last weekend aku sekeluarga berkampung di meru klang, attending my cousin's wedding. kalau dah kata family member kahwin, haruslah datang awal kan. nak menolong apa yang patut. or lebih kepada enterframe sebenarnye.
takpelah, janji tunjuk muka menandakan kami telah datang. hahaha... selalu gitu la. orang berbudi, kita berbahasa. masa aku kahwin dulu, saudara mara semua dah all out, so bila sepupu lain lak kahwin, haruslah memberi sokongan kepada keluarga diorg. adat dalam bersaudara ni kan.
alhamdulillah, the event went well. jauh lebih grand la dari aku kahwin dulu. ye la, skang ni macam2 ada. dulu, ala kadar je. semua orang pun happy. dan yang penting family pengantin pun happy sebab apa yang dirancang berjalan dengan lancar. pengantin pun tentu seronok sebab semua pun enjoy. kat bawah ni, gambar ragam sepupu sepapat aku sepanjang majlis berlangsung selama 2 hari ni.
bila masuk masjid, sikecik buat macam rumah sendiri. lari sana sini, jerit sana sini. terlebih excited!
dalam video pun penuh gambar sepupu sepapat. sebab yang merekod pun sepupu sendiri. terlebih excited!
dah menjadi lumrah, bila anak kahwin, akan ada drama sebabak. sepupu sepapat pun join nangis.
muka yang berminyak dan berpeluh tak dihiraukan bila sepupu sepapat kahwin ni. terlebih excited!
asal ada peluang mesti nak menempel kat pelamin mengalahkan pengantin. terlebih excited!
akan ada aksi- aksi mulut sape paling luas dari kanak- kanak yang tak bape kanak- kanak ribena ni. terlebih excited!
asal pengantin keluar bilik je, sepupu sepapat yang akan serbu dulu sebab nak tumpang glamour. terlebih excited!
tak menghiraukan official photoG yang tengah capture moment pengantin, sepupu sepapat pakat serbu nak tumpang glamour lagi. sampai official photoG pening tgk gelagat sepupu sepapat pengantin. terlebih excited!
terlebih excited sebab ada pasukan kawad kaki peringkat kebangsaan mengiringi pengantin.
flower girl kena sentiasa dipantau supaya tak terkeluar barisan sebab flower girl pun terlebih excited!
asal pengantin pergi tukar baju je, pelamin sure penuh dengan sepupu sepapat. terlebih excited!
tak kurang juga yang berangan nak bersanding lagi sekali dengan girlfriend tercinta. yang ni takleh cakap terlebih excited kang bini mamat ni, marah. kahhhh...
sepupu sepapat pun dengan sporting menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang untuk menyejukkan cuaca yang sedang panas. tak sanggup gak nak cakap terlebih excited, takut pulak adik aku kenan ke pasangan duet dia.
kembar dukung kembar. uncle nia dan adel yang menahan napas semasa mendukung salah sorg kembar ni. semua orang teruja tgk si kembar yang berumur 4 tahun ni. terlebih excited!
kesimpulannya, dimana ada pengantin, disitu ada sepupu sepapat pengantin. kami memang terlebih excited!
Comments
belum masuk lg bab2 banner.. fuhh siap ada pengakap tu jd pengiring.. lg jeles.... skrang dh siap buat video lg kan.
adel adel mana adel???hikhik...
p/s: jeles tgk org skng kawen, dl xder banner bagai. skng, mmg meriah n grand habis...baju pon cantik2...