Skip to main content

tambah lagi kenalan blogger. dari johor!

hari sabtu dapat SMS dari sorang blogger yang boleh kata agak rapat jugak sebab aku selalu jenguk blog dia. seronok weh tgk blog dia. gambar besar, pakai DSLR lak tu. cerita pasal family dia pun best. dan yang penting selalu update. tu yang selalu singgah. hehe..

siapakah? nanti jap. aku cite camne dia boleh sampai ke rumah aku. aku ada fon no. dia sebab aku penah beli baju kebaya untuk nia. kirim kat dia masa dia pegi singapore. so dari situ kitorg exchange no. maka sabtu tu dia turun kl sebab join gatsby event organized by nuffnang itu. dia pun cakap nak jumpa.

aku ni terkejut yet teruja jugak la bila cakap dia nak slot in masa dia jumpa aku. sebab dia ni kalau dah pegi bercuti banyak sangat aktiviti dia. maka, aku berbesar hati menjemput dia datang ke rumah aku yang kecik tu. sebab kalau nak jumpa kat mana- mana pengsan pulak dia tgk aku dgn wan nak handle 2 org kan. maklumlah tak penah keluar bejalan- jalan lagi ni. so, senang nya, datang rumah je la.

panjang nye intro. sape blogger yang datang tu? ok, ok. tak lain tak bukan blogger dari southern region yang aku rasa antara blogger yang dikenali gak iaitu ibu damia. maka ahad petang tu diorg pun berjaya sampai ke rumah berbekalkan full address yang aku bagi dan garmin dia. cayalah! alih- alih dah ada depan pintu. nasib dah mandi tau. kalau tak, kelam kelibut la lagi.

anyway, it's been a pleasure to have you guys at our crib. seronok dapat sembang secara live dengan ayu. dapat tgk aleesya & ayyunie secara live. suka tgk attitude aleesya. ayyunie lagi besar dari nia. anak aku ni tak cukup makan ke? huhu.. semoga kita boleh jumpa lagi ye dan jangan lah serik nak datang rumah kami lagi ye ;)

bukti kami dah berjumpa. sessi fotografi diadakan sebelum diorg balik. sebab sepanjang diorg kat rumah ni, sibuk dengan anak- anak je & borak- borak.

us with our princesses! si adel yang tgh syok tido pun aku angkut gak untuk amik gambar. kata blogger tegar! en suami pun mmg dah paham ye tak ayu? hahah..

ber tripod kan rak cd aku, kitorg dapat amik gambar semua. aleesya mmg pandai posing. like ibu jugak ye. hehehe..

budak- budak lak posing. tgk lah nia, kejung di rumah sendiri. nia skang dah takut orang la. tak leh tgk kitorg bergerak sikit mesti meraung habis. tapi nia nampak selesa bila ada kawan yang sebaya dengan dia. berani nak gerak sana sini

ayyunie & nia in pose. ayyunie lagi besar dari nia. huhu..

tq so much aunty ayu for the presents. nia dah kenal A dengan B. :)

lepas je family ayu balik, kat hp perasan sms dari maksu aku cakap nak singgah. belum sempat nak kemas rumah balik, diorg dah sampai depan pintu. sudah kubilang hari tu semua terror cari rumah aku. heheh.. tak lama lepas tu pulak, pakcik aman aku pulak datang. fuh, mmg meriah. tapi seronok. diorg ni adik beradik sebelah ayah aku. lepak- lepak, borak- borak, pukul 9 gak la diorg balik.

mmg penat tapi seronok. setiap tetamu yang datang tu kan membuka pintu rezeki. so, sesiapa yang nak datang rumah lagi? sila- sila...

note : banyak tips yang ibu damia bagi especially nak handle 2 anak kecik ni.

note 2 : rumah aku ni kalau buat open house mmg bole berlaga siku. malam tu baru 2 family dah pack. tu pasal kitorg tak penah buat 1 day untuk open house. rumah kitorg sentiasa terbuka. datang je bila- bila masa ye.

Comments

mamashasha said…
wahhh mmg jauh betui tetamu misteri ko ni alya....
ada. said…
haha sama la kite kak. kalau umah ada, sorang kentut dekat ruang tamu, sampai ke dapur boleh bau lagi. bayangkan... sempit gile kalau time cuti plus sume saiz macam king kong. hahahaha..
Gieyana said…
alya..Ayu yg p umah ko yer..kalau ku turun kat KL nk ajak aku g umah ko tak? kekeke
Mrs. Simplicity said…
bed : tu la dia. tp tu la, x dpt nak well served. regret gak le.

ada : wah gitu sekali ye. itu la kalo family akak dtg mmg dah penuh living room ni. badan sorg2 besar lak tu. hahaaha..

gie : ko roger je aku mesti aku ajak ko mai umah aku punye. bila nkmai? hehehe..
Unknown said…
wahhh...dah keluar entry ni yer...ayu punya citer esok keluar...ekekekek..

ye ke kecik standard lah tu kan..kata duduk pangsapuri...

tapi seriuos alyya seronok sgt dapat jumpa alyya secara live, dapat borak2 banyak benda, nak2 kita sama ader 2 gigirl yg sama beza jaraknya, pas tu dapat tgk nia walaupun nia agak takut...selama ni tgk dalam blog jer mana puas...dan pastilah adel menjadi agenda utama kan...wan pun sporting...

pendek kata kalau jumpa setakat 2-3 jam tu memang tak habis nak borak2...kalau boleh nak jumpa lagi ni..turn alyya dtg JB ler pulak....ayu sedia menunggu...

ayu sebenarnya pun serba salah ari tu nak jumpa alyya kat luar...coz dah agak mesti kelam kabut punya kan..biasalah org baru habis pantang...pastu baru nak sesuaikan diri ngan anak 2 ni...ok lah tu jumpa kat rumah...tindakan yg bijak...

aleesya tu pun kut mood...kadang2 nak jer dia berposing..kadang2 control cun jugak...hahahaha...nampak sgt ayyunie ni besar..kena diet lah cam ni ayyunie...

en somi memang dah faham teramat sgt...dah tak yah suruh..dia yg suka rela keluarkan kamera snaps2...nasib baik memahami...

ayu tak bagi apa2 tips pun..sekadar berkongsi pengalaman jer ni...mana yg baik dijadikan teladan...

confirm pas ni ramai kawan2 nak dtg tgk adel ni...so silalah bersiap sedia segala stok makanan kat dapur yer...nanti ader yg dtg without any notices...pas tu tiba2 dah tercegt depan pintu....hahahaha..,....masa tu bukan kelam kelibut lagi, tapi kelam serabut....muahahaha..

enjoy sgt dapat jumpa alyya n family....

perghhh...panjang giler komen..cam nak buat n3 baru dah ni..
suhida said…
wah,nia dapat present. :) weh,tak sabo na jupe ko.8 may ni ye...
Mrs. Simplicity said…
ibu damia : ye la kan, tak sedar 2 -3 jam tu berlalu mcm tu jek. padahal tak habis2 sembang. sampai dah keluar rumah pun sembang lagi. dari hujan samapi hujan berhenti pun tak sedar. tu la the beauty og blogging ni. dapat tambah kenalan dan kongsi pengalaman kan? insyaAllah kitorg akan buat kunjung balas. sebab mmg da lama nak go bercuti ni. kalau sebelum ni wan suggest nak ke pantai timur sekarang we might consider to skudai. thanks to you too! :D

suhida : 8 may kan? kena bukak meja bulat balik ni discuss apa yg patut. dah tak lama ni. aku pun tak saba nak jmpa ko. bawak stok wardahwardrobe tak? ;)
ainal said…
nk dtg skuadai? transit bp dulu wei! huhu..
LYaFRINA said…
waaa... bestnyer..
alya.. cpt2 buat preparation awl2..nanti blogger dr TIMUR ni plok nak g menyerang... hehehehehehe!!!
(eyhhh..manatau kan??? )

**oloooo nia...knp masam j tu??
nome said…
bestnyer tgk korang berjimba2 kat umah...lagi2 memasing ada dua anak dara yg comel2...harus kongsi2 citer psl anak kan...apa pun beb, aku tingin nak jmpa ko, adel ngan nia...lama seh x jmpa....ko pun soker kan org tgk ko? ekeke...insyAllah aku dtg yer...
Mrs. Simplicity said…
ainal : mesti lah wei. nak tgk adik2ku tercinta. hahahah... lepas tu kita transit skudai, lepas tu transit ke pontian ye tak? ahahahah...

lya : oh bilakah blogger pantai tumur nak turun kl pulak? kalau dah ade sini, roger je. ade rezeki bole kita berjumpa kan? :)

nome : tu la dia, tu baru 4 org budak kecik kt umah aku dah macam2 hal. lawak pulak. kalau la kita semua gather kt umah aku, runtuh kot. apapun mesti happening kan? tu la beb, bila mau jumpa? ;)
Mag said…
wahhh..best la jumpa sama-sama blogger..nanti kita kenal-kenal jugak eh..
hehe

suami kalau isteri blogger memang dia dah paham sangat dah..hahah
Anonymous said…
wahh besh nye dpt lawatan ...

org dari jauh plak tu ...
Chik Na said…
bila la plak akak dapat jumpa alya..padahal rumah kita dekat je kan... tak pernah terserempak pulak tuh...
Ibu Mifzal said…
wah..sonok tgk korang gather2 ni..bila plak ainey leh turun kl ni..huhu
nadja said…
elok la juga menambah kenala.. biar ramai kawan dari lawan kan.. hehehe
Mrs. Simplicity said…
farah : nak kenal2 gak dgn farah, rasa mcm dekat je kita ni kan? ntah2 pernah selisih tak? heheh..

ye mmg betul. sebab suami pun nak tumpang glamour. hahahah..

chik na : tu la kan kak. tp akak suka jalan weekdays kan. saya ni lama lagi nak kua jalan2 kot. nak kena biasakan cepat2 ni.

ainey : ye ye, bila tu nak turun kl? tanjung malin dgn kl dah dekat je tu. :)

nadja : betul tu! :)
Nurshahfamily said…
WAAA KALU CAM NI ... NUR PUN NAK DTG SANA LA HEHEHEHE JB NAIK KL HAHAHA...
amal_fc1303 said…
blogger dri johor yer. jauh nye la dtg semata2 nk jmpe ngan adel ngan korg2 nie.

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber