another collection

koleksi apekah? koleksi ini ye puan- puan...

tadi masa maghrib aku amik nia dari nursery, cikgu dia cakap dia 5 kali membuang. adeh, cirit birit la ni. aku tgk nia pun lemah je mcm da takde tenaga. mujur pampers nye cukup- cukup. mmg selalu aku bekalkan 4 pampers.

terus aku ke klinik sebab kalau dah balik umah nanti, aku yg liat nak turun. paham je la kan. mujur doktor ada. masa tgh tunggu doktor panggil pun nia telah membuang lagi.

masuk je, doktor ni mcm da kenal nia. instead of rania, he called nia, with nia. dia cakap hi nia.. eh eh, siap tau nick name nih. doktor baca blog saya ke. perasan la aku! hahah...

terus doktor tanya, batuk lagi? dah tau la sebab kitorg kalau gi klinik tu sebab batuk nia je. lepas cek- cek, doktor cakap may be nia salah makan. cek perut takde angin or kembung.

apelah yg dimakan kat nursery tadi. aku takde la nak persoalkan sebab sebelum2 ni ok je. nia ni pulak pantang nampak orang makan, mesti nak makan. apa saja. semua dia nak. tu yg bahaya nye dia ni. tak tolak apa saja. pedas ke tak ke, semua dia makan asalkan sedap. tu yg jadi cirit birit.

sampai rumah terus tukarkan pampers, sapu minyak yuyi then bagi ubat. terus buatkan susu dia. tapi dia tolak susu. dia nak minum air kosong je. banyak dia minum tu yg dia jd tak lalu minum susu. susu belum habis dia da lena. risau lak sebab dia tak menyusu tapi dah tido.

harap esok pagi, mau la dia menyusu dan tak cirit birit dah. baby kena hold on dulu ye, bagi mama setel kan kakak nia dulu. huhu...

note : esok check-up 39minggu...

18 comments:

AieZa said...

yayy aku org 1st.. nia cirit birit plak ye.. hana sembelit.. tatau la bile nak berakhir sembelit dia tu..

byk btul ubat nia kena mkn.. ceritanya cirit birit je.. harap2 xdela smpai melecet.. hana thn lepas cirit birit smpai melecet muntut dia.. meraung dia bila cuci tu.. ermm aku pkai wipe je sbb dh xlalu nk dgr dia nangis..

nia dh mkn ubat ke? ok ke dia mkn? harap2 senng la eh..

p/s: busyuk nyerrr bantal busyuk tuuu.. hahaha.. adekah akan turun pada adik nia??? we'll see.. :)

amalina binti anuar said...

nia sakit lagi. cirit birit plak tu. pe la yg ko bg nia nie mkan ek. mk tau xnie?

mamashasha said...

Amboi za seronok kamoo ya mnjadi pengomen yg pertama
..Hikkk..

Alya,sian kat nia cirit pulak..harap esok pagi
Dah ok kalau tak ko cr air kelapa bg dia minum.
Insyallah baik..

Aku tgk ni terbaring tu nampak mcm dah big girl la
Dia ketara aura seorg kakak tu dah nampak..

KIRIS.. said...

moga cepat sembuh ye bb nia.. :)

izzahazfar said...

cian nyer nia...cian kat akak juga..

bila jd ibu kpd 2 anak lg mencabarkan..

harap nia cepat sembuh ya..

(saya mengantuk..akmal buat perangai mlm td..huhu...kena baca balik entry pasal sabar yg akak tulis...)

Ryn said...

hopefully nia kembali ceria dan cepat2 semboh...

aku rasa doc tu baca blog ko laa...hahahaha...

alyyani said...

aieza : hana sembelit, nia tebalik pulak. sama je. asik kena cirit birit je.

dapat ubat cirit birit, angin, standby ubat demam dgn air garam lah mcm biasa.

nia penah masa kecik dulu la cirit birit sampai melecet. yaAllah mmg dugaan betul. tp buat masa skang ni under control lg.

nia makan ubat dah. ko ingat senang nak bagi dia makan ubat ke. berperang. tp bak kata ko, bab ubat ni no excuse. kena makan ape cara sekali pun.

p/s : aku rasa nia takkan bagi adik dia kot bantal tuh..

ina : nia ni semua dia nak makan tu yg jd mcm tuh. mak tak tau pun..

bed : pagi ni still cair lagi. tp kul 3 pagi td dia bangun mintak susu. ok la, mau dia minum. pagi ni dia tak mau minum susu pun. dia nak minum air kosong. petang kang aku beli air kelapa bagi dia. thanks bed!

mmg aku tgk pun da besar dah bed..

kris : tq mas! insyaAllah..

izzah : bila anak sakit ni tiba2 kita jadi kuat zah. tak rasa letih, sakit pun diabaikan. harap nia tak serious la cirit birit dia arini . nak tinggal kan dia kat nursery pg ni pun tak sedap hati.

saba ye zah :)

ryn : hahaha..dr baca blog aku? tp tu la tekejut bila dia tego hi nia itu. tersentak sekejap. eehhe...

fazilzura said...

lor nia kene cirit ker?
sure ado mkn benda yg bukan2... siannnn dia.. sure x larat sgt kan .

alyyani said...

fazilzura :sian tgk dia, lemah je takde tenaga. nak makan pun tak lalu. asik mintak air kosong je. bila betul2 lapa baru mintak susu. mmg makan benda bukan2 lah tuh kot..

eiNa said...

nia minum air kosong banyak xpe.. letak glukose sikit or ribena pun ok alya..

a ahh..adik sabar jap.. bg kakak nia sembuh dlu eh... :)

alyyani said...

eina : aaa ribena ye? ok noted. nanti alya bagi nia minum tuh.

tu lah, kena tunggu jap bagi nia elok dulu. kang haru biru dibuatnye.. :)

Jiey^Mien said...

siyannya nia..
seb baik adik dgr kata..
sggp hold je dulu..

LeaKhalid said...

huhu..anak2 lea, jarang kena cirit birit, tp slalo kena sembelit...

berak payah..tak berak pun payah

(^^,)

waaa...dah 39weeks...teringat time kipi dulu, btul2 39weeks, lea bersalin!

gud luck..smoga semuanye selamat..

alyyani said...

jiey : tu la, harap nia cepat sembuh la sebab sendiri pun dah tak terlarat nih..

lea : yeke? nia jarang kena sembelit & memang takde masalah bila nak membuang ni. tp ni da telebih2 pulak. huhuhu...

lea ngam2 eh. alya ni mcm ngam2 40minggu je. tak tau la.. tq lea!

Chik Na said...

cian Nia sakit yea.. now ni musim org sakit kut, semalam bawak faiz p clinic pun orang ramai padahal masa tu baru kul 11 am

Az Rina said...

lahai kecian plak kakak to be ni, cirit pulak..

maybe nia nmpk kawan dia makan nia pon bedal skali..tu yg parot meragam agaknye..

memang musim budak2 sakit lah..

LYaFRINA said...

ciannyer kna cirit-birit..
x nangis k dia??
kalu lya kna sndiri pon xtahan..+ dgn pedih kat situ lg...
ada la kot makanan y xserasi masa kat nursery tu kot...

**ehhehehehee... comil bantal y nia peluk kat gambo last tu... msti byk knangan

alyyani said...

chik na : yeke. agak nye la kan. tambah cuaca tak menentu. kejap panas sgt then tetibe ujan. budak2 pun sensitif. faiz nape kak? demam ye.

rina : tu la dia rina. kadang bila nmpk cikgu dia makan maggie pun nak gak. sama la dgn kitorg ni. smlm bg susu tak mau. nmpk papa dia makan cendol dgn satay tetibe ade selera pulak.

lya : nia ok je, cuma nmpk lemah sebab tak makan kan. alya pun kalau cirit mmg melepek je. ni kan pulak budak besar nia..

** bantal itu mmg banyak sgt kenangan tp skang bantal tu nia yg conquer sorang- sorag. huhu..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in