Skip to main content

akmalxafifah - 2015

last update 28/12, hari ni 28/1/2017. genap sebulan aku blog ni tak ber update. bila blog sendu maknanya rutin hidup tak sendu. sangat sangat pack masa yang ada sekarang. sampai tidur pun tak lena. memikirkan apa benda tak settle lagi. tu pasal aku tidur wajib on diffuser. deep sleep is a must ye kalian. ubat paling mujarab adalah tidur yang cukup. yes, young living essential oils ada minyak untuk itu tu tu tu tu.. pm saje macam biasa. yang tak biasa tu pm jugak. nanti kita biasa- biasakan. 

aku tak tau nak cite apa memula ni. sebab banyak gile2 back dated event yang back dated yang aku rasa aku kena share dalam ni untuk dijadikan kenangan abadi. jap ye tgh fikir...

ok, ni very very the backdated one. long overdue punya entry. wedding adik aku. 3rd wedding in the family lepas aku dengan kakak aku. adik kembar aku bawah aku. si akmal. diorang dah setahun lebih kahwin lah kiranya. muehehehe... layankan aje sis ye. 

so majlis diadakan pada 3 hari berturut2. jumaat nikah, sabtu bersanding belah perempuan dan ahad bersanding belah lelaki. kitorg balik rabu malam kot. lupa sudah. sebab tengok gambar khamis dah ada di kampung. kalau kahwin belah lelaki ni nothing much nak prepare sangat kan. sebab majlis kita tu sekali aje. yang banyak nye belah pompuan nye. so family member pun join sekali majlis nikah malam tu. ada yang lepas keje terus je jumpa kat masjid. alhamdulillah cukup korum semuanya. 

tema malam nikah family kitorg pakai maroon. dulang tak ingat berapa. tapi yang adik aku buat surprise satu dulang tu kunci kereta. kitorg tak tau dia beli kereta. alih2 dia cakap letak kunci kereta ni kat 1 dulang tu. surprise kat bini dia katanya. puih! dengan kitorg2 surprise nye. malam tu majlis start tak ingat jugak lepas isyak ke maghrib. tapi kitorg solat kat masjid seri iskandar dulu.

dah sampai kat rumah pengantin. yang maroons gang tu family aku. kecik lagi azra masa ni. sekarang mak dia yang makin kecik aku tgk. huhu 

sebelum dinikahkan. tak ingat apak pengantin ke nikah kan sendiri. kena tgk video semula. neves letewww 

 

 muka yang menunjukkan ekspresi yang sama iaitu nervous! 

untuk tahun 2015, aku rasa this type of pelamin sangat2 cool and in! dont you think? bila tengok pelamin2 zaman sekarang teringat pelamin sendiri back on 2007. sendus tapi masa tu lah rasa paling grand. pelamin sendiri kekdahnye. muahaha 

muka pengantin perempuan berkerut2 dapat kunci kereta kononnya.  

guest book area pun lawa jugak. 

bertambah besar keluarga haji anuar. selesai dah majlis nikah. esok pulak majlis resepsi belah perempuan.

panjang nama adik ipar aku. patut adik aku nerves lebih. nak lafaz senapas. hehehe.. 

 tema bersanding belah perempuan hijau pucuk pisang. episode mencari baju sedondon membelenggu aku sampai lah sehari sebelum majlis. mencari baju budak2 1 manjung rasanya. biasalah, alyyani dan last minute berpisah tiada. berarak..

dah sampai... 

makan beradab. kalau dah aku dgn rafa masa tu bukam makan beradab dah tapi makan takde adab dah jadinye. muaahahaha... 

1 with family belah ayah.. tq so much semua! amboi, besaq handbag aku lagi masa ni. rafa kecik lagi. semua nak kena standby. 

dengan sebahagian family mak. ada yang kat luar. terima kasih banyak2 sebab sudi meluangkan masa. 

keluarga haji anuar. baju ni aku buat balik pakai raya. naik color ni. suka nengok. 

dah bertahun pegang 'i'm single', as we speak, masih lagi single. muahahaha..

esok nye majlis belah rumah kitorg pulak. of course like always, havoc! sampai kitorg tak sempat bergambar dengan family / pengantin. sebab jarak rumah pengantin perempuan dgn kitorg sekangkang semut aje, diorang sampai awal nak bersanding. nervous ok, dengan catering nye tak siap apa lagi kat meja pengantin. ni tak leh lupa lah sebab ada insiden kan. dengan adik2 aku sekali kena kaut lauk. sebab diorg sampai lambat masa tu. tetamu dah sampai, makanan tak terhidang lagi. ko rasa? tak ke amukan cikgu rokiah. kitorang amik dgn caterer lain. caterer yang biasa kitorg amik, pak abu tu kebetulan haritu anak dia kahwin jugak. so memang tak dapat lah. 

yang paling penting kalau kenduri kat rumah cikgu anuar dan cikgu rokiah adalah pasuka rela yang akan mengawal traffic nak parking kat mana semua. rumah kawasan kampung kan, kawasan kecik2. parking salah nanti, rombongan pengantin tak boleh nak masuk. so rela adalah wajib. masa ni dah pukul 11.30 pengantin dah nak sampai. mau tak cuak 8. adik bongsu aku si seran langsung sampai ke sudah tak salin baju sebab tak dan nak melaram sebab kena assist team catering lembap menyiapkan meja pengantin. banyak kali aku call akmal suruh delay kan sikit. akmal kata dah habis delay dah tu. akhirnya pengantin sampai dan makanan pun ready. kot.

sempoi je adik aku ni, takde pelamin. takde bersanding, pakai jubah aje, pakai lebai aje. pakai crocs! crocs tu lah dia pakai dari kahwin sampai ke laa aku tgk.  

win crocs itu. pengapit lelaki tu aka cousin aku masih juga single and available ye. hehehe..  

suka lak gambar ni. hehehe.. ni je lah gambar dgn mak pak aku. deme busy meyambut tetamu.  

meja pengantin. aka pelamin. aka port amik gambar. heheh.. 

sebahagian daripada rombongan pengantin perempuan.  

haritu aku hire candy buffet table daripada officemate aku. yang paling laku yang paling cepat licin. ada laksa jugak. ada cendol jugak rasanya. tah tak ingat aku. chocolate fountain pun tak dan nak pasang dah kena serbu. 

bergambar dengan family pengantin perempuan.. 

berkenalan dengan family belah kitorang. 

touching part ni. nak berangkat pulang dah family adik ipar aku. aku tak ingat masa ni time aku dulu sedih ke tak.  

alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. terima kasih semua family member yang datang memeriahkan majlis. to akmal dengan pah, kak ngah doakan korang kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat dan soleh dan solehah. amin... 

sekian majlis yang berlangsung pada tahun 2015. muahahaha... 2018 inshaAllah ada kunduri kahwin lagi. moga tidak aku update tahun 2020. 

Comments

Popular posts from this blog

manfaat & kebaikan deep relief - young living essential oils

kecik bukan sebarang kecik, seiring dengan nama Deep Relief   ni berfungsi untuk membantu melegakan segala- gala yang kat badan kita ni.  Deep Relief jatuh dalam kategori essential oil blend yang mengandungi : - Clove - untuk kebas- kebas - vetiver - mempunyai unsur menenangkan - Helichrysum - berunsur anticoagulant  yang mana dapat membantu untuk melancarkan darah beku dalam badan - Peppermint - mengurangkan rasa tekanan - Idaho Balsam Fir - juga berunsur anticoagulant - Palo Santo - membantu untuk yang berkaitan dengan tulang juga menyah kan emosi negatif - Wintergreen - mengurangkan rasa sakit pada otot dan saraf - Lemon - meningkatkan peredaran darah  - Copaiba - membolehkan semua EO tersebut berfungsi lebih baik bila di sapu banyak kan ingredient dalam Deep Relief  ni? ye banyak so bila masa aku pakai? - sebagai pengidap migraine dan selalu sangat ada masalah sakit kepala, deep relief wajib ada dalam bag. sapu aje kat belakang telinga, tengkuk, ken

selamat hari lahir dan selamat bersara ayah..

25/7/2010, genap lah ayahanda tersayang kami berumur 58 tahun. maka harini jugak merupakan hari terakhir ayah aku bertugas sebagai penjawat awam. dah tiba masanya juga ayah bersara. tapi kitorg ni melihatkan ayah kitorg yang sangat workaholic ni, tak dapat nak imagine macam mana la ayah dah pencen nanti kan. mak cakap, lepas ni kalau ada kursus ke mesyuarat ke diluar daerah, mak nak ayah join sekali. so bole la berjalan- jalan sekali. mak kitorg lak ade lagi 6 tahun nak pencen. lama lagi tu kan. apa pun, untuk ayah, selamat hari lahir. dah tiba masa untuk ayah rehat dan beribadah sepenuhnya. maybe this is want you have been waiting for. you've been really hardworking  during your entire service.   just nak share kat korang sedikit gambar yang aku amik kat fb cikgu sekolah ayah aku dan slide show yang diorg present kat ayah aku masa majlis perasaraan ayah aku selasa lepas. sangat tersentuh bila tgk gmbr especially the slide show tuh. ish, sedih la. banyak jasa ayah aku rupanya. bu

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000HRS ** scroll down for latest entry hasrat untuk menganjurkan contest mahupun giveaway dah lama saya simpan. orang cakap belum sampai seru lagi. tapi, kali ni seru itu telah sampai. sebagai menghargai setiap kunjungan anda, komen anda, dan kesetiaan anda mengikuti blog saya  ini , maka, saya dengan sukacitanya menjemput rakan- rakan blogger sekalian untuk menyertai moment with newborn baby contest ini. syarat- syarat contest adalah seperti dibawah:  jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda jadi follower http://nayville.blogspot.com letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. jika bukan anak anda , anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. gambar 'newborn baby' mesti lah ber