sabtu lepas masa family aku tido rumah aku, aku telah dipaksa dan diarahkan oleh adik aku untuk menonton cerita 3 idiots dibintangi oleh Amir Khan. bila adik aku cakap "wei kakngah, mak pun tak tido tau tgk cite ni sampai habis" kalau sudah sedemikian, mana biasa aku tak menontonnya! masa tu jam dah pukul 1 pagi. gigih tahan mata tgk sampai habis cerita tu. kul 4 pagi aku tido. penagan hindustan!
promo 3 idiots. tonggak utama oleh aamir khan, madhevan yang sorg lagi tu tak kenal. cerita ni mengisahkan 2org sahabat mencari sahabat lama diorg yang lost contact sejak habis belajar. maka, bermula la flashback masa diorg study dulu, dimana, aamir khan ni seorang yang sangat nakal yet sangat genius. dalam pada menghuru hara kan universiti, dalam masa sama, dia adalah seorang yang sgt pandai dan yang penting dia seorang yang realistik. sangat menjaga persahabatan. sarat dgn mesej cerita ni disamping dialog yang kelakar sepanjang masa. - ni sinopsis versi mrs nayville eh.
salah satu adegan dalam cerita 3 idiots. dari mengantuk terus segar bugar sebab part ni mmg kelakar habis. pecah perut gelak! kalau korang ada peluang, aku recommend korang tgk la eh :)
cerita yang aku dgn wan layan malam tadi sampai pukul 1 pagi tak lain tak bukan, lakonan ex-boyfriend, shah rukh khan. cerita bertajuk chak de! india. cerita ni aku dah tgk sebelum tapi sebab kat tv2 ada siarkan, maka layan...
chak de! india mengisahkan shahrukh khan yang merupakan bekas pemain hoki india, dipertanggungjawabkan untuk menjadi jurulatih pasukan hoki wanita india. pelbagai cabaran dilalui dalam melatih team hoki india untuk sampai ke peringkat antarabangsa. dari tidak dikenali, pasukan hoki wanita telah berjaya ke peringkat antarabangsa. dan warga india mula memandang pasukan hoki wanita. apa yang best? kerjasama dalam pasukan dan kesungguhan jurulatih, buat aku tgk cerita ni dari mula sampai habis. - again, sinopsis versi mrs nayville :)
haish, cayor, teman nengok dia belakon :p. again, kalau korang ada kelapangan, tgk la cerita ni eh :) |
tak minat hindustan ke? tak dapat la nak menolong nye. :p
note : gambar size xs ehsan dari google
note2 : malam ni gegar lagi la rumah bila nia dgn papa melompat- lompat bila team malaysia ada jaringkan goal. adel pulak, kena bedakap, sebab nanti dia nangis dengar mama, papa dgn nia jerit goal :)
Comments
apa2 pon,sampai skrg masih meminati SRK n Aamir Khan...i like....:)
shida : sama! sivaji pun layan. apsl taste kita cam sama je eh? shida minat shahir gak kan aritu ;)
k.ila : rajin bila dah ramai cakap best. so nak tgk la best sgt ke :)
along : masih lagi long. walaupun dah beranak pinak. ish, aku kan mmg romantik! kahhhhhhhh
ibuayahdamia : banyak sgt cite yg ngarut2 skang. bukak sana sini. ni yg betul2 award winning nye cite. tu yg tgk :)
minat sangat kat si shahir tu,sampaikan si dina pon dah terikut2 mama dia ni..hehehe...