Skip to main content

perihal pengasuh

Semalam masa amik nia dari nursery, dapat brochure dari taska nia tu. Btw, taska nia nama nye Taska Islam Mawaddah. Malam tu, aku pun baca apa yang terkandung kat dalam brochure tu. Secara peribadi, pada pendapat aku, nursery ni telah mengambil semua langkah- langkah yang sepatutnya dalam tempoh menjaga anak –anak. Berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh nursery tu, aku amat berpuas hati dengan keterangan yang diberikan. Antaranya ialah :
  • Waktu operasi isnin – jumaat (6.30 pagi hingga 6.30 petang), sabtu (6.30 pagi – 2.00 petang)
  • keperluan yang perlu disediakan oleh penjaga, pampers, baju sekurang- kurang nya 2 pasang, susu, milo atau nestum, tuala dan berus gigi
  • sekiranya anak dalam keadaan yang kesihatan yang boleh menyebabkan berjangkit, seperti demam campak, sakit mata, demam yang berterusan, sakit kulit dan lelah, adalah lebih baik anak anda berada dalam jagaan ibu bapa sendiri
  • makan pagi, tengah hari dan petang disediakan
  • sekiranya anak anda berada dalam keadaan yang tidak sihat, pihak taska akan menghantar anak anda ke klinik yang berhampiran untuk mendapat rawatan dan pihak penjaga akan dihubungi dengan segera
  • anak yang berusia setahun keatas hendaklah dimandikan terlebih dahulu. Bagi bayi setahun kebawah, pihak taska akan menguruskan anak anda
  • anak anda tidak digalakkan untuk memakai barang kemas, membawa permainan yang berharga ke taska. Ini mengelakkan kehilangan berlaku
  • pagar akan sentiasa berada dalam keadaan berkunci untuk mengelakkan pencerobohan berlaku
  • anak anda hanya boleh diberikan ke tangan pengasuh yang dikenali sahaja
  • sekiranya penjaga akan mengambil anak lewat dari waktu sepatutnya, penjaga perlu dimaklumkan lebih awal. Overtime akan dikenakan mengikut jam yang lewat.

Ni la antara yang terkandung dalam brochure tu. Tapi ini yang tertulis. Kita tak tau adakah perkara-perkara yang disebutkan dipraktikkan atau tidak.

Yela, ibu mana yang tak risau bila tinggalkan anak dibawah jagaan orang. Tapi mak aku selalu pesan, ape2 pun bergantung pada nawaitu kita. Niat kita nak mencari rezeki, maka kita telah amanah kan anak kita dibawah jagaan orang. Kita kene banyak berdoa semoga anak kita dijaga seperti anak sendiri oleh mereka.

Banyak sangat pengalaman ngeri yang singgah kat telinga ni. baik di bawah jagaan pengasuh mahupun nursery. Yang paling mengerikan bila anak khususnya bayi menemui ajal di tangan pengasuh. Bila difikir balik, nak amik maid takut, nak anta anak kat pengasuh takut, nak anta kat nursery dengan jumlah bayi yang ramai pun takut.

Masa hari pertama hantar nia ke nursery, hati memang tak tenang. Lepas hantar dok menangis sorang2. aku call akak aku nak tenangkan perasaan. tak dapat bayangkan macam mana la orang bole berpisah lama dengan anak dia ek. Tak sanggup berpisah dengan anak. Masa bekerja dalam kepala asyik ingat dia je. semalam bersembang dengan officemate, bila dia cite yang anak buah dia akan ditinggalkan dengan nenek dia sampai masuk universiti, terkejut besar aku dengar. rasa macam tak boleh terima. sampai nye hati dia nak tinggalkan anak lama macam tu. beranak je tau!

Ni la dilema ibu yang bekerja ye. Bila da ade anak ni, rasa nak jadi housewife pulak.

p/s: bang, cepatla dapat gaji rm18,000 sebulan, saya berenti keje terus, bagi notis 24 jam terus! Hahahah…

tiap- tiap hari sebelum hantar nia ke nursery, mama selalu pesan camni "nia jangan nakal-nakal. nia jadi good girl tau. good girl tak nangis. nia kawan elok- elok tau. jangan buli teacher" hehehehe... aku tengok teacher dia macam sayang kat dia. suka main dengan dia. bila aku nak amik je, tgk diorg tengah main ikat- ikat rambut nia. antara semua baby kat nursery tu, rambut nia yang paling lebat. tapi depan kita la, belakang kita, Allah lebih mengetahui

Comments

azyyati anuar said…
aku tgk nurseri c nia ni mcm ok...cikgu2 nye suke dok buli adik aku...

nia..kene blajar dlm kelas tau..bkn tdo je...

btw..gmbar nia tu bg la sopan sket...ade pulak mengangkang..hilang ayu..huhu
fazilzura said…
emm kalau nursery tu ok .. bagus la ..
tp daku serikkkkkk anto Akil ke nusery .. cukup la 2 bln sahaje.. uhuhuh x mau dah
Mrs. Simplicity said…
zura : yeke kak? nape eh? bad experience ek? skang akil sape yg jaga?

along : mmg cikgu2 nia tu suka sgt buli aku. mentang2 la aku ni ibu yg agak muda kat situ. muda ke? hehehe.. buli aku takpe, tapi jgn buli nia udah le..
nasz said…
dr ape yg alya citer ni, mcm ok je nursery si nia ni. insyaAllah, tak de ape2 yg akan berlaku kat nia kalau dah persekitaran nursery tu ok...

tp nas dulu, mak sndr yg tak bg cucu dia diantar ke nursery. dia yg nak jaga...
Mrs. Simplicity said…
tak nas, kalau mak dekat bole la tinggal anak kat mak. macam alya, mak dgn perak, MIL kat kedah, x sanggup la nak tinggal kan jauh2. tapi alhamdulillah, so far, nursery nia ni mmg jaga budak bagus la. harap berterusan..
saveme_zero said…
DAKU PUN SERIK NAK ANTAR ALYA KAT NURSERI & WASPADA ANTAR KAT BB SIT..PONINGG. KALAU LA SOMI AKU GAJI 5K SBLN..AKU BENTI KEJE!
Anonymous said…
Aritu kata 15k, ni dh naik 18k plak hm.. pencen nnti la kot nk dpt pun! Tu pun dlm KWSP muahaha..

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber