salam. hari yang dinanti terutamanya kepada semua peserta telah tiba. sebelum tu, seperti komen- komen blogger yang lain kat entry sebelum ni, apa ada dengan gambar baby? apa yang diorg tau buat? bukan diorg pandai posing pun kan? muka pun sepesen je semua. tapi, pada pendapat penganjur yang memilih contest ini untuk dijadikan taruhan, setiap gambar walaupun bayi itu hanya sedang tidur pasti ada moment tersendiri terutamanya kepada ibu mereka sendiri.
kerana itu lah gambar sikecil itu kita capture. tak kira apa yang mereka lakukan, pasti pantas saja tangan kita mencapai camera mahupun handphone untuk mengambil gambar anak kita yang takkan kita dapat pada masa akan datang. setiap gambar pasti ada memori tersendiri. sedikit sebanyak kita mengimbau kembali saat mereka ketika bayi dan aku pasti sangat susah untuk memilih gambar mana untuk dipertaruhkan kerana setiap gambar itu pasti adalah yang terbaik dan punya cerita tersendiri.
seperti komen seorang blogger di entry sebelum ni juga, mmg tak sampai hati nak pilih pemenang sebab semua newborn baby comel- comel belaka. indeed! oleh kerana itu, penganjur memutuskan untuk mengadakan cabutan bertuah so every baby have a chance to win!
maka, dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, penganjur dengan sukacita mengumumkan pemenang yang telah dipilih oleh juri adalah seperti dibawah :
GRAND PRIZE WINNER : YANG MEMENANGI SEPASANG BAJU RAYA CASUAL JENAMA PONEY DAN DUIT RAYA SEBANYAK RM50
MUHAMMAD DANISH MIKHAIL BIN MOHD AZRUL WAS BORN ON 07/08/09
kata ibu : Saat pertama dia menggengam jariku setelah hampir 3 tahun aku menanti dengan penuh suka duka setelah 2 kali aku mengalami kehilangan dan dia adalah yg pertama dalam hidup kami yg selamat lahir ke dunia.... terasa besarnya kuasa Allah yang mengurniakan DIA kepada kami dalam kehalusan jari kecil itu.. Kurniaan Nikmat yg tiada tandingannya bila aku bergelar ibu..
kata juri : melihatkan gambar ini, pasti semua tersentuh hati bila melihat jari halus anaknya menggenggam jari ibunya. bila melihatkan sikecil danish yang sedang tidur sambil mengerutkan dahi, pasti sikecil merasakan dirinya selamat dan dilindungi bila dapat menggenggam jari ibunya. moment yang sangat berharga yang berjaya di capture oleh ibu dan bapa beliau
1ST RUNNER UP : YANG MEMENANGI SEPASANG BAJU RAYA CASUAL JENAMA PONEY BESERTA DUIT RAYA SEBANYAK RM30
AIRIS MIA DARWISYAH BINTI HAFIZ WAS BORN ON 25 SEPTEMBER 2009
kata ibu : Saat kedua aku melahirkan zuriat kedunia... aku begitu sebak kerana inilah kali pertama aku dapat mendengar suara tangisan seorang bayi setelah 2 tahun lalu aku melahirkan bayi yang tidak bernyawa..(Arwah Muhammad Hadif Naufal, abg airis )..
Mase ni airis baru 3 saat dilahirkan ke dunia.. lepas je papa airis ambil gmbar ni, airis terbersin.. hehehe.. (TQ to papa, sebab berjaya snap gambar yang amat bermakna ini) sungguh indah saat itu kalau dikenangkan.. hilang rase sakit selepas melihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari.. potret ini cukup bermakna buat kami sekeluarga kerana ia akan dijadikan kenangan buat selama-lamaya bagi AIRIS...
Mase ni airis baru 3 saat dilahirkan ke dunia.. lepas je papa airis ambil gmbar ni, airis terbersin.. hehehe.. (TQ to papa, sebab berjaya snap gambar yang amat bermakna ini) sungguh indah saat itu kalau dikenangkan.. hilang rase sakit selepas melihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari.. potret ini cukup bermakna buat kami sekeluarga kerana ia akan dijadikan kenangan buat selama-lamaya bagi AIRIS...
kata juri : setelah mengharungi proses bersalin yang hanya bole digambarkan oleh kaum ibu sahaja, melihatkan ibu airis yang tersenyum lebar bila diberikan anaknya dalam dakapannya dan , wajah ibunya seperti tidak menunjukkan sebarang kesakitan yang telah dilalui sebelum itu. seperti yang disebut; hilang rasa sakit bila tgk muka baby..
2ND RUNNER UP YANG MEMENANGI SEHELAI T-SHIRT RAYA JENAMA PONEY BESERTA DUIT RAYA SEBANYAK RM30
IMAN AR-RAYYAN BIN HAIRULANUAR WAS BORN 19 FEBRUARY 2009
kata ibu : Masa ni Iman baru 1jam dilahirkan, ni pengalaman pertama menyusukan Iman.Iman pandai latch walaupun baru je lahir,bila aku bagi B kt dia,terus hisap dgn jayanya...yeahhhh.A very special moment for a first time mummy like me!
kata juri : si kecil iman yang baru sahaja menjengah dunia, ibarat kain putih tanpa tau apa- apa, tapi bila tiba masa untuk menyusu badan, si kecil iman tau apa yang perlu dibuat. in fact, semua bayi baru lahir tidak perlu diajar untuk menyusu kan? kuasa Allah menunjukkan bonding antara ibu dan anak itu. salah satu memori terindah saat mereka bayi.
CONSOLATION PRIZE : YANG MEMENANGI SEHELAI T-SHIRT RAYA JENAMA PONEY
cabutan bertuah yang telah diadakan malam tadi oleh anak sulung aku rania ayesha. mengandungi no 1 hingga 155 (exclude no pemenang)
5 nombor yang bertuah yang telah dipilih.
NUR IZZAH FAQIHA BINTI MOHAMMED FHADDLE WAS BORN ON 24/8/2009
LYNA NURFITRINA BINTI MOHD HILMY WAS BORN ON 29 SEPTEMBER 2008
NUR AMALINA UZMA WAS BORN ON 9 NOVEMBER 2007
NUR ALEYA BATRISYA BINTI MOHD HASNOR WAS BORN ON 27/11/2007
ELLESYA AFREENA BINTI MOHD NASIR WAS BORN ON 27 AUGUST 2008
"TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!! KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, JUTAAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI IKHLAS DARI SAYA KERANA SUDI MEMERIAHKAN CONTEST SULUNG SAYA INI. INSYA-ALLAH ANDAI ADA REZEKI, MUNGKIN AKAN ADA CONTEST LAGI"
note : perasan tak yang menang consolation prize semua baby girl? sangat- sangat kebetulan. senang mau cari baju. oh, attention to all winners, sila email kepada saya delivery address kerana hadiah akan dipos esok hari. hari ini saya akan mendapatkan semua hadiah pemenang. dan untuk perhatian pemenangPONEY's brand size nye kecik kalau diikutkan umur yang ada pada label baju, so kalau anak korang besar sikit, email kat saya jugak saiz baju yang biasa anak korang pakai sebab tak mau tersilap pilih. rugi nanti kan? so email me all the details at alyyani@gmail.com dengan kadar segera ye! thanks!
Comments
bg aku semua bb sgt2 comel...tahniah kepada semua...
tahniah kepada penganjur
tahniah kepada juri
keputusan anda berpadanan dengan moment
yang dirakamkan...betul tu each time kita snap gambo pasti ada saat2 manis & sentimental value...
alya, ko nak aku teman kan ke butik poney?hehe
macam ni comel pun, ada juga tergamak buang bayi.
anyway congrats to all winner...
wahhh bestnya g carik bajuuuu..
btw gambar grand prize winner tu mmg priceless.. chomelll nyer tgk tgn halus tu pegang ibu die..
beb bile aku tgk muke baby2 ni semua... teringat aku kes buang baby. camne la ek dierang ni tergamak campak baby yg cute gini kan?? opss teroff topic lak hehehe