lak tuuuu...suka beliiiii tp kadang² xde masa nk ajar budak² :P

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in