Skip to main content

bila ada anak kecil dirumah

bila ada anak kecil dirumah apa lagi yang mak bapak nak buat ye? sentiasa fikir ape yg tak cukup utk anak kita. nak beli macam2 gadget, dan macam2 lagi keperluan anak. kalau bole nak semua nya lengkap dan sempurna.
Setiap pagi, selepas aku mandikan nia sebelum hantar gi nursery, aku akan letak dia kat depan tv (dulu letak kat atas katil, tapi sekarang da pandai begolek golek, amatla bahaya) sementara nak tunggu aku pulak mandi. lepas tu aku tuka channel 611 astro ceria.
Aku perasan dia begitu tertarik menonton cartoon. kalo malam bila kami tgk berita or cerita lain ke, dia buat dek je. dia belek mainan dia je. tapi bila tgk cartoon dia begitu focus kat tv. siap begolek- golek sampai ke depan tv sebab nak pegang la tu. cerita pagi kat astro ceria ialah

bob the builder

langsung tak menangis bila dpt tgk cartoon. bila aku kua bilik je, tgk dia khusyuk tgk tv, sampai bole terlena sementara tunggu mama dia siap. hahaha... maka aku dgn wan telah bersetuju untuk mempelbagaikan cerita yang bole nia tonton, dengan menambah 1 lagi package, iaitu fun package! (ni bukan nia je suka ni, papa nia pun suka ni kot. lepas ni lagi berebut remote la kitorg. hahaha...)

pakej yg sedia ada untuk mini package ialah sports + variety +learning. dengan astro family + super package, movies. kitorg tambah fun package pulak. cuma RM5 tambahan je kat bil bulanan. ok la kan?

new channel to tune in : nickelodeon, playhouse disney, disney channel and cartoon network!

p/s : esok bila nia da besar, nia malas belaja, mama terminate balik ye. kali ni mama bagi sebab mama nak nia belajar. watch & learn!



Comments

Jiey^Mien said…
Ly, aku nih ape citer, dari mula2 kawen dan subscribe fun package nih.. Syok wehhh.. Tgk cartoon.. :P
Leen Die said…
Wahh..nak tambah channel..daku pun nak tambah channel tue jugak tapi hubby ku menjawap"aahh pasanglah nti dia takleh nak tgk bola@berita"lakiku fobia kot sebab anak jiran depan buka mata je ckp kat mummy dia nak tengok cartoon netwrk..Rayyan pun suka nengok channel 611. Ralit bebenor..mesti Rania th pagi2 ada jim jam sunny, thomas n friend postman pat, lopido..muakakkaka
elani makrai said…
huhuuu, ammar bgn pagi 6-6.30am mesti nk turun bwh makan nestum (bekfest nasi budak ni) pastu kn bukak playhouse disney 613...

sbb mcm dh routine. ltk dlm walker mesti laju je jln cr port dpn tv. hehee klakar tgk...favourite ammar pocoyo...bla cousin dia dtg, dh beratur jer sbb kn walker besar sapa awal dpt parking dpn hahaa..
Haru said…
owh teringt ku di zaman kanak2 ribena..huhu..dan skrg aku masih berebut remote tv dgn adikku umur 8 tahun..hahaha

kak nak cite teletubies xder ke??
hehehe
Ummi Nuhlan said…
seronoknya ada anak
nizza-abira said…
sonoknya kan melayan kerenah anak,
umah niza pun ada jugak channel cartoon. bukannya niza tgk pun tp saja standby utk anak2 buah & adik bila mereka dtg ;)
azyyati anuar said…
wei..tunjuk cartoon x per..jgn tunjuk bendal lain pulak...hehehe...
Mrs. Simplicity said…
jiey : ko mmg tau, bukan ian yg tgk ek, ko yg tgk ye. hehe..

leen : wah, awk siap hafal lg tajuk cite tu. kite ari2 tgk pun x ingat ape tajuk kartun tuh. kartun yg alya minat slamdunk je. :)

nurin : wah, awalnye ammar makan netum. tu lah, nia kalo tgk tv mesti beguling sampai depan tv, nak pegang.

haru : skang bukan zaman teletubbies dah la. skang zaman wonderpets! ape yg penting? kerjasama...

imah : masa imah akan tiba gak ;)

nizza : wah, da prepare awal2 nih. insyaAllah ade rezeki tuh nizza. :)

along : aku tapis weh cite2 yg nia tgk tuh! tak leh sebarang cite. hehehe...

Popular posts from this blog

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' me...

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belaka...

next year plan

setiap sabtu, aku ada 2 jam available time untuk aku bukak laptop and duduk melanguk menunggu nia adel rafa taekwondo. benor nye boleh je aku nak balik rumah tido ke. tapi nye since rafa pun join, aku kena lah tunggu. dah lah dia paling halus aku tengok. mujur gak dia boleh di terima join sekali. nak cite apa? hentah.. aku tengah busy merangka jadual anak3 tahun depan ni. apa yang aku tengah buat, aku tengah mencari home tutor untuk nia adel rafa. adel pun dah mintak tuisyen balik sebab dia kata asyik kena denda aje sebab buat karangan salah. kat sekolah tak cukup, kena supplement. reason diorg discontinue tuisyen entah, letih kot nak beranta beramik pastu keje sekolah makin menimbun. so rasa nye kitorg hire tutor lah datang rumah. rafa pun boleh quit teacher's yap punya tuition and join sekali home tuition ni. trial start october ni. dah kena prepare untuk next year punya activity. ok, tu aje lah ye? nanti update lagi. aku track balik peristiwa yang belum di capture kat s...