Skip to main content

asik tunjuk anak sendiri je, tunjuk anak orang lain la pulak

ish, ape je tajuk. tapi tu yang terkeluar dalam kepala ni. sabtu lepas, kitorg sekeluarga melawat newborn aisy' khadeeja. di subang. subang rasa nye. berkonvoi bersama aieza sebab 1st time kerumah ryn. selamat sampai seperti yang dirancang jam 3petang. disusuli dengan nome dan bed sekeluarga.

surprisingly, ada pulak disediakan makan- makan. kebetulan pulak haritu harijadi anak sulung ryn, adam. maka, celebrate la sekali. rasa mcm baru je sambut bday adam ke-2 kan? haritu adam dah 3 tahun dah. dah jadi abang pun!

apa pun, tq to ryn and family diatas kesudian melayan kami walaupun ko baru 3hari beranak, tp macam dah 3 minggu beranak. gila steady. aku dulu masa bersalin adel, siap kena sound dgn mak. ko ni dik, mengempap (read : duduk tak bergerak) je. cuba bawak2 bejalan sikit. kalau tak, camne luka tu nak baik. yang sebetulnya aku ni fobia nak bergerak. banyak sgt kisah2 ngeri jahitan terbuka and so on. nak pulak 1st time bersalin normal. maka, jaga nye lebih disitu. walaupun 4jahitan je. huuhu... 

tu yg jeles tgk mama aisy' dgn adam ni steady je bole sambut kitorg depan pintu lagi. apa pun,  again, thanks to ryn and family. ok, enjoy the pics as usual :)

empunya diri : aisy' khadeeja. maintain tido walaupun rumah riuh. rambut nye lebat. patut la mama nye dulu dah hujung2 kerap ke toilet.

sementara mama menggomol baby aisy', adel dibawah pengawasan papa ye.

camera semua tertumpu kat aisy' haritu. star of the day la katakan. nia dgn adel jelous mama pegang baby lain. sabar ye anak2, lambat lagi korang nak dapat adik.

baru day-3 ni, maintain je. huhuhu... bersalin pun senang. hope aku pun dapat mudah macam ko untuk next delivery ye ryn. ewah.

leesya yang sopan itu, teruja tgk ibu dia pegang baby. apa eh me, masa itu emas ye? kahhhhhhhh....

abang aisy' turns 3 on that day

adam ni pemalu orangnye. being the one and only boy among 6 girls, buat dia kena control macho. heheh.. tgh nyanyi lagu birthday

chocolate cake is our favorite!

shasha and family baru sampai. mama dgn papa shasha rambang mata kat home decor ye. hehhe...

baiknya hana nak mummy suapkan.

kakak shasha yang pandai entertain adel. nia tumpang tgk.

sebab shasha ni kaka sulung dalam keluarga tak leh lupa 2 ayat dari dia satu, masa tgk aisy' dalam playpen dia cakap "mama, nanti sha kecik, sha nak duduk dalam ni ye!" lagi satu masa tunjuk gambar ni kat camera dia cakap "cantikla sha, macam artis!" serious weh, layan tul layan dia besembang. ayat yang keluar dari mulut budak ni, innocent je bunyi kan?

last but not least sebelum balik.

sampai nak balik aisy' tido je. ni mesti bejaga malam ni. nanti kita jumpa lagi ye aisy' and to ryn, take care also :)

Comments

heaven sgt ... ryn muka relax jerr muka dia.. mst sonok adam dah dah dpt adik.. leh celebrate sama next year...
jimat kos tueee... bestnyaaa..
Unknown said…
shasha 2 ade kembar ke? yg bju merah dgn bju ijau 2..

sebaya adel la anak mmbr ko ni, leh pi skolh sesame..
Mrs. Simplicity said…
hue : tu yg wan cakap jue, terror ryn ni dng yus, banyak save disitu! hehehe... perli kita ke hape? :p

ainal : kahhhhhhhhhhh bengong la ko ni. dia tukar baju la sebab berjalan dari pagi. ha'ah adel sebaya aisy'. nia sebaya hana dgn leesya. shasha sebaya adam. ko kenal tak? hehehe...
Ayu Zarina said…
WAH.....3 hari bersalin dah gerak sana sini...alahai...ni mak dia ader ke tak tolong jaga pantang...kalau org tua jaga pantang..memang banyak pantang larang...

tapi kalau 3 hari tu dah gerak ke hulu hilir...aishh..ngeri pulak dengarnya..
Ryn said…
Korang npk aku mcm sehat ye..tp memg sehat pn..segar bugar aku..bkn wat mende pn, duduk baring, jalan2 skit kasik cargas..aku tkleh la asik nak trperap baring je..leh sakit kepala..majlis totally mr hubby yg urus..seyes..aku x buat ape pn..igt beli kek je..skali dah jd majlis plk..thnks to hubby n mil n bil n sil..byk tlg..
Thanks to korg2 yg sudi dtg melawat dan hadiah2..

Aku bersalin pn mcm cite kartun kan..hahahahahaha..siap g mkn dinner kt aladdin sblm ke spital..tau2 doc bgtau..awk dah 4cm ye....takleh lupa aku weiii..alhamdulillah dipermudahkan..
maszmadi said…
eee geramnyer tengok baby kecik2 nie..... tadi pon baru balik dr tgok baby x-ofismate kat Kajang, baby girl 'Qaseh Kaisara',best
mamashasha said…
kurang sehari lagi cukup 1 week peristiwa ni...kahhhh kira cukup baik la kan dr blog aku yg terbiar sepi!

alya...aku takperasan pulak dialog shasha tu...ishhh anak aku ni..ade je...utk pengetahuan ko tiap kali ambik gambar mcm tulah dia ckp....

ryn steady je kan...2nd experienced harus la dah steady...normal la kan...jalan sana sini bukan nk kena berlari pun as long as jaga jahitan tu & ibu jari kita tu....

lawak la ainal kata shasha kembar...kahhhhhh perasan pulak dia yg shasha bertukar baju....hehe

anyway happy dpt jumpa walaupun aku terlambat sejam lebih dari korang..atenye ke home decor....tu pun tak habis pusing semua....kalau pusing semua harus la pukul 10 mlm baru balik.....kahhhhhhhh

thx to ryn jgk even baru lagi bersalin sudi menerima kunjungan kami...and solute la kat yus, mil & sil/bil ko semua turun padang...
nome said…
semua gambo yg ko amik ni alya...ada kelas...cantek...setiap gambo menceritakan suasana aritu...

ryn mmg cargas..salute la! tak putus2 melayan kita semua dgn baik...family hubby ryn pun camtu gak...ryn sgt2 bertuah sbb berpeluang berpantang kat umah mertua...aku tumpang gembira dan bersyukur sbb ryn mempunyai ibu mertua yg sgt baik sbg pengganti arwah ibu ryn..

to ryn...semoga ko dan baby sentiasa sehat...jaga diri leklok...pasni giliran aieza dan kwn2 yg lain plak...semoga semuanya selamat dan berjalan lancar...mari kita doakan yg terbaek utk kwn2...
Anonymous said…
black lotus video gossett auto memphis cadillac dawn and j money auto generate code java navigation 51 car ebay ford motor part
eiman's mummy said…
terror betul kawan adik..
kalau wan seminggu tu gerak masa nak g mandi je.kalau tak duk jer bertapa kat tempat tdo..takut la nak gerak byk2...

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber