Skip to main content

Sabah - mount kinabalu, KK : day3

hari ke-3 di sabah rasa teruja nak keluar dari bilik sebab nak tgk mount kinabalu. kat sini ada sedia kan tempat nak lepak / amik gambar berlatar belakang kan gunung kinabalu. kita sarapan dulu. sarapan kat sini, buffet style. very limited choice tp boleh lah. aku pagi tu, tah rasa tak sedap badan. rasa macam masuk angin je. so jamah bubur sahaja dgn 2 cawan sabah tea. lepas tu baru rasa segar sikit. risau gak kalau tak sihat, camne nak teruskan jalan- jalan..

ada beranda kat setiap bilik. kalau hadap gunung, boleh nampak dah ni. niadel tgh tunggu mama bersiap. sebab mama time rasa tak sedap badan. so slowmo la besiap nya

lagi view dari luar bilik..

sebab mama tak lalu nak makan, nia lah tolong makan kan sarapan tu..

yeay, finally dapat amik gambar belakang gunung kinabalu..oh, ada komen tanya bila amik family photo, pakai tripod ke? tak bawak tripod pun. ber tripod kan tiang- tiang yg ada. kalau takde tiang, mintak tolong orang amikkan gambar. kalau tak, wan suruh tinggal je DSLR ni soh pakai compact camera sebab nanti leceh nak bawak. mana boleh, sabah kot! kalau bawak tripod mau kena ceramah 3 hari 3 malam!

lawa, lawa, dan sangat lawa scenery dia.

lagi! time ni dah panas tp tak rasa panas pun.

ada rabbit house. gemuk2 rabbit dia..

ada fish pond jugak

bilik kitorg terletak disebelah playground. mmg terbaik lah. dari semalam mintak nak main, tp sebab dah malam and nak hujan tak boleh la. ni bagi main kejap sebelum nak check out.

then masuk bilik, kemas2 barang, tukakan baju niadel. sebab nak gi KK kalau pakai long sleeve mmg mencari nahas lah sebab cuaca kat KK sangat2 panas. kalau ikut kan itinerary nye nak ke pulau. lepas tu tak jadi ke pulau sebab tak nak aktiviti melibatkan air ni. then ingat nak ke kundasang war memorial. kat situ pun banyak scenery yg cantik2. tapi, sebab dah lewat terus je lah pegi KK. korang kalau ada kesempatan, sehari slot in jalan ke pulau. sebab pulau2 kat sini dikabarkan cantik2. air nye crystal clear gitu. and kalau masih lagi kat kundasang area, pegi kundasang war memorial eh. aku tak lah rasa regret sangat tak pegi sebab tah, penat kot.

sepanjang jalan nak balik ke KK, asal nampak gunung kinabalu je mesti berenti amik gambar. entah kenapa tp mmg jakun la dapat tgk gunung kinabalu secara dekat.

sampai ke KK, terus pegi pasar kraftangan a.k.a pasar filipino terletak dihadapan LeMeredian Hotel. membeli serba sedikit souvenir. ada banyak kedai dalam ni. bersedia rambang mata dan sediakan ongkosnya.  oh sebelum ke pasar kraftangan, kitorg lunch kat burger king. then baru shopping. banyak jual pearl kat sini. tapi aku tak minat pearl2 thing ni. bukan pakai pun. so beli benda lain.

the entrance. nak cari parking mmg jenuh. KK town mmg pack. pusing beberapa kali, at last dapat parking betul2 dpn entrance dia. 

nia membelek hasil tangkapan. tak beli banyak pun kat sini. sebab malam ada bukak pasar kat belakang LeMeridian hotel. so bole beli lagi souvenir kat situ. lepas ke pasar kraftangan ni, kitorg terus check in hotel. malam terakhir ni kitorg stay kat promenade hotel. 1 row dgn LeMeridian. hujung sekali kat Jalan Tun Fuad Stephen. 

kitorg decide terus check in sebab cuaca makin terik. sian kat niadel. plus nak rest kejap sebelum berjalan- jalan lagi. rate kat sini RM190 per nite.

tapi niadel langsung tak tido sebab dah tido sepanjang jalan dari kundasang ke KK. layan diorg berendam dalam bath tub lepas tu siap2 nak keluar balik.

kalau nak pegi pulau pegi sini ye. Jesselton point. tak jauh dari hotel2 yg ada kat KK area ni.

ini penting kalau travel sendiri takde tourist guide ye. 

kitorg ke tanjung aru. satu lagi tarikan kat sini. dalam 10 minit perjalanan. jadi tambah jem bila kat sini ada pulak event. dengar kat hitz.fm. so mmg pack la. tapi kitorg pegi area pantai yg hujung sekali. dpt tgk sunset. cantik!

another beautiful view kat sabah ni. nia time ni dah terlentok lentok mengantuk. adel masih maintain.

kat sini, 6.30 dah gelap. time ni baru pukul 6 kot

lepas tu, kitorg terus menuju ke pasar filipino balik. membeli souvenir lagi. then kitorg dinner kat situ. org cakap kalau nak makan seafood best pegi kat 1 borneo mall area, situ ada tempat makan seafood yg best. tapi memandangkan papa ada berjanji dgn ex-band mate dia (aku tak tau pun agenda diorg ni) so tak dapat la nak pegi situ. makan kat pasar filipino je. banyak choice gerai makan. macam2 seafood ada. sedap semua seafood bakar dia.

tgh memilih2 seafood

seafood yg nia suka ialah sotong! aku try jugak rumpai laut yg korang kata sedap tuh. not bad tp tak mampu nak habiskan. 

kitorg tak amik banyak. ater makan ber2. perut pun tak besar mana. makan kat kedai ni sebab saiz ikan dia ada yg kecik2...

pekerja part time gerai seafood makcik nih..

ni yg paling menarik. lobster size XXXXXL. semua pakat amik gambar kat lobster ni. bape hengget la agaknya ye..

bape hari la agaknya ko dah duduk situ ye wahai lobster.

sekian hari ketiga kami disabah. niadel masa pegi pasar filipino, sibuk nak monkey ni. so beli la kan untuk diorg. siap ada bunyi mengilai lagi. entry terkahir di sabah menyusul..

Comments

LYAfrina said…
alya..jeles sgt.. mmg cantik la.. xtau nak kata apa... lg teruja pic y kt tg.ara tu.. mak aihhh.. cun giler sunset tu... bkn snang nk ambik gmbar dpt pmndangan cam ni...

**heehe.. tu la.. igtkn bwk tripod k...
Mag said…
cantinya gambar kat tanjung aru tuh!
nome said…
view berlatar belakangkan gunung kinabalu tu sgtlah cantek beb! aku suka sgt...kagum dgn view kat malaysia nih....suasana pun nampak nyaman jer...

gambar kamoo nak banak di tepi matahari terbenam pun cantek...haih! mmg cantek sungguh ciptaan Allah nih...

sekiranya aku ke sana, wajib mintak pendapat ko ye beb :D
canteknyer view sumer..besh tgk korang rajin g holiday...aku pon tingin nk g tunggu arfa besor sikit..and hopefully time tu adik baru blom muncul lagi.. xsabar nk tgk arfa awathif besar mcm niaadel...
Iela Fazielah said…
wah best nyer.. dok byk hotel... rasa mcm nak gi lagi sabah...
amal_fc1303 said…
weyh cntik giler gmbr ko ngan sunset. teringin gak cmtu xdpt2 smpai skrng.. sumpah cntik weyh..
Iryani Noor said…
aaaaaa rindu nyer kt kandasang...
pst: bapak beso lobster tu.. nk mkn pun rasa ngeri.. hehehe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber