Skip to main content

gastrointestinal infection

diwaktu cuti haritu, aku berkesempatan membelek buku penjagaan ibu dan bayi yang dah berhabuk dalam simpanan. bila da jadi macam ni, barulah nak bukak buku. buku yang dihadiahkan oleh ex-officemate wan masa aku pregnant kan nia.

aku baca kat bahagian sakit yang biasa berlaku pada bayi dan kanak- kanak. dalam ruang cirit birit dan muntah- muntah, terdapat 1 lagi jenis jangkitan iaitu gastrointestinal. dimana, jangkitan virus, bakteria atau parasit dalam perut. antara- antara gejala atau tanda- tanda anak kita diserang jangkitan adalah seperti berikut :
  • cirit- cirit
  • muntah-muntah
  • kekejangan pada perut
  • suhu badan yang meningkat
apa yang boleh kita lakukan?
  • apabila muntah telah berlaku, kita berikan anak kita dengan air sahaja. jangan bagi sebarang makanan pejal. bancuhan susu juga perlu pada sukatan yang betul. hanya beri cecair sehingga muntah nya berhenti.
  • jika suhu badan meningkat dan menunjukkan tanda- tanda demam, berikan ubat demam kepada anak.
  • sterilkan semua botol susu anak- anak kita.
  • sentiasa basuh tangan kita semasa hendak membuat makanan atau minuman untuk anak kita.
ok, aku nak share apa sebenarnya yang berlaku pada nia
  • 9/12/2009 (rabu) - nia mula diserang cirit birit. tapi keadaan nya tak serious. paling banyak pun sehari hanya 5 kali. aku dah bawak nia ke klinik. doktor bekalkan nia dengan air garam (ORS) dan ubat angin/cirit birit.
  • 10/12/2009 (khamis) - cirit birit nia mula reda pada siang hari tetapi kembali teruk pada malam hari. teruk adalah apabila kekerapan membuang dalam tempoh kurang dari 2 jam. malam nya selepas minum susu, nia muntahkan kembali susu nya. aku ingat mungkin batuk nya. biasa utk mengeluarkan kahak, nia akan muntahkan susu dia.
  • 11/12/2009 (jumaat) - cirit birit nia dan muntah nia bertambah teruk. ape yang diminum akan dimuntah. apa yang dimakan akan dibuang. terus refer pada klinik semula. doktor sahkan nia mendapat serangan gastrointestinal. tapi belum sampai tahap ada jangkitan yang teruk. doktor bekalkan ubat muntah, lebih air garam (ORS) dan antibiotik. sepanjang hari aku beri nia ubat- ubat tersebut dan hanya air garam (ORS)
  • 12/12/2009 (sabtu) - bangun pagi, mata nia mula membengkak. ini disebabkan air garam yang diminum oleh nia sepanjang semalam. bila ini berlaku, aku mesti hentikan pemberian air garam untuk seketika. dan mula memberi susu atau glucolin. sepanjang hari ini, nia tidak lagi mengalami muntah- muntah. aku hentikan memberi ubat muntah juga. aku hanya beri nia ubat cirit- birit dan antibiotik. tetapi, akibat dari kemasukan cecair yang terlalu banyak dalam badan nya, nia mengalami cirit yang teruk. ini kerana perutnya sedang memproses untuk mengeluarkan lebihan cecair yang berlaku dalam badanya. pada tahap ni, masalah lain pulak datang bila bontot nya mula melecet. mujur aku ada ubat sapu. tapi nia menangis dengan teruk apabila dia kencing sekali pun. aku tukar kan diaper hampir setiap jam dan sapukan ubat melecet. sepanjang malam aku tidak lena semata- mata nak monitor bontot nya. muntah tiada lagi.
  • 13/12/2009 (ahad) - nia bangun seawal 7 pagi dalam keadaan yang segar. mata tidak lagi sembap. tetapi pembuangan nya masih cair. bontot tak lagi melecet kerana pemantauan yang rapi aku lakukan. selepas salin diaper dia, aku bagi pulak ubat batuk sebab batuk nia tak reda lagi. selepas tu, kami ke McD untuk sarapan pagi. sepanjang hari ini, nia kembali kepada normal. pembuangannya hanya sekali iaitu jam 7 pagi tadi. selera makan nya kembali pada asal. dan kembali aktif. alhamdulillah, nia was fully recovered by end of the day.
pengalaman menguruskan nia sepanjang nia sakit ni memerlukan kesabaran yang tinggi. dalam pada masa yang sama wan masih lagi sakit (sehingga hari ini). simptom yang sama seperti nia. cirit- birit dan muntah- muntah. ini juga satu masalah bila tuan punya badan tak mahu makan ubat. kalau budak, bole kita bedung, tapi kalau macam ni, tak tau la macam mana nak handle.

apa- apa pun aku sangat lega nia kembali sihat dan cergas, tapi aku seperti memerlukan sehari lagi cuti untuk merehatkan diri dan badan. tidurku kurang menyebabkan kepala aku berat. harap nia tak sakit lagi dah. dan aku akan moitor setiap apa yang nia makan atau minum.

bed, nia mula menyukai vitagen. fidah, alya da mula sapu minyak angin kat perut nia. FYI, nia belum pernah lagi diserang angin atau kembung perut. tetapi silap alya bila dah lama menghentikan sapuan minyak angin pada badan nya (kerana memikirkan dia sudah besar).

harapan aku supaya nia sihat sehingga aku habis pantang. :D

kami bersarapan di mcD atas permintaan papa nia. sejak dia tak sihat ni, selera makan tak menentu dan apa yang dia nak makan pun sukar diramalkan. nia makan pancake dgn madu + butter dengan berseleranya. lega tgk nia mau makan.

orang main kat playground, dia gi kat encik ronald ni panjat- panjat en ronald ni.

syukur nia dah sihat.

note : entry yang panjang ni aku tulis untuk berkongsi pengalaman dengan rakan- rakan sekiranya anak korang diserang penyakit ni (mintak dijauhkan ye) sama- sama kita doa semoga anak- anak kita diberi kesihatan berpanjangan. amin...

Comments

shah-ila-ain said…
kesiannyerr...teruk gak tu muntah n cirit....mel still sapu minyak angin pd ain setiap hari lepas mandi n nak tdo mlm....biar dia sedap n selesa badan...jgn lupe urut2 badan nia alya pasal kalaukite pun penat..ni kan plak anak kita yg tgh pandai melasak tuhh...
Mrs. Simplicity said…
mel : itu la dia, sejak sakit tu tak nak miss dah letak minyak angin. sian nia. melayankan penat sendiri, anak mcm terabai. bila da sakit baru nak beringat. thanks mel!
r|nA @ ja|j|na said…
alhamdulillah, nia dah cehat..mmg memerlukan kesabaran yg tinggi bile anak kecik sakit..tambah plak allya preggy, then wan lak sakit..kalau rina tah boleh handle ke tak situasi macam ni..

skang ni pon jadual harian dah berterabur..masuk keje asyik merah je punch card..
ibu damia said…
good info.....sharing is caring...
boleh buat guide untuk ayu jugak...

betul lah allya....ayu pun sama, sejak2 aleesya dah besar ni jarang sapu minyak yuyi kat dia, tapi ayyunie still go on coz dia baby lagi...

the moral of story - penjagaan kesihatan anak2 haruslah continuous walaupun anak2 dah besar..
fazilzura said…
aduyai sian nye ko ..
mmg dugaan tuk ko ..kalau budk muntah, ko kasi biskut kering dgn air suam jek .. benda2 lain mmg x leh masuk, kalau x sure muntah balik ...

oit , nape ko stop kan sapu minyak kat perut nia..
aku ni tiap2 mlm sapu minyak kat perut akil tau
azyyati anuar said…
alhamdulillah la nia dah ok...menakutkan kronologi ko ni...

at least leh dijadikan tips in the future...hehe...
suhida said…
ok da kot nia,leh panjat2 kaki mcdonald tu.huhuuhu...hrp2 nia sihat sampai abes pantang ye.cian kat ibu tau.
~chekuna~ said…
kesian nia & papa nia...semoga cepat sembuh..thanks for the info yer..:)
AieZa said…
pasal minyak tu emmm xyh la tetiap hari sapu.. sbb nnt kang bebudak tu immune plak dgn minyak angin tuh.. kesimpulannya bubuh la bile perlu.. ko agak2 la k..
AieZa said…
husband aku pun liat nk mkn ubat.. wat org marah je.. tp aku psycho gak dia.. ckp kt dia.. dia xsyg aku la tu xmo mkn obat.. terus dia mkn.. huhuhuh.. tp kekadang xjln gak la cara tuh...
mamashasha said…
alya..aku harap nia & wan dah fully recover ari ni....kesian kat diorang & off course ko jugak ....menjaga nia & wan disaat mengandung ni menduga keimanan kan...tp aku percaya ko lebih tough dr apa yg aku nampak & baca....ade bg air kelapa tak?minyak angin tu bile perlu je...kalau ko rasa nia ok tak yah la taruk....ok take care...aku doakan nia sihat2 aje kalau boleh smpi bila2....(sape yg nk tgk anak & laki sakit kan? )amin...
Ryn said…
semoga nia cepat2 semboh...also to papa nia...
ryugiena said…
oo..nia dh sht ek..alhamdulillah..mmg btl pun, klu bdk cirit mmg xleh kasi susu kat dia wat sementara waktu. dh ilang cirit blh la kasi sml...

lmbt skit bc blog ko. aku plak yg sehat nih. hehe..biase la awl2 bln ni kn..hehe..
Mrs. Simplicity said…
rina : tu la dia, tapi ape2 pun kena ingat Allah sentiasa permudahkan urusan kita. alhamdulillah bila wan sakit, alya sihat. betul2 rasa cergas.

waa isya buat mama dia selalu punch-in merah ek

ibu damia : peringatan utk diri sendiri gak andai terkena lagi. mintak dijauhkan la. mujur masa cuti tau.

itu la ingat mmg tak yah sapu dah. alya stop kan nia masa dia umo 8 ke 9 bulan kot.

fazilzura : yeke? itu la, mmg nmpk dia tak lalu nak makan ape pun. bagi je dia tepis. sian aku tgk.

akil smpi skang sapu minyak lagi eh. lama ye. aku ni baru nak start balik la..

along : tu la. sampai mati aku ingat ni.
Mrs. Simplicity said…
suhida : hehe.. itu la, suka dia bawak keluar. segar bugar aku tgk. lega tgk..

chekuna : tq kak na! alhamdulillah semua beransur sihat

aieza : heheh itu la kan. bila perlu. tp yg penting. minyak angin tu kena sentiasa ada kat umah. macam aku aritu langsung takde, kelam kabut la beli.

yeke? aku patut ckp gitu gak, tak kesian ke kat aku yg jaga nia sorg2 kan. heheh.. psycho balik.

bed : mmg menduga bed. tp syukur aku sihat. ha aku bagi, ade kurang la. tp dah tak mau minum masing2. kena paksa tau. terharu aku bila ko cakap ko doakan. thanks bed

ryn : ryn is back! heheh.. lega semua da sihat ryn. tq!

nana : ha'ah. lagipun dia mmg tolak susu terus. tu yg bagi air garam je smpi bengkak mata. patut aku amik gmbr. mmg lain sgt muka dia. sian dia. takpe2 lambat baca pun :)

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber