relevan lagi ke nak cerita pasal family day office aku ni? baca je lah ye. gambar pun beribu. ni pun baru dari camera aku. ada lagi yang tak upload gambar kat server. kalau dah upload lagi pening nak filter. so kita mulakan.
jumaat 22june, kitorg diberi half day. sepatutnya nak request for force leave, tapi top management tak approve. half day pun ok lah. sebab kat melaka je kan. tak sampai sejam dah sampai. gitu gini, kul 1 lebih aku balik. team bujang stay office je then gerak sama- sama kongsi kereta.
aku balik rumah, time tu lah nak kemas baju nye pun. nak buat malam sebelum nya tak terbuat. aura nak mengemas takde. maka, bila dah rushing, laju2 lah buat. time tu jugak lah ada dah berlaku dugaan sikit. team bujang yg patut sampai sana awal, lewat sampai nya. telefon tak berenti berbunyi. belum start family day ni lagi ha. so kitorg pun kena gerak cepat2. kul 3.30 sedang elok nia balik sekolah, kitorg pun fetch diorg kat taska then terus gerak.
dah siap bagi baju kat taska so bole terus gerak. nia yang tido sepanjang perjalanan. duduk pun boleh tido. penat dia..
masa sampai committee tengah naik banner. padahal guests dah ada yang sampai. COO kitorg lak tuh.proses pendaftaran mmg agak renyah sebab bukan group kitorg je yang ada utk family day. ada few other groups. dah la lambat sampai, nak setting semua lagi. mula2 sampai, dah dapat bad remark pihak Afamosa ni dari aku.
kitorg mmg purposely pilih bukan time cuti sekolah family day. konon nak elakkan dari peak season la. tu yang kebanyakan datang lambat. sebab nak amik anak sekolah lagi. budak2 pun ada yang berbaju sekolah lagi masa sampai. tapi orang ramai jugak. masa ni tgh register and check in.
bilik yang kitorg sediakan dan mengikut bajet yang diberi oleh management adalah superior deluxe. ada 2 queen size bed. quite spacious. bilik pun kitorg request ground floor. sederet GF tu mmg kitorg punya je lah.
lepak2 kat bilik kejap then terus bersiap untuk dinner. ni ondway ke hall. tak tau lah kenapa nia duduk begitu. tak terkata aku bila tgk gambar ni.
private dinner untuk company kitorg.
yang mana tak sampai lagi, semua pakat2 call aku tanya kat mana, apa aktiviti seterusnya. stress laki den. hahahah..
adel time ni baru lepas makan ubat. so suhu pun turun, makan pun mau.
kitorg request for private hall untuk dinner sebab ada opening ceremony and ada slide show presentation. mmg tersentuh lah bila tgk slide show dia. oh on food, ok lah.
opening speech from our club president. seterusnya perasmian pembukaan oleh MD kitorg.
nia kalau ada gathering dgn budak2 office mama dia, dia suka. sebab ramai yg melayan dia. sampai sekarang dia cakap, kawan office mama best. gitu!
lepas tu, sepatutnya kitorg masuk cowboy town. we supposed to enter at 8.15pm. as shuttle arrived at that time. tapi kitorg lewat keluar dewan dalam pukul 9 gitu. shuttle pun tak tunggu. kitorg assume shuttle tunggu je kitorg sampai. end up shuttle tak memunculkan diri even though dah beberapa kali aku buat panggilan. marah kat Afamosa, marah gak kat committee, marah gak kat diri sendiri. end up, ada yang tak masuk cowboy town sebab show dah habis. 1st day dah jadi macam tu. bad remark kat committee. sangat frust..
ada yang terus balik bilik, ada yang masuk jugak bawak kereta sendiri and kitorg jalan kaki untuk tgk fireworks je. dah penat sgt nak masuk dalam tu. apa pun kalau ada fireworks as an ending, penutup yang awesome dah bagi kami.
ok sambung day 2....
Comments