@ khaleed 1st birthday party..

oi, banyak nye sawang dalam blog ni. blog sape nih? kata nak jadi blogger tegar kan. hehehe...

kalau korang perasan kat 'my status' aku tuh, aku agak sibuk minggu lepas. dari isnin sampai la ahad (semalam). harini pun gitu gak. tapi, ade org suda tego blog aku da nmpk sawang, aku update ye. ;)

sabtu lepas kami ke sungai buloh untuk menghadiri majlis aqiqah & sambutan hari jadi anak buah officemate aku, rizal. al-kisah, insan yang dirai ni berusia setahun jumaat lepas. khaleed namanye. tapi bapa nye telah pulang kerahmatullah semasa dia berusia 3 bulan lagi.

semasa khaleed di dalam perut ibunya, ayah khaleed telah mengalami kemalangan jalan raya menyebabkan dia koma hingga hujung nyawa nya. ayah khaleed sempat mengenali khaleed semasa dia di icu tapi hanya mampu memandang dan menggunakan isyarat mata sahaja. hanya air mata nye saja kelihatan membasahi pipinya tanda dia tau itu adalah anaknya.

khaleed tak bekesempatan utk mengenali ayahnya & begitu jugalah dengan ayahnya. kalau kita ditempat ibunya, melahirkan tanpa insan yang tersayang disisi, kuat kah kita? namum kita kena redha.

masa berlalu, kini khaleed genap berusia setahun. tapi, aku tak dpt jumpa dia sebab masa sampai rumah kakak dia tu, dia tgh tido. huhu... tapi aku dpt tgk wajah comel khaleed. di mana? disini...

kad jemputan ke majlis. persiapan yang rapi dari bermula majlis hingga habis majlis. tgk saja pada kadnya. mmg sayang nak buat lepas dapat kad ni. tambah pulak dipenuhi dgn wajah comel khaleed...

ni content kad nye. comel kan khaleed? alhamdulillah dapat gak aku berkenalan dgn kak suzy (kakak kepada officemate aku rizal). tgk pada muka nya nampak dia dah jadi makin kuat sekarang. walaupun tak kenal, tapi aku kenal dia melalui cerita2 yang disampaikan oleh rizal. rizal ckp, tgk nia, mesti teringat khaleed. sebab lebih kurang sebaya...

gambar majlis nye mana? nan ado! maaf ye, tak sempat nak snap gambar sebab kitorg busy bersembang + nak cepat. ada lagi satu event yang perlu dipenuhi. kemanakah kami? sila tunggu entry selepas ini...

10 comments:

elani makrai said...

sedih nyer tok 2 belah.
ayah tak dapat kenal n belai anak.
anak pulak tak dapat kenal n x dapat kasih sayang ayah.
sedih laaa...
huhuuu...

tapi khaleed nampak ceria dalam gambar. tak reti lagi kan...mesti bapak dia cuba bertahan kan tok tgk anak dia.hmmm rasa nak nangis.. alya la nie...huhu

ibu damia said...

memang betul....rasanya ayu tak sekuat ibu khaleed....tapi apa nak buat..hidup mesti diteruskan...tambah2 lagi khaleed perlukan kasih sayang....

Shida said...

Sedih lak bace kisah bb Khaleed...tabah ibu die kan...hu3...tgah berair mate ku ini...sob...sob...sob...sensitif tul la akhir2 nih...

Nana Aziz said...

2 la aku pelik. nape ko dh lame x update blog. bz eh.

alahai sedih plak kenangkn c khaleed. lebih sedih ibunya coz membesarkan khaleed tanpa suami di cc. klu aku la xtau la cmne. aku x sekuat ibu khaleed la aly. kene tggal ngn husband 3hr pun aku dh cuak, ni plak tggal utk selamanya. nauzubillah..pjgkn usia suamiku..huhu..

alyyani said...

nurin : ye la nurin, mmg hari2 alya cek dgn officemate kot abang dia dah sedar dari koma. mmg tak kuat la kalau kite kat tmpt dia kan?

nurin, tgk khaleed kan, cam ammar lak iras2... comel sgt :)

ibu damia : betul tu, kalau nak bersedih, kesian kat anak kan? nak tak nak hidup perlu diteruskan bak kata ayu...

shida : jaga diri ye shida..mmg kalau dengar2 cite camni, mcm2 kita fikir kan..

nana : busy la weh..ha itu la, alang gi outstation pun kite dah tak keruan, kalau kite kat tmpt dia, tak tau la aku..

nizza-abira said...

hepi besday utk khaleed. Moga khaleed membesar menjadi anak yg soleh...

ya Allah, sedihnya baca kisah khaleed. w/pun hanya cerita ringkas tp kisah itu cukup meruntun hati...

AL-FATIHAH utk arwah ayah khaleed

[I][T][A] said...

Sedihnya... :( Hanya doa yang dapat mengeratkan hubungan khaleed dan ayahnya...Moga khaleed jadi anak yang soleh dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayahnya di alam sana...

alyyani said...

nizza : iyela kan nizza, kalau kita rasa kita diberi dugaan, org lain lebih hebat lagi. sama2 kita bersyukur dgn pemberian-Nya..

ita : insyaAllah ita. :)

AieZa said...

ermmm sedihnya.. suami tgk anak tp xleh nk wat pe eh.. aduhai..

alyyani said...

aieza : mmg tak mampu buat ape pun. hanya mampu tgk dari katil je. terlantar je. kalau kite tgk tu mesti nangis. baru dengar cite kita da sedih..

 

Copyright © Mrs. Simplicity | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in