Skip to main content

last weekend

last weekend takde la apa aktiviti sangat pun tapi sangatlah penat. lately mmg penat je la memanjang. x habis qada' tenaga masa adel sakit tu kot eh? lama nau meng qada' nya pun :p so hari sabtu pagi tuh, melepak je kat rumah. kul 11 pagi keluar rumah gi jusco dulu beli wedding present. masa baru sampai jusco tu hujan turun dengan lebatnya. alahai, kalau hujan mmg payah la nak gi mana- mana. lagi pulak nak gi wedding.

settle kat jusco, terus jumpa anis kat lekas highway, kitorg konvoi gi wedding schoolmate kitorg. actually aku tak penah lagi attend wedding schoolmate aku. except for anis. of course la kan. tp tah, tergerak nak pegi, sebab tinod beria dia ajak. selalu mmg payah nak pegi wedding ni. its either jauh dari poskod seri kembangan or mmg tak kenal sangat. kali ni pegi la jugak. dah lama x mingle around dgn schoolmates. mingle la sangat. jumpa la few friends. jumpa kawan baik aku sorg ni, e-kin. sejak habis matrix terus tak jumpa. tp keep in touch kat fb dgn hp je lah. so happy dpt jumpa ko. see u in 7 months maybe? :) 

 berhujan, berpanas la nak ke n9 nih. adel skang nak dok belakang. bahaya kalau bia gini. tp kejap je lah nak duduk nye. lepas tu duduk kat mama balik. car seat dah lama campak dlm stor.

mcm ni kekdahnye kalau 2-2 nak minum susu lepas tu nak selesa mcm kat rumah sendiri. tunggu hutang vios dgn savvy habis, mamapapa beli MPV ye.

sampai2 je, ngam2 pengantin tgh berarak. maka kena tunggu jap bagi pengantin berarak dulu. sebab hujan baru berenti time ni.

kitorg konvoi sekali. masa ni masih mendung. so mmg kena bawak payung la. mujur lah tak hujan dah. yg tgh tu la sahabat aku ekin.

congrats tinod & husband. semoga kekal hingga hujung nyawa.

lepas settle kenduri tinod kat pedas, n9 tuh, diwar2kan kat aku, ada renovation expo malaysia sdg berlangsung kat PWTC. kitorg terus pegi sana. tp bila sampai je, parking full. kena parking kat hentian putra tu. tak dapek la, nak menapak jauh dgn 2 budak kecik. lagipun member aku ckp, kalau nak dtg, better bawak floor plan. masalah floor plan kitorg tersimpan elok kat office aku. sbb lawyer kitorg office dia dkt dgn office aku.

 renovation expo malaysia yg kitorg missed out. ingat nak gi ahad tuh, tp tak larat nak pegi. sbb ada wedding jugak ahad tuh. mmg sgt rugi la tak pegi, sebab member aku dpt banyak great deal kat sini. nak2 utk yg pertama kali membeli rumah.

dari pwtc, asalnya nak gi pasar malam bangi sec 15, tp macam awal lagi, ajak wan ke Tutti Frutti. nia bising nak makan aiskrim. 1st time la berfroyo ni. ok la, nia yg sakan makan. adel jamah sikit je sebab sejuk katanya. then masa lalu kat shoplot tu nampak ada restoran muzdalfa fried chicken. so kitorg ni mmg free & easy la sgt takde keje, terus try tapau. kot sedap, bole la papa nak bukak branch kat SK.

our 1st attempt. isi macam ni harga dia RM13.60

hat macam ni pun RM13 bape sen tak ingat.

adel tak berminat dgn TF nampaknya..

unlike he sister, mmg licin! sampai rambut2 kena froyo.

1 row dgn TF bangi, ada MFC. saja gatal try..

kalau rasa nak makan pizza dgn ayam dgn arab dish serentak, bole ke sini. ada set pizza mcm pizza hut, ada set ayam mcm kfc dan ada nasi arab jugak, macam2 ada. harga sgt2 lah berpatutan. kitorg amik combo ayam. 3 ketul ayam, roti, fries dgn air = RM8.50 je. rasa dia? mmg rasa MFC la. hehehe.. yg lain, mana tau sedap kan? :)

ahad pulak, kitorg breakfast kat rumah je. tgh hari tu kua dalam kul 1 kot ke awal sikit. hala ke kelana jaya. attending adik ipar ryn nye wedding. dah lama dia ajak, so mmg dah slot in siap. yg konon kata nak ke PWTC mmg tak la. sebab petang tu kan ada malaysia lawan kemboja. malam lak ada final masterchef US. tak boleh tak tgk.

adik ipar ryn, yg perempuan tuh. kahwin lak dgn org bota. org kampung opah aku.

keluarga pengantin perempuan. baru lah nampak abang adam kat dlm gambar ni wei. nak jumpa live mmg takde la. mama papa diorg busy. aisy' lak mmg lena tido kat mama dia.

tak cukup korum ni. kalau cukup, makan sejam 2 lagi gamaknya ni.. :) ryn, yus ckp kat wan 'jumpa lagi bulan 12'. eh? hehehe..

tgh makan tu, pengantin lalu lak. harus bergambo. :D

sementara mama tgh makan, niadel main2 dgn papa. thanks to ryn and yus siap tapaukan lauk. gulai batang pisang tu mmg sedap. dinner makan tu je sambil tgk tv.

tu lah cerita weekend kitorg. last but not least, tahniah kepada kedua pasang pengantin. kahwin ni seronok. ada anak nanti lagi beronok ronok! :D

Comments

Mag said…
huhu..adel kan xsuka masam..tutti ni masam ke?
@e_da said…
syokk g kenduri kawin sana sini kan.. alahai comel jek sorang kat atas sorang kat bawah dlm keta.. sian kakak mengalah ya
Anis said…
wei tang sorg baring atas kusyen and sorg lg kat bwh tu mmg normal la. tunggu besar sikit dh x selesa nk baring, br la pandai nk duduk btul2. hehe

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

HFMD dan Young Living Essential Oils

Sebelum tu nak bagitau, semua cerita pasal penggunaan produk Young Living Essential Oils  dalam ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Andai kata ada EO lain yang even aku tak pernah pakai sekali pun, adalah berdasarkan pengalaman support group team sendiri. No google2, no pinterest2. Yes boleh buat bahan rujukan, as EO works differently secara individu, tapi apa nak di tekankan kita cerita bila kita dah guna sendiri. Baru boleh gebang. Tidak lah hanya untuk berniaga semata. Sebelum decided to be independent distributor pun aku sendiri dah guna sendiri for almost 2 years. Lambat kan buat decision kalau tak, pioneer tu. takpe, rezeki ada dimana-mana. So sekian mukaddimah, nak share pasal rafa yang kena HFMD (hand, foot and mouth disease)  last year and aku managing his HFMD dengan menggunakan YLEO ni. Of course le kan.  Can't recall camne boleh berjangkit, aku rasa kawan sekolah kot. Start sorang kena lepas tu hantar jugak ke sekolah, rafa lah yang dapat. Huuu sedih!