Skip to main content

Raya 2014 - Kedah

ok, baru lah kita ada masa nak masuk pasal cerita raya. gigih kau nak bercerita? ye gigih. bukti esok2, wan tanya kita raya mana dulu ni? sila rujuk blog dgn label RAYA 2014. then u know. zaman dah moden, proof semua dalam henpon je. tapi apa dia kisah, janji balik kampung dia, balik gak kampung aku. jangan lupa tagline untuk kebahagiaan rumahtangga adalah "demokrasi terpimpin". ok dah, banyak na kau merapu ni. 

so, aku tak ingat....

27 - 29 Ramadhan
so, raya hari isnin ye. so, kitorang pulang ke kedah pada pada hari jumaat malam nya, aku tak ingat kejadian packing baju tu bila dan macam mana. selalu ingat. tapi ni dah banyak bulan tertinggal and i cant find any photo pasal packing time, so kita skip bab hazab tu.

ok, gambar first malam lagi, gambar second dah siang tapi masih tak sampai2 lagi kat rumah apak mertua aku. traffic teruk. then wan pun asyik berenti tido. badan dah berusia gamaknya x leh nak drive direct. selalu boleh je henjut dari SK ke Kedah direct. ke sebelum tu dia tak cukup tido. ye ke tak cukup tido? selalu i je tak cukup tido. :p ok, lari topik lagi...

tapi yang paling miserable nye kali ni, aku kena ulser. perghhh sakit katako. bukan 1 mata ikan, tapi 2. berlaga pulak dgn gigi. memang makan hari lah nak baik. pakej tak boleh bercakap. dah lah puasa, mmg tak boleh minum air, so memang lambat gile lah nak baik. gambar di pagi raya semua senyum herot.

 kitorang sahur pun kat dalam kereta. ni berenti kat R&R.

selamat sampai dalam pukul 8 lebih pagi kalau tak silap.

rafa qada' tido je.

bebudak bedua ni takde lain mmg nak main bunga api je lah. so nothing much on hari sebelum raya. siang tu masak rendang. 

1 Syawal
ok, walaupun dah lama berlalu tapi peristiwa 1 Syawal memang tak kan dapat dilupakan. tak de apa pun. semua anak3 aku in a good condition. tapi pagi raya tu masa tgh nak bersiap semua, sebelum yang lelaki pegi solat raya, nia bangun muntah2. ah jem! boleh tahan gak lah dia muntah sampai terkeluar isi perut. then dia mengadu dia sakit perut. mengerekot je. masa tu wan dah pegi masjid kot. agak stress gak lah nak meng handle anak3 yang macam2 ragam ni. rasa macam alaa tak boleh lah nia nak pakai baju raya kang muntah habis lah. bukan muntah je rasa dia cirit sekali. adoi... tapi mujur lah menjelang tengah hari tu dia dah ok, tapi si adel pulak buat hal. panas kot tu yang bila amik gambar depan camera dia moody je. yang part tak leh lupa tu part nak menyettlekan muntah dia dalam masa sama rafa ni jenis tak nak kat orang lagi. mana nak mendadan2 anak3 lagi. haish kenangan betul di pagi raya.


 antara gambar raya yang tak jadi. berperang nak amik gambar. nia baru nak elok. adel sibuk lah nak pegang jenglot dia tu. memula papa suruh letak, mmg tak lah dia nak amik gambar, lepas tu bagi kan, tapi moody jugak. rafa, janji atas dukung mak dia, dia ok. bila letak memang melalak. tema baju tahun ni adalah pilihan niadel. diorang nak design tu diorang nak kaler tu. mak follow je. proper sikit this year sebab dah beli kain awal kat jakel then tempah kat KAS boutique sebelah dia. kitorang punya baju semua tempah kat tempat yang sama. cuma aku punya baju bila dah siap jadi longgar gila. sebab masa fitting tu tak kurus lagi lepas tu mmg tak bape elok lah rupa. apa lak x bape elok, elok lah pakai longgar2 ye tak. aku nak cakap banyak2 pun tak larat. mulut sakit lagi. tgk lah, senyum pun herot je mulut.
















Then cam biasa sessi salam bersalaman bertukar raya paket.
family photo sebelum gerak ke rumah tok kat penang. perut kena make sure kosong sebab memang akang makan makan dan makan. time ni adel dah takde mood langsung. tu yang x nak amik gambar.

dah sampai rumah tok embun. nia dah ok.  so apa lagi, favorite kuih almond london. tapi kacang dia pi buang. sebalang pun habis.

dia ni tah, macam2 lah hal nye. panas lah kot time ni.

hat ni tak yah cakap lah, hilang mak eh, melalak.

then bergerak ke rumah maklong kat belakang rumah tok embun. adik ipar aku bagi monopod dia, terketar tangan nak megang nye. adel masih lagi posing ju-on.

 mari tambah lemak. terbaek!

lepas tu ke rumah pak ngah pulak. ada makan lagi. makan laksa. nia, getah rambut dah kemana2, rafa sampin dah kat dada. adel masih maintain moody.

lepas tu rumah tak tau sape. sedara mara jauh ke jiran lama ke tak ingat. makcik ni accident, so lumpuh kaki nye. motif cerita pasal makcik tu lepas tu tunjuk gambar sendiri? kasik lah chance. hahaha

si nia dah habiskan sebalang almond london, lepas tu dia boleh mintak lagi, tuan rumah bagi se tong almond london. kusss semangat! kat sini makan laksa lagi.

lepas tu pegi rumah mak anjang. sini makan laksa. lagi! rafa masih pengsan. 

lepas tu pegi rumah maksu pulak. time ni rafa dah bangun. kat rumah maksu, makan LAKSA. lagi!

lepas tu pegi rumah maklang then lepas tu tak boleh tahan dah, terus je balik rumah.

malam macam biasa, sambung main bunga api dgn makcik2 dia..

di kejauhan, terima kiriman gambar dari family tercinta. along, ko baru 2 hari beranak pun ada perasaan nak pakai baju raya jugak ye??.

sekian 1st day raya

2 Syawal
Pagi hari raya ke-2 ada masalah lain pulak menimpa kat anak3 aku. nia dah ok kan, rafa takde issue. si adel tetiba badan dia naik merah2. awak dah lah putih, bila naik merah2 kat badan tu memang obvious sangatlah. dalam masa sama dia cirit jugak. aduhai, dah kenapa anak3 mak ni. sebab haritu petang je ada orang nak datang rumah, kitorang pun takde plan nak gi mana2, terus je decide nak gi cari klinik pakar kanak2 kat area tu.

cari klinik tak jumpa2, waze pun kinik yang berdekatan tu jauh, so decide terus je pegi hospital. pegi metro specialist hospital kat mana tah ni. sungai petani kot. terus je pegi kat emergency.

 tapi dia ok je. cuma badan tu naik merah2.

alaa tak nampak eh? merah2 betul! hahahah.. kalau tak takkan lah aku beria nak bawak pegi hospital

mandang orang nye kat hospital. kitorang je. emergency pun tak pack. settle amik ubat semua the balik rumah. petang tu ada orang datang rumah sebab family tunang adik ipar aku datang nak tetapkan tarikh kenduri. so bulan november ni busy wedding 2 orang adik ipar aku pulak. luckily bakal isteri / bakal suami adik2 ipar aku ni orang situ2 je.

family bakal besan bapak mertua aku dah balik, then wan ajak beraya kat rumah kawan sekolah dia. pegi lah walaupun masa tu dah lewat petang. lagi pun kitorang nak balik perak dah esok nya. syok woo rumah ni sebelah sawah padi. 


comotnye anak2 aku...

malam nya sambung lah main bunga api.

3 Syawal
ok, pagi ni siap2 nak balik ke perak. hati adalah gembira. nak jumpa anak buah baru. tak sabar wei! and of course nak jumpa mak ayah. then dapat tau, family ayah from Kajang nak datang raya haritu, so kalau boleh nak sampai time2 tu jugak lah so that boleh jumpa.

 yeay balik jumpa opah & atuk perak pulak.  mulut herot lagi sebab masih sakit mulut lagi. jenuh weh. siap kena letak garam. tawakkal je lah. tapi tak immediate elok pun.

cerita raya ke-3 bersambung di entry raya di perak pulak.

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber